13 ; secret admirer

27 11 2
                                    

Chaeryeong's POV

Tiga hari sebelum berlangsungnya prom night yang melibatkan semua warga sekolah Hanwoong High School serta Woonsu High School. Akhirnya dua sekolah yang bermusuh sejak zaman purba ni berbaik juga pada hari sukan lepas.

Tipulah kalau aku tak nervous sementara menunggu hari Sabtu tiba. Aku betul-betul gemuruh walaupun dah tiga hari aku berlatih dengan bantuan Changbin.

Jadi MC untuk sesebuah acara dan pembaca berita adalah dua kerja yang sangat berbeza ya. Tapi dengan bantuan Changbin, aku jadi lebih berani untuk bercakap di mikrofon walaupun dipandang orang lain.

Cuma... suara aku masih agak perlahan. MC biasanya bercakap dengan nada suara yang ceria sepanjang masa. Aku perlu atasi masalah ni sebelum Sabtu.

Di kafeteria sekolah, aku memilih satu meja makan kosong selepas mengambil dulang makananku. Meja dengan empat tempat duduk, tapi cuma aku seorang yang duduk.

Hmm aku sudah terbiasa dengan kesunyian ni. Kesunyian yang tak berkekalan lama pun.

"Chaeryeong, boleh kami tanya awak soalan sikit?" Seperti hari-hari biasa, pasti ada yang datang menyinggah ke mejaku untuk bertanyakan soalan, macam aku ni pusat hentian rehat sebelum mereka menjamah makanan. Dua pelajar perempuan dari Kelas 3 mendekati mejaku dengan beberapa buah buku di tangan.

"Oh boleh je." Aku lemparkan senyuman paling mesra untuk mereka. Manalah tahu, mereka nak berkawan dengan aku~

Buku latihan matematik diletak di tengah-tengah meja, menjadikan nasiku yang tadinya watak utama telah bertukar sebagai penonton. Mereka bertanya tentang hukum-hukum logaritma yang biasa digunakan semasa peperiksaan.

"Terima kasih Chaeryeong-ssi. Tak disangkal lagi, awak memang genius!"

Aku tersipu-sipu malu dipuji sedemikian rupa, "Sama-sama."

Kami berpandangan antara satu sama lain. Nampaknya mereka dah kehabisan soalan.

Inilah peluang aku, "Awak berdua dah makan ke-"

"Kami nak pergi makan dulu. Kalau ada soalan lagi, kami tanya awak ya?"

"Ya, terima kasih banyak Chaeryeong!"

Sebaik mana aku mempelawa, selebar mana aku senyum, jawapan yang keluar daripada mulut semua orang masih sama. Semua mengelak untuk berlama-lamaan dengan aku.

Dalam drama, anak orang kaya paling diminati ramai kerana dia berharta. Tapi aku, makin dijauhi hari demi hari.

Senyuman lebar yang aku tampal di pipi ni sepanjang masa... Cuma Tuhan je tahu betapa palsunya semua ni, betapa mencabarnya kehidupan aku yang selama ni semua orang idam-idamkan.

"Ah stop being so emotional. Tak pasal-pasal menangis pula nanti." Aku memberi semangat pada diri sendiri. Belakang sudu yang membulat dijadikan cermin untuk aku berinteraksi dengan diri sendiri. Muka aku nampak tembam sikit dari dalam sudu ni hoho.

"Leechae~" Seperti biasa, suara dia menjengah telingaku. Kali ni pergerakannya lebih pantas daripada suara, rupa-rupanya dia dah lama duduk di depan aku. "Ada kuman ke kat sudu tu?"

"Pfft merepek je." Aku akui yang perlakuan aku tadi nampak tak siuman, tapi lelaki macam dia tak layak nak tegur perangai pelik aku.

Dia pun sama je dua kali lima.

Tidak lama kemudian, dua kawan baiknya pula tiba. Mereka duduk sesuka hati di kerusi kosong tanpa minta kebenaranku.

Tiga trio popular kegilaan seluruh sekolah, Minho, Jisung dan Hyunjin. Mereka ada ramai kawan lain tapi akan singgah meja aku untuk mengacau sekurang-kurangnya sekali sehari. Mungkin mereka tak sedar, tapi sebab mereka, aku tak rasa terlalu kesunyian di sekolah besar ni.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Where stories live. Discover now