Bab 7

194 34 0
                                    

"Nama aku Mateo. Mateo Tan."

Mateo Tan. Tengok sekilas pun dah tahu dia bukan Melayu tapi cantik juga nama dia.

"And...? Kesalahan kau?"

"Kesalahan aku, disebabkan sifat seperti malaikat aku, aku sambut—"

"Bukan tu!" Cantasku laju. "Kesalahan sebelum ni."

Dia menarik nafas dengan dalam. Mula merasa jengkel dengan permintaan anehku. Jengkel tak apa. Jangan sampai curiga.

"Kesalahan aku, aku makan aiskrim tak ajak kau."

"HAH?!"

K-Kesalahan jenis apa pula ni...

"Sorrylah." Bibirnya turun ke bawah, menayangkan muka minta simpatinya. "Aku janji lepas ni aku makan, aku ajak kau sekali." Tangan kanan dia angkat. "Aku janji."

Aduh, kalau dah pasang muka macam tu, perempuan mana je yang tak cair? Cair bukan bermaksud jatuh hati tapi tak sampai hati nak marah. Lagipun dengan kesalahan sekecil zarah macam tu, buat apalah nak marah lama-lama? Tak sangka pula Kak Eefa marah kat dia sebab benda kecil macam ni.

"Okay. Aku maafkan."

Kecomelannya lesap dan dia kembali tersenyum lebar, menayangkan barisan giginya yang tersusun rapat. Aku dah tahu siapa nama dia tapi... apa peranannya dalam hidup Kak Eefa sebenarnya?

"Eh?"

Aku menoleh ke kanan. Seorang jururawat menudingkan jarinya ke wajahku.

"Kawan Kimi, kan?" Soalnya.

Aku mengangguk laju. Mengenali wajah seorang lagi sepupu Kimi. Keluarga dia besar. Memang padanlah sepupu dia ada di mana-mana.

"Siapa ni?" Dia melirik Mateo. "Boyfriend?"

"Eh, taklah! Kawan." Nafiku.

"Oh... ingatkan boyfriend tadi."

"Mana ada." Aku tersenyum kekok.

"Okaylah. I nak sambung kerja. Kirim salam kat Kimi."

"Okay..."

Dia berlalu pergi bersama troli berisi ubat-ubatan untuk pesakit yang menginap di wad hospital. Aku memandang Mateo. Risau juga sekiranya soalan tadi membuatkan dia kurang selesa dan setelah melihat dia tertunduk memandang balutan tangannya, mimpi ngeriku menjadi nyata.

"Kau—"

"Kita pergi lain kali jelah." Cantasnya, memaksa senyum. "Aku terlupa aku ada hal." Tambahnya pula.

"Oh, okay. Aku book Grab—"

"Eh, tak apa!" Dia menolak perlahan telefonku. "Aku... Kebetulan aku ada kawan kat area sini. Kau book Grab untuk kau jelah."

"Tapi—"

"Hati-hati."

Dia menepuk bahuku dan berlalu pergi. Sedetik setelah mengucapkan selamat tinggal, senyuman palsunya serta-merta terpadam dari wajah. Aku menoleh ke belakang. Memandangnya yang sedang mengatur langkah menuju ke arah lif di hujung laluan, bersebelahan stesen jururawat.

Ada sesuatu yang aneh tentang reaksinya tapi aku baru mengenalinya kurang dari 24 jam. Tak layak untuk membuat tekaan tak berasas darihalnya. Tapi... dia dan Kak Eefa, memang tak ada apa-apa hubungan istimewakan?



Secawan coklat panas aku letakkan ke atas meja kopi. Televisyen 50 inci menyala. Rancangan aneka ragam 2 Days 1 Night dari Korea Selatan dimainkan di kaca televisyen. Selipar rumah aku tanggalkan, mengangkat kaki ke atas sofa. Duduk bersendirian di rumah, buat apa nak duduk macam perempuan Melayu terakhirkan?

"Oh my God, Kim Seonho!"

Aku bertepuk tangan. Pada mulanya, hanya mahu menonton siaran ulang rancangan itu, tiba-tiba bertukar jadi sesi sorakan peminat pula. Harap-harap, dinding pangsapuri mahal ini cukup tebal dan kalis suara.

"Heol!"

"Jjinja?!"

"Omo, omo!"

"Ah, mwoyaaaa!"

Entah betul, entah tidak sebutanku. Lantaklah! Takkan tengok rancangan lawak macam ni bisu memanjang? Mestilah jerit-jerit, gelak bagai. Barulah meriah. Seronok layan. Tapi... sunyi juga bila layan seorang-seorang macam ni. Kalau kat rumah, sekurang-kurangnya ada Zuki sekali.

Ding, ding!

Mendengar bunyi deringan, tanganku meraba-raba sofa. Mata masih melekat di kaca televisyen, mengagumi struktur wajah Kim Seonho, pelakon asal Korea Selatan itu.

Ding, ding!

Deringan kedua membuatkan aku menoleh. Patutlah dari tadi meraba, tak jumpa. Tersangkut di celah sofa rupanya.

Baari: I went to your house. Housemate awak kata awak tak ada kat rumah

Baari: Dah lewat ni. Awak pergi mana?

"HEOL!"

Belum sampai lima saat setelah aku membuka mesejnya, panggilan masuk. Dek panik, ibu jariku laju menekan butang hijau. Menjawab panggilan tanpa mengatur apa-apa rancangan dalam kepala.

"Meen!" Panggilnya. "Awak pergi mana? Housemate awak kata awak tak ada kat rumah."

"Oh. Er... saya... saya kat rumah kakak saya."

"Oh." Dia menghembus nafas lega. "Kenapa? Kakak awak okay ke?"

"Okay cuma... er..." Aku bangun dari sofa, bergerak ke tingkap. "Saya ada assignment then I have things to ask her. You know, macam interview."

"Oh, iya ke? Dah tu, malam ni awak tak baliklah?"

"Nampaknya macam itulah. Lagipun, kan dah lewat ni." Aku mengetap bibir, lega aku dapat meloloskan diri kali ini. "Eh, tapi awak buat apa kat rumah saya?"

"Tak adalah. Saja nak jumpa awak kejap. Dah dua hari kita tak jumpa. Rindulah."

Pfft. Manja sangat ni dah kenapa?Baru dua hari tak jumpa.

"Hm. Saya pun rindu juga."

"Iya ke? Kalau macam tu, saya pergi jumpa awak sekarang!"

"Tak boleh!"

Aku menekup mulut dan menepuk dahi. Aku dah kenapa panik sangat? Tak pasal-pasal tertinggikan suara kat dia.

"Saya... gurau jelah. Janganlah serius sangat." Dia berdehem kekok. "Awak... tak nak saya jumpa kakak awak ke? Dia tak tahu pasal kita lagi ke?"

"Bukan macam tu."

Aku memandang sekelilingku. Dengan tiang bersalut marmar, chandelier custom-made dan keluasan unit pangsapuri kediaman Kak Eefa, sesiapa pun akan tahu taraf keluarga kami yang sebenarnya. Bukan maksudku untuk menyimpan rahsia, cuma aku belum bersedia untuk berterus-terang.

"Dah lewat ni. I have to go."

"Oh... okay."

"Goodnight. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Panggilan ditamatkan dan aku terkubur dalam serba-salah.

Y/NWhere stories live. Discover now