Bab 2

347 49 0
                                    

Mohd Baari.

Namanya agak aneh walau untuk abad ini. Seunik namanya, dia berbeza dengan lelaki di luar sana. Di generasi ini, untuk popular itu mudah. Bahkan lebih mudah berbanding mendapatkan segulung ijazah. Yang penting, ada dua benda; rupa dan... er—hanya satu benda; rupa.

Baari ada itu. Cukup dengan ketinggian 183cm itu, dia dapat menawan hati semua wanita tapi, Tuhan tak menganugerahkannya setakat itu. Matanya bulat dengan iris coklat gelap, alisnya tebal dan bersudut di hujung, bibirnya nipis dan mungil, rambutnya lembut dan rapi tanpa perlu digayakan. Pandang berkali-kali pun mulut tetap mengucapkan 'haih! Indahnya ciptaan Tuhan'.

Itulah Baari.

Tapi, Baari bukan sekadar jejaka rupawan. Dia berbakat dalam segala hal yang dia lakukan. Bola sepak, boxing, memasak, bermain alat muzik, mengarang lagu, modeling, menangkap gambar dan seribu satu hal lagi. Pantaslah dia memiliki banyak hobi.

Tapi, Baari juga bukan sekadar jejaka berbakat yang memiliki rupa. Dia bijak. Otaknya berfungsi, tak seperti otakku yang sekejap-sekejap jammed walhal sudah berkurun tak dimanfaatkan. Di bangku sekolah rendah dulu, Baari dikategorikan sebagai genius kerana IQnya mengatasi rakan sebaya yang lain dan budak kecil berusia 10 tahun itu dipindahkan ke darjah 6.

Baari semua itu. Tampan, berbakat, bijak dan memiliki personaliti menarik.

Dan aku, Ameena, tiada bezanya dengan perempuan di luar sana. Aku tak dapat meloloskan diri dari menjadi tawanannya dan mula menaruh hati. Semuanya bermula dua tahun lalu.

Sementara cuti semester, aku pun memasang niat untuk mencari duit poket. Kebetulan pula ada kerja kosong di pusat sukan berhampiran kampus. Tanpa berfikir dua kali, aku memohon kerja di situ.

Sepanjang aku bekerja di sana, aku perasan sesuatu. Pada hari Rabu, lebih ramai gadis akan datang ke gelanggang futsal untuk menonton perlawanan. Kerana tertanya alasan di sebaliknya, aku pun mengintai mereka dan itu kali pertama aku melihat Baari. Awalnya, aku tak berminat. Rupa bukan segalanya tapi... aku membuat kesilapan dengan mencari akaun media sosialnya.

Dia sempurna—dan aku dijangkiti Demam Baari.

Setiap hari Rabu, aku menyelinap masuk ke gelanggang futsal untuk melihat dia bermain. Dengan sebotol minuman isotonik di tangan, aku mengerumuninya seperti mereka. Di antara minuman yang disuakan, dia mengambil botol di tanganku. Aku jatuh ke dalam dunia Baari.

Siapa sangka, sejak hari itu, dia mengenali wajahku. Hanya kerana sebotol minuman isotonik kegemarannya. Seminggu berlalu dan dia semakin ramah terhadapku. Selalu mengucapkan selamat tinggal dan berhati-hati sebelum dia pulang ke rumah. Meskipun begitu, aku tak yakin diri. Berfikir semua yang dia lakukan itu hanya atas kesopanan dan untuk menjaga nama baiknya.

Sehinggalah dia mula mengikuti akaun media sosialku. Dia orang pertama yang menekan tanda suka setiap kali memuatnaik foto yang entah apa-apa dan terlalu rawak. Tak lupa juga, dia rajin meninggalkan komen yang lebih rawak berbanding fotoku. Pernah sekali aku memuatnaik gambar lopak air dan dia meninggalkan komen yang berbunyi;

verybaari: Is there a rainbow today? Because I just found my treasure ;)

Dia aneh. Seaneh namanya.

"Fikir apa tu?"

Aku tersentap dari lamunanku. Wajahnya yang sedang menikmati roti canai (untuk kali ketiga) itu aku pandang. Kedua alisnya terjongket. Oh. Satu benda yang Baari tak dapat lakukan, menjongketkan sebelah kening.

"Kenapa awak kejar saya?"

"Hah?" Baari menggaru kepala. "Bila masa saya kejar awak? Kan tengah makan ni."

"Maksud saya, kenapa dulu awak kejar saya? Ramai je perempuan yang nakkan awak. Lagipun... bukan ke lagi masuk akal kalau saya yang kejar awak?"

"Ohh.. Ingatkan apalah tadi." Kepala dia geleng.

"So? Ceritalah kenapa."

"Sebab saya tak tahu nak buat apa kalau awak kejar saya. At least kalau saya kejar awak, saya bolehlah plan itu ini. Kalau kena kejar, saya kena buat apa? Duduk diam-diam? Lari? Menyorok?"

Bahu dia jongket mengikut rentak lagu Bollywood yang dimainkan. Aku tertawa lagi dan dia menayangkan barisan giginya. Suka bila berjaya menghiburkanku.

"Plus, I didn't know how much you like me but I know how much I like you. So I know even if awak tiba-tiba reject saya ke apa, I still won't give up. Saya tetap nak kejar awak sampai dapat."

Pfft. Bagai menanam tebu di tepi bibir.

"Sweet tak?"

Aku menjelingnya.

"Sebab tu kopi awak pahit. Manisnya kat saya." Sambungnya.

"Eee, perasannya!"

Tawanya meletus. Aku menggeleng kepala. Dah masak dengan pickuplines basi dia. Ada je idea nak bagi ayat-ayat bersalut gula. Tak cukup gula, dia bubuh karamel dengan gula kapas sekali. Nasib baik aku tak hidap diabetes.

Tapi, kalau bukan sebab dia, mesti hidup aku masih kosong macam dulu. Masih Ameena yang halimunan, tiada kawan.

+

Ingatkan nak publish malam ni, but I have to prepare for my interview tomorrow. hope you enjoy reading!

Y/NKde žijí příběhy. Začni objevovat