Bab 6

218 37 1
                                    

Waterbed bersaiz King lebih dari memuaskan untuk aku yang terbiasa tidur pada permukaan tilam berspring yang keras. Semalam, baru seminit aku merebahkan badan, aku terlelap jatuh ke alam mimpi. Bahkan mimpi yang aku lewati juga lebih indah berbanding biasa. Nikmatnya tak dapat aku susun dalam ayat.

Dengan tidur yang cukup, aku rasa lebih bersemangat untuk menghadiri kelas seawal sepuluh pagi. Kebiasaannya, jangankan kelas pagi, kelas tengahari pun aku malas. Kantuk tu 24 jam takkan habis. Asyik nak tidur memanjang.

Ding-ding!

Baari: Goodluck for your class today. I miss you Meen :(

Kehangatan mendakap hati.

Meen: Goodluck on your practice today!

Menggigit bibir, aku menaip satu lagi pesan untuknya.

Meen: I miss you :(

"Cik Eefa... okay ke?"

Aku menoleh ke kanan. Seorang wanita dengan pakaian seragam pekerja pembersihan yang sedang membersihkan dalaman lif memandangku. Aku terkebil-kebil. Hampir terlupa mulai hari kelmarin, aku bukan lagi Meen tapi Eefa, kembarku.

"Tak pernah-pernah saya nampak Cik Eefa tersengih-sengih. Dah ada boyfriend ya?"

Aku menggaru kepala. Dengan sengihan, aku mengangguk.

"Lelaki yang hari tu datang rumah Cik Eefa eh?"

Lelaki...?

"Ground Floor." Pengumuman dalam lif menyentapku.

"Er, saya pergi dulu."

Aku meminta diri dan melangkah keluar dari dalam perut lif. Pintu tertutup semula dan wanita tersebut hilang dari pandangan mata. Aku mengatur langkah menuju ke pintu masuk utama pangsapuri. Tak habis fikirkan 'lelaki' yang wanita tadi maksudkan dan mengapa pula dia mengunjungi rumah Kak Eefa.

"Tipah!"

Betul ke Kak Eefa dah ada boyfriend? Kalau betul, boyfriend dia tahu ke dia pergi Sweden? Takkan aku kena berlakon jadi dia depan boyfriend dia?

"Tipah!"

"AHH!"

Terlalu asyik melayan fikiran sendiri, aku terlepas pandang papan tanda berwarna kuning dan memijak bahagian lantai yang masih basah. Bagai terperangkap dalam dunia kartun, aku tergelincir dan kedua kakiku melayang ke udara. Mata aku pejam rapat. Habislah tulang pinggang aku patah. Tak apalah. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu nak hadir ke kelas pagi ni.

Bukk!

"Argh..." Suara garau menyapa gegendang telingaku, begitu dekat.

Mata aku buka. Impak daripada terjelopok pada lantai taklah seteruk yang aku jangkakan. Alhamdulillah, pinggang aku masih berfungsi dengan baik. Cuma siku saja yang terhentak sedikit dan menghantar getaran elektrik kecil ke seluruh lengan, membuatkannya kebas sejenak.

Eh? Kenapa rasa... lantai ni lembut semacam? Ada tilam ke?

"Sampai bila kau nak duduk atas aku ni?"

Aku menoleh ke belakang. Terpandang figura yang berbaring pada lantai, menjadi alas pendaratanku.

"EH!"

Laju-laju aku bangun dari duduk pada abdomennya. Patutlah permukaan lembut. Perut anak orang rupanya.

"Awak okay ke?" Soalku, menghulurkan tanganku untuk membantunya bangun.

Y/NWhere stories live. Discover now