14 ; confess

25 9 1
                                    

Changbin's POV

Esok merupakan hari berlangsungnya majlis prom night sempena pendamaian dua sekolah, Woonsu High School dan Hanwoong High School.

Sebagai budak dah berhenti sekolah, aku tak layak untuk menghadiri majlis tu. Marilah sama-sama menemani aku berhuhu di sini.

Chaeryeong bakal mengacara buat pertama kalinya. Sebagai seseorang yang melihatnya berlatih hampir setiap hari, aku teringin juga nak tengok apa hasil usaha kerasnya esok.

Dan esok, mereka pasti akan pakai cantik-cantik untuk acara itu yang julung kali diadakan. Chaeryeong beritahu aku yang dia akan pakai gaun labuh berwarna pink pastel.

Aku rasa semua pink sama je. Semua akan nampak cantik pada dia.

Susah mahu akui tapi ya, aku dah mula sukakan Lee Chaeryeong.

Dah dua hari Chaeryeong tak datang ke kedai, mungkin sibuk buat persiapan dan segala latihan memandangkan dia terlibat di sebalik tabir. Bila dia tak datang ke kedai, entah kenapa aku rasa sunyi. Tiada teman untuk berbual, tiada orang yang nak kacau aku mengira stok sampaikan aku tersalah kira. Paling penting, tiada lagi orang nak beli banyak makanan dan tingkatkan untung jualanku.

Dramatik kan? Chaeryeong cuma tak datang sehari dua je pun.

Ni semua salah dia juga. Memikirkan yang Chaeryeong dari awal lagi sukakan aku menyebabkan aku mula pandang dia dari segi perempuan, bukannya kawan semata-mata. Jujur aku akui, yes dia agak menarik.

Perangai nakal dia dan suka menguji kesabaran aku? Sebenarnya itulah daya penarik dia, yang orang lain tiada.

Ianya sangat menjengkelkan, tapi pada masa yang sama berjaya menghiburkan aku.

Paling aku suka, dia ada hati yang baik. Walaupun kehidupan hariannya diperhatikan, dia masih ikut perintah ibu bapanya tanpa membantah sedikit pun. Di sekolah tiada siapa yang berani mendekatinya, tapi Chaeryeong masih boleh tersenyum lebar membantu semua orang (Jisung ceritakannya pada aku).

"Patut ke aku beritahu dia? Atau tak perlu...?" Aku bermonolog sendirian.

Entahlah... Aku cuma rasa Chaeryeong terlalu berharga. Banyak sangat perkara yang perlu dilaluinya seorang diri. Aku rasa mahu jadi peneman dia mengharungi segala cabaran itu.

Ew geli pula cakap macam ni. Tapi aku memang maksudkannya.

Mungkin kami memang dah dijodohkan bersama (muntah), Chaeryeong tiba ke kedai.

Kedai yang suram terus rasa bersinar-sinar dengan senyuman dia.

"Changbin-ssi!!!"

"Oh awak datang." Aku seperti biasa, berpura-pura tenang. Padahal aku pun gembira dapat jumpa dia. "Gembira sangat awak pagi ni. Mesti sibuk kat sekolah kan, dua hari tak datang."

"Ramai cikgu sibuk buat persiapan saat akhir, jadi banyak kelas yang cancel. Kenapa? Dah mula rindukan saya ke?"

Tengoklah tu perangai dia. Tak mungkinlah aku tersalah faham yang dia sukakan aku kan? Sangat jelas yang Chaeryeong menaruh perasaan terhadapku sejak awal, dia langsung tak cuba sorokkannya.

"Kenapa awak gembira sangat pula ni?" Keadaannya sangat kontra dengan apa yang aku bayangkan di dalam kepala. Untuk dia yang bakal mengacara buat pertama kalinya di hadapan orang ramai, Chaeryeong nampak terlalu tenang. Tiada langsung riak wajah kegelisahan atau ketakutan yang terpamer.

Aku baru ingat nak beri kata semangat, tapi nampak gaya macam semangat dia dah lebih dari cukup.

"Sebab semuanya berjalan lancar. Saya tak sabar menunggu hari esok. Semua ni sangat menyeronokkan!"

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now