Bab 37

167 33 4
                                    

Topi keledar hitam aku pulangkan kepada Mateo. Sebelah tangannya membuka cermin topi keledar, sebelah lagi memegang handle motosikal Yamaha MT-09, harta tinggalan arwah papanya untuk dia.

Sebaik saja kaki menjejak tanah, aku memeriksa telefon. Walaupun aku tahu tiada sesiapa yang akan meninggalkan mel suara atau pesanan ringkas atau hanya membunyikan telefonku, aku tetap memeriksanya sela sepuluh minit sejak pagi tadi. Terbiasa menanti hal yang tak pasti.

"Kau okay tak?" Tanya Mateo.

Aku menyeluk masuk telefon ke dalam poket celana dan mengangguk. Ya, aku okay.

Mateo memanjangkan leher. Matanya yang kecil melihat ke arah lobi pangsapuri mewah yang pernah menjadi kediaman sementaraku. Lebih tepat lagi, ke arah lif. Juga menanti hal yang tak pasti.

"Kau nak aku tunggu kat sini ke? Lagipun kau ambil barang, kejap je kan?" Tawarnya.

Selepas malam itu, Mateo seolah-olah menjadi pelindung sekaligus penjagaku. Bila aku perlukan bahu, tanpa berfikir dua kali, dia memunculkan diri. Meski bukan atas permintaanku, hampir dua minggu ini, dia bahkan menjemput dan menghantarku pulang ke rumah setelah kelas dan kerjaku di kafe selesai. Sentiasa ada.

Terlintas dalam fikiranku, mungkin sama seperti aku, jejaka bernama Mateo Tan itu pun sunyi. Setiap kali aku bertanyakan khabarnya, dia dengan bersahaja berkata dia baik-baik saja tapi isi hatinya yang sebenar, siapa yang tahu? Mungkin lebih teruk dari apa yang aku rasakan tetapi dia lebih memilih untuk berlagak seolah hidup berjalan seperti biasa.

"Eh, tak apalah! Kau kata petang ni kau ada kelas tuisyen, kan? Nanti terlambat, kesian pula kat pelajar kau." Tolakku.

Mateo mengangguk, bersetuju denganku.

"Okaylah. Kalau ada apa-apa, call aku."

"Hm."

Cermin topi keledar dia tutup dan memecut laju dari perkarangan pangsapuri. Setelah melihat dia pergi, aku masuk ke dalam lobi yang kosong. Mungkin penyambut di lobi berada di dalam pejabat yang terletak di belakang kaunter lobi.

Butang lif aku tekan. Kebetulan pula lif berada di aras G, jadi tak mengambil masa yang lama untuk pintu dibuka. Sebaik saja berada dalam lif, aku memeriksa telefonku sekali lagi. Keputusannya sama seperti sebelumnya. Tiada apa-apa pemberitahuan.

Kepala aku sandarkan pada dinding logam yang dingin. Merenung nombor yang berganti-ganti pada skrin di atas pintu lif. Musik klasikal yang dimainkan menambah berat pada kelopak mataku. Sambil menunggu, aku memejam mata tetapi bukan rehat yang datang tetapi perbualan telefon di antara aku dan mama kepada Baari sebelum aku berangkat ke kampus, pagi tadi.

"Assalamualaikum Meen."

Mateo menghulurkan topi keledar kepadaku. Tangan aku angkat, memintanya untuk menunggu sebentar.

"Waalaikumussalam mama. Kenapa call Meen pagi-pagi ni? Mama sihat?"

"Alhamdulillah, mama sihat je sayang." Jawabnya dan meski aku tak dapat melihat wajah keibuannya itu, aku dapat merasakan ada senyuman meniti di bibirnya. "Mama nak bagitahu Meen yang Subuh tadi, Baari dah bangun."

Baari... dah bangun?

Syukurku tak terhingga. Kalimat 'Alhamdulillah' bergema dalam hati. Bahagiaku tak pernah hadir setinggi ini.

"Hello? Meen?"

"Hm. Meen—Meen dengar." Aku mengesat air mata bahagia yang jatuh ke pipi. "Alhamdulillah. Lebih seminggu Baari koma. Baguslah kalau dia dah bangun. Doktor ada cakap apa-apa ke? Bila Baari boleh keluar?"

Y/NWhere stories live. Discover now