21 ; dumb

20 7 0
                                    






Changbin's POV

Skrrtt...! Aku memarkir kemas motorsikalku di depan kedai. Sebaik sahaja aku sampai ke kedai selepas selesai urusan di bank, perkara pertama yang aku cari adalah Lee Chaeryeong.

Agaknya dia berjaya tak uruskan stok yang baru sampai harini?

Awal-awal lagi aku dah minta pekerja dari tiga syarikat itu supaya bantu Chaeryeong. Mereka datang hampir setiap minggu, jadi mereka dah macam abang aku sendiri.

Harap tiada apa-apa yang berlaku.

"Chaeryeong?" Akhirnya aku cuba mencari kelibatnya dengan lisan. Dia tak kelihatan di mana-mana. Sebaik sahaja aku menoleh ke meja kaunter-

Dahiku sedikit berkerut. A-apakah...

Kelihatan Chaeryeong sedang duduk bersila di atas meja kaunter. Seperti budak-budak, Chaeryeong bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu kanak-kanak.

"Twinkle twinkle little staaaar~ How i wonder what you are- Ehhhh Changbin~ ?"

Bau aneh mengelilingi kedai. Jangan kata-

Aku cuba membuang semua kemungkinan tu. Perangai dia memang pelik pun, apa yang nak dirisaukan?

Aku menghampiri kaunter. Sah, bau itu semakin kuat apabila aku tiba di kaunter. Chaeryeong hanya tersenyum sumbing bila aku kini berdiri di hadapannya. Matanya pun malas-malas je nak dibuka.

"Eo Seochaaang? Comelnya awak hari ni alololo~~~"

"Ah argh!" Tiba-tiba pipiku dicubit kuat dan digoyang-goyangkan. Di lantai, aku nampak tiga tin minuman yang sudah habis isinya.

Melihatkan mukanya yang merah padam, sah,

Chaeryeong dah mabuk, dia langsung tak sedar diri sekarang!

"Yah pabo, kenapa awak minum tu? Sampai tiga tin pula tu!" Marahku walaupun aku tahu dia takkan beri sebarang respon yang waras.

"Minuman tenaga tu sedap, saya minumlah. Kenapa? Salah ke saya suka minum minuman tenaga tu? Saya kan atlet!"

M-minuman tenaga?

Dia tak tahu ke itu jenama bir?

Ketepikan hal tu. Kenapa dia tiba-tiba minum bir sampai tiga tin?

Aku pergi ke peti ais belakang. Kelihatan dua kotak Be Fresh berada di tepi peti ais, separuh terbuka.

"Aish... stok bir pun sampai harini rupanya... Macam mana aku boleh terlupa pula?" Aku mengomel sendirian.

Mesti Chaeryeong tersalah sangka Be Fresh ni merupakan minuman tenaga waktu nampak labelnya. Takkan dia tak boleh fikir, mana ada minuman tenaga dijual dalam tin?

Ah lupa pula. Dia orang kaya, manalah tahu jenis-jenis bir murah macam ni.

Aku kembali semula ke kaunter. Chaeryeong tiada lagi di atas meja.

Aku mula menggelabah. Ah sudah ke mana pula dia pergi?

"Tok tok tok! Elsa!" Aku terdengar suaranya di bawah meja kaunter. Sepantas kilat, aku masuk ke kaunter dan dapati Chaeryeong sedang duduk melutut sambil mengetuk-ngetuk meja. Seketika, terlihat dia menghalakan telinga ke dalam meja, macam cuba untuk curi dengar sesuatu. "Do you want to build a snowman~"

Pfft.

Dia betul-betul dah tak sedar diri sekarang. Comel betul 😂

Secomel mana pun perangainya sekarang, Chaeryeong masih pelajar bawah umur. Minum minuman beralkohol adalah satu kesalahan! Habislah kalau ada sesiapa yang nampak dia dalam keadaan ni.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now