Bab 13

155 32 8
                                    

"Eefa?"

"Hah?"

Hailmie menyelukkan sebelah tangan ke poket. Tersenyum kecil.

"Tak dengar ke I panggil tadi?"

Dengar. Bahkan terlalu jelas. Aku berharap sangat aku sebenarnya khayal dan tersilap dengar nama yang dia panggil. Namun nama yang sama dia laungkan berkali-kali. Eefa. Bukan Meen, gadis yang pernah rapat dengannya suatu ketika dulu.

"Sorry. I—I mengelamun tadi." Bohongku, memaksa senyum.

"It's okay. Anyway, sorry I tak dapat nak show you around. I ada hal."

"Eh, tak apa! Lagipun, I datang dengan kawan I."

"Oh, iya ke? But still, I feel bad to leave you." Tuturnya lembut. "Er, Erin!" Panggilnya.

Seorang gadis dengan teg nama Erin datang menghadapnya. Senyuman lebar di bibirnya. Sepertinya gadis itu bekerja di sini dan Hailmie juga kelihatannya sering ke sini kerana tahu nama-nama pekerja galeri ini.

"This is Eefa." Hailmie mengerlingku dan menghadiahkan senyuman sebelum kembali memandang pekerja tersebut. "My girlfriend."

Hatiku retak seribu. Tak mungkin. Sesiapa, tolong katakan yang tekaan aku salah. Yang kali ini, aku betul-betul tersilap dengar.

"Can you show her and her friends around?" Pinta Hailmie.

"Oh." Gadis itu mengerlingku dengan senyuman paksa di bibirnya. "Sure."

Berpuas hati dengan jawapan pekerja tersebut, Hailmie berpaling menghadapku. Kedua tangannya diletakkan ke bahuku. Memaksaku untuk mendongak dan menatapnya yang melihatku bukan sebagai diriku yang sebenar. Tetapi sebagai gadis yang berkongsi wajah yang sama denganku.

"I pergi dulu. Hati-hati balik nanti." Pesannya sebelum menyambung, "I love you."

Andai hati itu kaca yang tadinya retak, tiga kalimat itu menghancurkannya. Habis. Berderai menjadi ribuan cebisan kecil. Tapi dia berlalu pergi seakan-akan semua ini normal baginya. Tiada yang aneh. Normal.





Pesanan ringkas yang masuk sepanjang hari aku buka sebaik saja melangkah keluar dari dalam dewan peperiksaan. Nombor tak dikenali berulang-kali muncul di ruang pemberitahuan sejak aku dan Kimi meninggalkan pameran di HE Gallery.

Unknown Number: Hailmie ni. Did you get home safely?

Unknown Number: Eefa?

Unknown Number: Dah tidur ke?

Unknown Number: Tengah busy ke?

Unknown Number: I miss you. Call me when you can :)

Satu demi satu aku hapus. Tapi kejadian kelmarin takkan pernah terhapus dari ingatan meski aku cuba.

"Meen!"

Aku menoleh.

"Baari?"

Jejaka tinggi lampai itu berlari ke arahku. Kegembiraan jelas terpampang di wajahnya. Berbeza dengan anginku hari ini.

"Awak buat apa kat sini?" Aku panik, tak ingin kami menjadi pusat perhatian mahasiswa lain.

"Nak jemput awaklah."

"Jemput saya?"

"Ha'ah. By the way, awak tengok tak match semalam? Two minutes in and Mohd Baari, nombor 12 menjaringkan gol!" Getusnya, bangga.

"Oh." Aku terlupa akan perlawanannya. "Sorry. Saya... tak tengok."

Kegembiraanya terpadam seperti lilin ditiup angin kencang. Wajahku dia tatap lama. Mencari tanda-tanda gurauan. Aku turut berharap kata-kataku satu gurauan tapi itu tak dapat mengubah kenyataan.

"Sorry." Ucapku.

"Kenapa awak tak tengok? Selalunya awak excited tengok saya. Tak pernah miss."

"Saya busy."

"Takkanlah busy sangat sampai tak dapat nak support boyfriend sendiri?"

"Dah tu awak nak saya buat apa? Fail my exam sebab saya lebih pilih boyfriend berbanding pelajaran saya?"

Baari mengerutkan dahi. Aku menekup mulut. Dalam tak sedar melontarkan kata-kata kasar itu kepadanya.

"Baari," Aku cuba meraihnya tapi dia mengelak. "Baari, I'm sorry. Saya—Saya tak bermaksud pun nak buat awak terasa ke apa. Saya—"

"It's okay. Mesti awak penatkan sebab semalam belajar. Tak apa, saya faham." Tuturnya tapi kelakuannya bertentangan dengan kata-kata. "Saya rasa lebih baik kalau saya tak hantar awak balik hari ni. Saya tak nak dalam perjalanan nanti kita bergaduh pula."

Aku diam. Ya, itu pilihan yang lebih baik untuk saat ini.

"Nanti kalau awak dah okay, call saya. Saya tunggu." Tambahnya, tersenyum kelat.

Aku mengangguk lemah.

"Goodluck for your papers." Ucapnya.

"Hm. Congrats for your win."

Baari mengangguk. "Nanti kalau awak dah okay, kita pergi celebrate, okay?"

Aku menggigit bibir dan mengangguk. Menahan air mata yang mengancam untuk jatuh. Merasakan diri sangat tak layak untuk mendampingi jejaka sepertinya. Yang tahu bila untuk menemani dan memberi ruang, tak pernah merungut tentang kekuranganku dan sebaliknya mendakap kekurangan itu dengan hati yang terbuka.

Melihat dia perlahan-lahan hilang dari pandangan mata, penyesalan yang datang bertubi-tubi. Ini salah. Tak sepatutnya aku membiarkan dia pergi. Tak sepatutnya aku mencipta alasan yang membuatkan dia ingin pergi.

Semua ini harus dihentikan. Cukup. Aku tak mahu lagi terjebak dalam dunia ini. Aku Meen, bukan Eefa dan akan selama-lamanya seperti itu.

Y/NWhere stories live. Discover now