Bab 1

568 59 6
                                    

Tiupan wisel mengakhiri perlawanan futsal. Sorakan gemuruh menyambung. Penonton yang menghadiri perlawanan malam ini dua kali ganda ramainya. Majoritinya berjantina perempuan yang tiada pengetahuan langsung tentang futsal tapi datang kerana mahu menunjukkan sokongan mereka terhadap satu-satunya jejaka yang menjadi igauan gadis se-Malaysia dan negara jiran.

"Baari!" Panggil salah seorang pemain.

Jejaka dengan nombor 12 tertera pada jersi merahnya itu menoleh. Kedua alis dia angkat. Menerima pujian rakan sepasukannya itu dengan rendah diri. Rambut dia raup, satu hal yang sering dia lakukan setiap kali tersipu malu atau gemuruh.

Alih-alih, terasa hentakan kuat pada bahuku. Dalam sekelip mata, hadapanku yang tadinya lapang kini dipenuhi dengan para gadis penyokong jejaka jersi nombor 12 itu. Sebaik saja dia melangkah keluar dari dalam gelanggang futsal, mereka mengerumuninya seperti semut bertemu gula.

"Hai, Baari!"

"Baari!"

"You played really well!"

"Hebatnya you main!"

Dia menggaru kepala. Sampai sekarang belum terbiasa dengan perhatian yang diberikan kepadanya. Pujian mereka langsung tak meruntuhkan dinding yang mengelilinginya tapi kerana tak mahu dianggap kurang sopan, dia mengulum senyum.

Tak cukup dengan pujian menggunung, berbotol-botol air mineral disuakan terus-menerus kepadanya. Sedikit lagi, tertonjol ke mukanya. Aku tunduk. Minuman isotonik di tangan aku renung. Dengar cerita, atlet lebih memilih minuman isotonik setelah bersenam kerana dapat mengembalikan kandungan cecair dan karbohidrat dalam badan kembali ke tahap optimum.

Tapi... nak ke dia terima—

"Meen!"

Aku mencodak. Jejaka yang mengenakan jersi merah itu menyelit keluar dari dalam kepompong mereka dan mendekatiku. Senyuman nipisnya melebar, menampakkan barisan giginya. Dia tunduk, memandang botol minuman di tanganku.

"Untuk saya?"

Malu-malu, aku mengangguk. Dia terus mengambil botol itu. Penutup dibuka dan dia meneguk hampir separuh daripada isi botol. Meninggalkan lagi separuh sebelum penutup ditutup semula. Mulut dia lap dengan lengan bajunya. Keluhan lega dilepaskan.

Para gadis yang datang hanya untuknya melirikku. Lantas aku tertunduk. Malu dan gementar bercampur-baur. Sama sepertinya, aku juga tak biasa menerima perhatian sebanyak ini. Dari kecil sudah terbiasa hidup dalam bayang-bayang orang lain. Pendek cerita, halimunan.

"You know me best." Tuturnya, tertawa kecil.

Hujung bibirku terjongket ke atas. Malu bila dipuji begitu.

"Baari!" Gadis dengan rambut bertocang dua mencelah. "Ingat I lagi tak?"

Dia berfikir sejenak sebelum mengangguk. Dia... kenal perempuan tu?

"Girlfriend Adam, kan?"

Oh. Girlfriend... kawan dia.

"Er, well... that's old news. I dah break dengan Adam."

Oh. Ex-girlfriend kawan dia.

"Oh." Baari mengerutkan dahi. "Sorry. I didn't know." Sambungnya.

"Eh, no biggie!" Balasnya selamba. "By the way, malam ni birthday I. I ingat nak buat small gathering for friends. You'll come right?"

"Kenapa pula you nak I datang? You said small gathering for friends. Kita kawan ke?"

Bunyi tawa tertahan mengelilingi kami. Aku mengemam bibir. Juga menahan ketawa dari tersembur keluar.

Y/NOnde histórias criam vida. Descubra agora