Bab 32

148 30 7
                                    

"Kau dah ada boyfriend?" Nada suara Mateo jelas menunjukkan dia terkejut.

"Ha'ah. Dah lama dah. Nak dekat dua tahun macam tu."

Mateo bersandar pada pengadang yang memisahkan pondok perhentian bas dan jalan raya. Dari hospital ke sini, dia tak habis bertanya tentang hidupku. Kalau bukan terangguk-angguk, dia mengajukan soalan lain pula.

"Budak U kau juga ke?"

"Taklah!"

"Dah tu?"

"Adalah."

"Kenapa kena rahsiakan? Boyfriend kau famous ke?"

Aku menahan senyum. Gila tak famous. Perempuan kiri, kanan, depan, belakang kejar dia. Itu perempuan. Belum lagi peminat-peminat bola yang lain. Sebab itulah kitorang selalu keluar kat tempat yang tak ramai orang. Senang nak borak, tak ada orang ganggu setiap lima minit.

"Famous jugalah."

Mateo duduk di sebelahku. "Seriuslah? Siapa? Aku kenal ke?"

"Mohd Baari."

"Baari?" Alisnya bertaup. "Baari yang aku kenal seorang je. Tapi itu pun pemain—"

Mulutnya terbuka luas. Tangan naik menekup mulut sebelum dimasuki serangga yang berterbangan mengelilingi lampu yang menerangi pondok.

"Seriuslah dia boyfriend kau?!"

Aku mengangguk sekali. Berlagak selamba tetapi sebenarnya menikmati reaksinya. Sama macam reaksi Kimi dan Dita dulu.

"Tapi... kenapa aku tak pernah nampak muka kau kat mana-mana social media dia? Dia tak pernah post gambar kau pun."

Senyumanku mati.

"Korang bercinta senyap-senyap ke?"

"Taklah."

"So? Kenapa—"

"Just private."

"Macam ni bukan private nama dia. Ini secret." Ujar Mateo, kurang bersetuju.

"Anyway!" Aku mengubah topik. "Aku nak pulangkan ni." Tapak tangan aku buka, mendedahkan rantai yang dia belikan untuk Eefa.

Mateo mengambilnya. "Tapi kenapa?"

"Kenapa apa? Dari awal lagi memang bukan untuk aku pun. Lagipun... minggu depan Eefa balik Malaysia. Bolehlah kau hadiahkan kat dia. Kau beli pun memang untuk diakan?"

Mateo menggenggam rantai itu. Tangan direhatkan pada riba. Pandangan dilontarkan jauh ke jalan raya dua hala di depan mata. Nafasnya menjadi keluhan. Aku turut bungkam. Tak mahu mengganggu lamunannya.

"Eefa?"

Bahuku ditepuk perlahan. Wajah risau Hailmie muncul dalam pandangan. Dia tunduk, memandang tanganku yang dalam tak sedar sedang menyentuh kolarku yang kini kosong tak berpenghuni.

"Kenapa? Kena gigit serangga ke?"

Riak wajahnya berubah lagi. Kali ini, panik pula. Satu hal yang paling Hailmie takuti dalam dunia ni; serangga.

"Hah?" Aku terkebil-kebil. "Oh. Taklah." Nafiku.

Hailmie mengangguk faham.

"Jom. Kita masuk."

Aku menoleh ke arah pintu HE Gallery yang tertutup rapat tetapi dibanjiri cahaya chandelier. Di dalam, pasti ada kejutan yang menanti. Cukup dengan memikirkannya, membuatkan aku gemuruh. Risau sekiranya aku tak dapat mengawal emosiku.

Namun tanpa sepatah kata, aku mengikuti langkahnya masuk ke dalam. Di mana dua orang pekerja membukakan pintu untuk kami. Kalau aku tak pernah memijak kaki ke sini, dengan mudahnya aku akan menganggap tempat ini sebenarnya restoran mewah dan bukannya galeri kerana ada penyambut tetamunya.

Hailmie membawaku ke aras kedua galeri yang gelap-gelita. Berbeza sungguh dengan aras pertama. Tapi bukankah kejutan selalunya begini? Sengaja memutuskan tenaga cahaya untuk unsur misteri.

Dek kebelakangan ini galeri kosong tanpa pameran seni, tembikar dan lukisan mungkin disimpan dalam bilik stor. Apabila kami berhenti melangkah dan lampu dihidupkan, ternyata sangkaanku jauh meleset. Dinding kelabu dan putih di sepanjang aras dua dihiasi ribuan polaroid dan beberapa lukisan. Bahkan lebih penuh berbanding pameran terakhir yang aku kunjungi bersama Kimi.

"Tunggu sini." Pintanya.

Aku menghampiri dinding yang terdekat. Mengamati wajah gadis yang menghiasi setiap polaroid dan setiap karya seni di sini. Wajah kami sama, tapi meski seribu tahun pun berlalu, aku tetap bukan dia. Walaupun aku cuba berpakaian seperti dia, mengucapkan kata-kata yang pernah terlepas dari mulutnya, aku tetap aku.

"Happy birthday to you! Happy birthday to you!"

Aku menoleh. Hailmie kembali dengan kek baldu merah di tangannya. Lilin-lilin yang menandakan usia aku dan Eefa hari ini dinyalakan. Menari apakala ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari hawa pendingin.

"Happy birthday to Eefa! Happy birthday to you!"

Hailmie menyudahkan nyanyiannya tapi aku kaku di tempatku sementara dia menantiku untuk meniup lilin yang semakin lama semakin hilang ditelan api. Panik melihatku membeku tak berbuat apa, Hailmie meniup lilin-lilin tersebut.

"Kenapa ni? You nampak macam... tak sihat je?"

Nafas aku tahan. Masih degil untuk mengawal emosi.

"You tak suka kek ni? Ke you marah sebab I tak contact you langsung beberapa hari ni?" Tanya Hailmie. "Sorry. Actually, I pergi baking class so I can bake you this cake. I know it's not perfect and ada typo, tapi-tapi rasa dia okay je. You jangan risaulah. I dah try dah. Takkanlah I nak racun you, kan?" Dia tertawa di hujung.

"Hailmie, kau—kenapa kau bodoh sangat?!"

Matanya membulat. Kek di tangan diletakkan ke atas meja. Dia cuba merapatiku tapi aku semakin menjauhkan diri.

"Kenapa ni? You tak suka ke dengan surprise I? Is it too much? Kalau you tak suka, we can go somewhere else. Maybe a simple dinner? Ke you nak tengok wayang? Boleh juga. I dengar ada movie baru—"

Aku berpaling darinya. Mencabut kasar salah satu polaroid yang dilekatkan di dinding. Mungkin terlalu kasar sehinggakan tak sengaja mengoyakkan bucunya.

"Eefa—"

"This girl!" Aku menayangkan wajah gadis itu. "Kau kenal tak dia siapa?"

Hailmie mengurut dahi. Mengeluh panjang.

"Eefa—"

"I'm not—" Nafasku terketar. "I'm not Eefa."

"Kalau bukan Eefa, sia—" Hailmie terdiam.

Dia menatapku lama. Mencari tanda gurauan tapi kelihatan hanya air mata yang berjuraian. Tiba-tiba, dia tertawa. Kepala dia gelengkan. Menidakkan tekaan sendiri.

"Kalau bukan Eefa, Meen?"

+

Bab ni terpaksa bahagi dua sebab panjang sangat. Next bab saya update esok

Y/NWhere stories live. Discover now