Bab 42

247 44 10
                                    

Telefon tak henti berdering. Nama Mateo tak padam dari skrin. Terus-menerus membuat panggilan kepadaku sehinggakan Kak Eefa mula curiga. Senyuman herotnya kelihatan meski dia cuba sembunyikan dengan menghirup kopinya.

"Er..." Kepala aku garu.

Skrin telefon mati dan sesaat kemudian, menyala lagi dengan panggilan kali ketiga daripada orang yang sama.

"Jawablah." Kak Eefa bersuara.

Aku mengangguk dan bingkas bangun. Mengatur langkah ke arah balkoni untuk sedikit privasi sebelum menekan butang jawab. Selagi aku tak jawab, selagi itulah dia tak berhenti buat panggilan.

"Lambatnya jawab!" Getus Mateo.

"At least, aku jawab." Gumamku perlahan. "Nak apa?"

"Kau kat mana? Keluar jom?"

"Aku balik kampung."

"HAH?!"

Aku menjarakkan telefon dari telinga. Cuping telinga aku gosok, geram. Nyaring betul suara dia.

"Balik kampung, tak ajak aku pun!"

"Dah kenapa aku nak ajak kau?" Aku melirik ke arah Kak Eefa yang sedang membelek majalah di ruang tamu. "Kau nak jumpa bekas bakal mak mertua kau ke? Kalau nak, datanglah sini. Ex kesayangan kau pun ada sekali."

"Main kasar, eh?"

Aku menyengih. "Gurau jelah. Tapi kau call aku sebab nak ajak keluar je ke?"

"Aku nak cerita pasal Dita."

Eh, ha'ahlah Dita! Kenapalah kebelakangan ni aku mudah lupa? Muda-muda lagi dah nyanyuk. Banyak sangat benda nak difikir agaknya. Banyak ke? Rasanya satu orang je yang asyik muncul dalam celik dan mimpi.

"Haa! Alang-alang kau dah mula, aku nak tanya; macam mana kau boleh terjumpa dia? Selalunya, kalau tak kerja, kau ajak aku keluar. Bila masa pula kau ada masa nak keluar, jumpa perempuan lain ni?"

"Jumpa perempuan lain, eh? Rasa macam kena tuduh curang pula."

Aku menggeleng kepala. Ada-ada jelah.

"Kitorang jumpa sebab kerja. Hari tu aku ada photoshoot untuk satu butik ni lepas tu kebetulan pula Dita kawan pemilik butik tu. Dia pun datanglah tengok photoshoot aku. Then kitorang berkenalan tapi masa tu, kitorang kawan jelah."

"Oh... so sekarang bukan setakat kawanlah?"

"Eh!"

"Eh, eh, eh?" Usikku, menahan tawa.

"B-Bukan macam tu..." Balasnya dengan nada rendah. "Eh, tapi macam mana kau boleh kenal dia pula? Aku tak pernah nampak kau dengan dia pun."

"Kau ingat tak kawan aku, Kimi?"

"Ingat."

"Dia dengan Dita bersepupu. Selalu juga keluar bertiga."

"Oh..."

Kedengaran suara feminin menyapa di belakang. Mateo membalas suara itu dalam Bahasa Kantonis.

"Eh, Meen! Mama aku panggil akulah. Kita sambung borak lain kali jelah."

"Hm, iyalah. Aku pun tengah sibuk ni." Balasku.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, panggilan ditamatkan dan aku kembali ke dalam ruang tamu. Bunyi tapak kaki di aras kedua rumah membuatkan aku 'melipat' badan dan bersembunyi di bawah ketiak Kak Eefa, memeranjatkannya.

Hampir seminit berlalu dan bunyi itu tak kendengaran lagi. Kelibat mama mahupun papa juga tak kelihatan menuruni anak tangga. Kak Eefa menolakku jauh. Kepala dia gelengkan, geram kerana memeranjatkannya sehingga hampir menumpahkan kopinya yang masih tinggal separuh.

Y/NWhere stories live. Discover now