19 ; part-time job

23 10 0
                                    

Chaeryeong's POV

Sekarang jam sudah tepat pukul 10 pagi. Manusia berumur 5 hingga 20 tahun kebiasaannya sedang menuntut ilmu di sekolah sekarang.

Cuba teka? Aku termasuk dalam golongan itu tapi aku mahu jadi luar biasa, jadi aku ponteng sekolah ✌

Lagi.

Tiada tempat untuk dituju. Aku masih datang ke kedai Changbin walaupun dia sudah isytiharkan perang pada aku. Dia masih lagi berkeras nak dirikan Tembok Besar China di antara kami. Layanannya padaku masih dingin dan sampai sekarang, aku masih tak tahu sebabnya!

Berbanding di belakang tiang macam sebelum ni, aku dah pilih tempat baru untuk menyorok. Bukan menyorok semata-mata, dari sini aku juga dapat lihat dan dengar apa yang berlaku di dalam kedai dengan jelas.

Ianya di sebalik dinding kedai runcit Changbin. Ada satu lubang kecil yang membolehkan aku untuk mengintai- eh. Aku dapat saksikan kejadian dalam kedai seperti aku sendiri ada di dalam sana.

Keiju datang ke kedai.

Aww rindunya 🥺 Rasanya dah lama betul kami tidak berjumpa.

Keiju cuba berbual dengan Changbin, tapi nampak seperti Changbin jawab mahu tidak mahu sahaja. Tak nampak macam dirinya yang selalu.

Awak tak apa-apa, Seo Changbin?

Selepas Keiju pulang, ayah Changbin, pakcik Seo pula datang ke kedai. Topik perbincangan mereka kali ni berjaya menarik perhatianku.

"Appa, dah jumpa pekerja sambilan?" - Changbin

Pekerja sambilan? Kenapa sekarang mereka tiba-tiba perlukannya?

Selama ni Changbin bekerja dengan baik seorang diri. Pakcik Seo pernah tawarkan mereka cari pekerja sambilan, tapi Changbin yang beria kata tak perlu.

"Belum lagi. Appa cuma tampal pemberitahuan pekerja baru di depan kedai, yang nampak pun cuma penduduk sini je..." - Pakcik Seo

"Hmmm... Takpelah, saya pun akan cuba cari juga."

Ini pelik... kenapa tiba-tiba mahukan pekerja sambilan?

Entah-entah, Changbin mahu mengisi kesunyian di kedai sejak aku tiada? Dia rasa bosan keseorangan dan cuba mencari teman berbual untuk menggantikan aku.

Haa! Siapa suruh larang aku datang, sekarang baru rasa kehilangan aku ya?

"Appa peliklah, Changbin-ah. Kenapa kamu tiba-tiba nak sambung sekolah? Sebelum ni puas dah appa pujuk, apa yang buat kamu ubah fikiran?"

A-apa?

Changbin... mahu pergi ke sekolah?

Masih dalam keadaan terkejut dan keliru, aku cuba kekal fokus mendengar setiap bait perbualan dua beranak itu. Timbul suasana sepi buat seketika apabila Changbin mengambil sedikit masa untuk menjawab.

"Saya... saya dapat rasakan pada masa hadapan, saya akan menyesal tamatkan zaman sekolah saya macam tu je."

Changbin-ah....

"Sejujurnya saya agak cemburu tengok kawan-kawan sebaya saya, Jisung, Mira... Chaeryeong pun... Mereka pakai uniform sekolah setiap hari. Appa pun tahu kan saya ni pandai? Rugilah kalau saya sia-siakan kepandaian ni."

"Pandailah sangat." Dua beranak itu ketawa geli hati. "Yelah, appa akan terus cari pekerja sambilan."

"Terima kasih, appa. Oh ya, saya perlu buat penghantaran, boleh tolong jagakan kedai sekejap?" - Changbin

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now