22 ; drunk

23 7 0
                                    



Changbin's POV

ㅡchuu!

Sebaik sahaja bibir kami bersentuhan, aku terpaku. Jantung aku yang dah sedia berdegup kencang terus terhenti sementara sebab terkejut yang amat.

A-aku tak sangka Chaeryeong akan tarik aku macam tu. B-bibir kami tengah bersentuhan sekarang.

Aku cuba untuk beralih, tapi tubuhku seperti tak mendengar kata.

Entah kenapa, aku terasa selesa dengan kedudukan ni. Chaeryeong juga nampaknya rasakan yang sama, dia hanya memejamkan matanya rapat-rapat.

Aku dapat rasakan yang dia sedang tersenyum sikit di bibirku.

20 saat yang terasa begitu sekejap, aku akhirnya keluar dari ciuman kami. Aku terduduk di atas lantai.

"M-macam tak percaya... aku bercium ke tadi?" Aku memegang bibirku yang masih terketar-ketar.

Jujur, hati aku rasa berbunga-bunga. Kalaulah ada kebun bunga, mesti semua bunga dalam tubuhku tengah berkembang mekar!

Wow...

"Seochang~ Mana awak pergi~ saya tak habis bercerita lagi ni!" Chaeryeong menggapai-gapaikan tangannya ke udara, seperti sedang cuba capai sesuatu yang berterbangan dari semua arah. Dengan mata yang malas betul nak dibuka.

"Ya ya saya kat sini."

Aku merapatkan diri ke sofa kembali. Chaeryeong tersengih apabila tangannya berjaya menjumpai aku. Pipi aku disentuh tanpa perasaan, atau patut aku kata, aku ditampar?

Nasib baik dia tengah mabuk sekarang, jadi aku akan maafkan.

"Awak tahu tak yang... awak ni handsome?"

Pipiku yang comel terasa mendidih sehingga mencapai suhu 1000°C. Semakin lama, ianya semakin memerah, dah nampak macam pipi dia pula.

Chaeryeong merah pipi sebab tengah mabuk, tapi aku pula sebab malu dipuji.

Ahhh handsome sangat ke aku~~~

Aku memandang Chaeryeong yang terbaring di sofa. Rupanya dia dah tertidur lena.

"Cute." Aku menatap mukanya sepuas hati.

Comel betul perangainya bila mabuk ya? Bayangkan tiga tahun lagi, umur dia akan mencecah 20 dan dia dah boleh minum, mesti tabiat minumnya jadi makin teruk dan lebih sukar dikawal berbanding sekarang 😂

"Ada sesiapa di kedai?" Suara seseorang memasuki kedai menjengah telinga.

Aku tak dapat cam suara siapa tu... pelanggan dari luar ke?

Aku keluar dari stor untuk berjumpa dengan si pelanggan.

"Hyung-nim. Annyeong." Sebaik sahaja mata kami bertentangan, senyuman biasanya muncul kembali. Dia tersenyum lebar sangat, macamlah kami tak pernah berjumpa.

Kebetulan pula dia datang sekarang.

"Saya nak jumpa Chaeryeong. Katanya dia mula bekerja di sini harini kan?" Haknyeon bertanya teruja. Sekejap matanya melilau ke dalam kedai, mencari kelibat Chaeryeong di mana-mana.

"Baguslah awak datang sekarang. Tolong bawa Chaeryeong balik." Pintaku.

Selepas menerangkan apa yang terjadi kepada Haknyeon, Haknyeon berterima kasih kepadaku sebelum mendukung Chaeryeong secara piggyback di belakangnya.

"Saya bawa Chaeryeong balik ke rumah dulu. Maaf kalau dia ada susahkan hyung-nim."

"Hobi dia memang kacau hidup saya. Jangan risaulah."

Haknyeon ketawa mendengar jenakaku. Dia berjalan keluar daripada kedai, sambil cuba berkomunikasi dengan Chaeryeong yang tertidur lena di belakangnya. Sekejap-sekejap aku nampak lelaki itu tersenyum penuh kasih.

Aku patut berhenti di sini. Buat apa nak kacau pasangan yang dah sedia bahagia?

Dapat dengar yang Chaeryeong sukakan aku tadi pun dah cukup menggembirakan. Dapatlah aku hadap muka dia hari-hari lepas ni macam biasa.





Haknyeon's POV

Kami tiba di depan pintu rumahku. Rahsia Chaeryeong bekerja sambilan akan bocor kalau aku terus bawa dia balik ke rumahnya dalam keadaan mabuk macam ni.

Mabuk? Haih kenapalah awak comel sangat, Lee Chaeryeong?

Boleh pula dia anggap bir tu minuman tenaga, dengan yakinnya habiskan sampai tiga tin pula tu!

Aku membawa Chaeryeong ke bilikku. Dengan bantuan pembantu rumah (perempuan of course), Chaeryeong kini sudah selesa berbaring di atas katilku, tertidur lena selepas pembantu rumahku siapkan kelengkapannya.

Aku mengambil kerusi lalu diletak di sebelah katil. Tanpa jemu, aku menatap wajah Chaeryeong yang sedang tertidur lena.

"Saya betul-betul sayangkan awak, Chaeryeong." Itu kata-kata terakhir yang aku ingat aku ungkapkan, sebelum pandanganku menjadi kabur.

Aku tertidur.






🐷🐰

24 July 2021

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now