25 ; perfect listener

26 9 0
                                    

Chaeryeong's POV

Balik sahaja daripada sekolah, aku biasanya dijemput oleh Encik Hong, pemandu merangkap pengawal peribadiku. Tapi sekarang, kebiasaan tu sudah bertukar menjadi kadang-kadang.

Haknyeon berperanan mengambil watak biasa itu. Sudah menjadi kebiasaan baru untuk dia yang menjemput aku sebaik sahaja loceng tamat waktu persekolahan berbunyi di kedua-dua sdkolah kami. Sama ada menaiki kereta pemandunya, berjalan kaki atau menaiki bas, dah seperti rutin harian yang kami akan berjumpa setiap hari.

Apa yang peliknya? Dia teman lelaki aku, mestilah mahu berjumpa hari-hari.

Tambahan lagi, dapatlah aku bergerak bebas sedikit kan?

"Haknyeon..." aku menyedut smoothieku sebaik sahaja mendapat perhatiannya yang sedang seronok makan.

"Hmm ya? Awak okay, Chaeryeong? Dari tadi saya tengok awak monyok je... Ada sesuatu berlaku?"

Sangat mengambil berat adalah sikap utama dia.

Patut ke aku cerita pada dia? Sepatutnya dia perlulah tahu kan? Mungkin dia boleh berikan apa-apa nasihat berguna atau mungkin bantu aku untuk hadapi situasi begini.

Tapi... kenapa aku masih rasa seperti aku nak buka cerita sendiri pada orang asing?

Haknyeon memegang tanganku, mungkin cuba mendapatkan fokusku kembali yang sudah mula terawang-awang di udara.

"Ada sesuatu awak nak beritahu saya?" Tanyanya lagi.

Setelah lama bergelut dengan diri sendiri, aku buat keputusan untuk-

-gelengkan kepala.

"Tiada apa-apalah. Awak nampak berselera betul bila makan, mungkin awak boleh cuba buat ASMR."

Haknyeon ketawa kecil mendengar komenku yang dianggap seperti pujian. Pipinya nampak tembam dengan makanan yang masih penuh di dalam mulut.

Hahah macam budak-budak.

Selepas makan tengah hari, Haknyeon terus menghantarku pulang ke rumah. Aku sudah beritahu Changbin yang aku ambil cuti harini dan takkan datang ke kedai. Tambahan pula, aku masih perlu belajar sebanyak mungkin untuk hilangkan syak wasangka mak.

Keesokan harinya, awal pagi lagi aku dah bersiap dengan uniform sekolah, tapi ada pakaian lain di dalam beg. Tibalah masa untuk aku bekerja sambilan di tempat yang paling aku suka di seluruh dunia.

Kedai runcit Changbin~ Tiada mood mahu ke sekolah harini.

Awal pagi lagi, aku meminta Encik Hong menghantarku ke sekolah. Selepas Encik Hong pergi, aku mengambil bas ke kawasan perumahan Changbin.

Aku tiba di kedai. Changbin yang baru sahaja membuka kedai terkejut melihat kemunculanku yang terlebih awal harini.

"A-awak awal harini." Katanya dengan nada yang cuba dikawal tenang.

Ini pelik. Dia taknak marah aku sebab ponteng ke harini?

"Heheheh. Selamat pagi~"

Anehnya, setelah hampir dua minggu dia mengisytiharkan perang tanpa sebab kepadaku, harini dia berikan respons yang jauh berbeza.

Changbin mengangkat kepalanya yang tadi setia memandang rak roti. Bukan setakat pandangan sekilas biasa, tapi wajahku ditenung lama.

Hmm... Mukanya sekarang kelihatan agak sukar untuk ditafsir.

Normal Seo Changbin selalu mengerutkan dahinya macam orang tua terlebih stress, tapi sekarang tiada satu kedutan pun terhasil. Raut wajahnya sekarang lebih kepada tenang, macam dia pula yang sedang cuba baca wajahku.

𝐌𝐔𝐘𝐀𝐇𝐎 || 𝐬𝐞𝐨 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐛𝐢𝐧 Kde žijí příběhy. Začni objevovat