Bab 35

160 34 8
                                    

"Mateo?"

Mateo menjongket keningnya seraya melabuhkan punggung, duduk di sebelahku. Penampilannya kembali seperti normal. Dari atas sampai bawah, all-black. Rambut perangnya kelihatan begitu kontra sekali.

"Jadi model rambut lagi ke?"

Kepala dia angguk. Maksudnya, warna perang kali ini pun hanya sementara. Lepas beberapa kali cucian rambut nanti, hilanglah.

"It suits you."

"Hah?"

"Blonde. Kau nampak lagi sesuai dengan rambut blonde."

Tangannya naik, meraup rambutnya. "Iya ke?"

"Ha'ah."

Tangan diturunkan. Dia mengangguk seraya tersenyum.

"By the way, kenapa kau duduk seorang-seorang kat sini? Mana boyfriend kau?" Tanya Mateo, menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Baari.

"Kejap lagi dia datanglah."

"Oh."

Angin laut bertiup sedikit kencang. Kepulan awan hitam jelas terlihat menyelubungi langit malam yang hitam pekat. Ramalan cuaca kata tengah malam nanti, hujan turun lebat. Harap-harap, tak ada ributlah.

"Esok..." Mateo tak dapat menghabiskan ayatnya.

Aku mengangguk. Faham ke mana arah tuju soalannya. Mateo mengeluh panjang. Mata tertutup rapat.

"Meen."

Mendengar suara yang sering membuat aku terigau-igau itu, aku lekas menoleh ke belakang. Jejaka yang mengenakan t-shirt kelabu polos dengan rambut yang baru dikeringkan memandang aku dan Mateo bersilih ganti. Dapat menghidu salah faham yang akan berlaku, aku bingkas bangun dan berdiri di samping Baari.

Mateo menuruti perbuatanku. Kini bertentangan mata dengan Baari. Senyuman dia tunjukkan, sekadar untuk beramah mesra. Lagi pula pertemuan mereka pertama kali tak meninggalkan kesan baik.

"Meen, aku balik dululah." Beritahu Mateo.

"Kau bawa motor ke?"

Mateo mengangguk. Malam masih muda tapi lepas seharian bekerja, mesti badan dia letih. Tangan dia pun baru sembuh. Takkanlah nak balik malam ni juga?

"Bye." Ucap Mateo.

Aku membuka mulut, mahu menasihatinya agar tinggal saja di sini untuk sehari kerana risau akan keselamatannya tetapi Baari mendahuluiku. Dia meletakkan tangan ke atas bahu Mateo, menghentikannya daripada berlalu pergi.

Baari tunduk, menatap lama kolar Mateo. Tiba-tiba tangannya menarik rantai yang disembunyikan dalam t-shirt hitam yang Mateo kenakan. Rantai dengan ukiran burung berwarna hijau yang ditempah khas untuk Eefa memunculkan diri. Dalam tak sedar, tanganku naik menyentuh kolar sendiri. Seakan merindui saat-saat aku pemilik sementaranya.

Baari menoleh ke sisi, memandangku. Tangan laju-laju aku turunkan tetapi sudah terlambat. Baari melepaskan rantai itu. Pandangan dia lontar jauh ke laut yang bersatu dengan langit malam. Rahangnya tertonjol dengan gigi yang diketap.

Bukankah ini yang aku inginkan? Untuk Baari mengetahui semuanya? Lalu mengapa perasaan tak menyenangkan ini menghantuiku?

"Meen, aku—aku pergi dulu." Ujar Mateo.

Aku mengangguk faham. Sangkaku setelah itu Baari akan meletakkan perhatiannya kepadaku. Namun meski dengan kepergian Mateo hampir lima minit yang lalu, Baari tetap enggan bersuara mahupun melihat wajahku.

"I can explain." Tuturku perlahan.

Dari belakang, bahunya naik dan turun. Menghembus keluhan. Dengan tenang dan tanpa suara, dia memalingkan tubuh agar menghadapku tetapi pandangannya masih tertala ke arah lain. Aku tak salahkan dia. Kalau aku kat tempat dia pun, mesti aku rasa benci nak tatap muka perempuan yang aku sayang sepenuh hati, akhirnya khianati kepercayaan aku.

"Awak pun tahukan selama hampir sebulan ni, saya tinggal kat rumah kakak saya?"

Dia diam dan terus berdiam diri.

"Bukan sebab dia sakit atau sebab assignments saya. Tapi sebab Kak Eefa minta tolong kat saya untuk ganti tempat dia selama sebulan. So selama ni saya berlakon jadi dia. Hidup macam dia."

Aku semakin tertunduk. Ditikam rasa bersalah. Lebih-lebih lagi melihat kekecewaan yang Baari cuba untuk sembunyikan.

"Saya ingatkan saya cuma kena jumpa kawan-kawan dia, jaga rumah dia je tapi—tapi lepas tu saya dapat tahu Kak Eefa ada boyfriend."

"Lelaki tadi?" Akhirnya, dia bersuara.

"Hm." Aku mengiyakan. "Mateo tak tahu Kak Eefa pergi Sweden. Sebab itulah saya—saya kena berlakon depan dia juga. Tak lama lepas tu... saya terserempak dengan Hailmie."

Riak wajahnya berubah. Nama Hailmie pernah meniti di bibirku sekali tetapi Baari sudah menghafal nama itu. Berserta sejarah di antara aku dan Hailmie sekali.

"Turned out, Hailmie pun boyfriend Kak Eefa juga."

Baari tak dapat menyembunyikan ekspresi wajahnya lagi. Untuk sesaat, aku merasakan dia hampir bertanya jika aku baik-baik saja tetapi dia menangguh.

"Saya beritahu Kak Eefa, saya nak berhenti tapi dia—" Aku menggigit lidah. Takkanlah nak beritahu Baari macam mana kakak aku sendiri, ugut aku untuk kepentingan sendiri? "I couldn't. I couldn't say no to her."

"Kenapa dia panggil awak 'Meen'?"

"Mateo dah lama tahu saya bukan Eefa."

"Hailmie?" Tanya Baari lagi.

"I told him on my birthday."

Baari mengeluh sinis.

"So, awak berlakon jadi kakak awak untuk tipu diorang dua but they found out about it and saya, your real boyfriend, jadi orang yang terakhir tahu pasal semua ni?"

Aku mendongak, cuba untuk meraihnya tetapi dia menjauhkan diri. Mata dia pejam. Bibir terketar.

"Awak tipu diorang ke tipu saya sebenarnya?"

"Baari—"

"Sebab itu ke awak tanya soalan tu? What would I do if you do something bad. Because of this?"

"Saya—"

"Well you should've told me back then!" Bentaknya. "Selama sebulan ni, saya sibuk macam mana sekalipun, saya tetap cari masa untuk jumpa awak! You have so many chances to tell me, Meen! Kalau dari dulu lagi awak beritahu saya pasal ni, I'd try to understand!"

"Try to understand?!" Nadaku naik sama. "Girlfriend awak kena berlakon jadi perempuan lain, keluar dengan lelaki lain dan awak nak cuba faham saya?!"

Baari tunduk memandang pasir yang perlahan-lahan menenggelamkan kaki. Kepala dia geleng. Keluhan sinis terlepas.

"You really don't know just how much I like you, do you?"

Aku tergamam. Dia menatapku untuk sesaat lebih lama dan akhirnya, sama seperti cinta pertamaku, dia juga pergi meninggalkanku. Tapi kali ini, semuanya terjadi atas salahku sendiri kerana silap menghitung langkah dan meskipun aku mendambakan hadirnya di sampingku untuk selamanya, aku tetap tak layak untuk menghalangnya dari pergi.

Dua tahun bersama, noktah kita titik di sini.

+

Sepatutnya publish kelmarin but i wasnt feeling quite well. Sorry

Y/Nحيث تعيش القصص. اكتشف الآن