Bab 18

155 30 6
                                    

Ding, ding!

Ding, ding!

Ding, ding!

Aku mengetap bibir. Menahan sabar. Sejak pagi tadi lagi, telefon tak henti berbunyi dan sedikit demi sedikit, mencabar kesabaranku yang sejak azali lagi sangatlah tipis.

"Tak nak jawab ke? Macam penting je." Ujar Baari dengan mata difokuskan pada jalan raya di hadapan.

Keluhan aku tahan. Untuk mengelak dari membuat Baari curiga, terpaksalah aku memeriksa mesej yang masuk bertubi-tubi. Daripada siapa lagi kalau bukan Hailmie?

Hailmie: Lepas meeting, saya nak pergi lunch. You dah lunch?

Hailmie sent you a photo.

Dahiku berkerut seribu melihat aiskrim coklat yang jatuh menyembah jalan. Yang masih di tangannya tinggal kon aiskrim saja.

Hailmie: I don't know why but this reminds me when I cirit-birit hehe

"C-Cirit-birit?"

Lepas balik dari luar negara, otak dia memang dah tak betul ke? Boleh pula dia bandingkan aiskrim coklat dengan... benda coklat yang lain. Hailmie, Hailmie.

"Siapa tu?"

Suara Baari mengejutkanku. Membuatkan aku tersedar aku sedang tertawa kerana mesej yang dihantar oleh Hailmie. Raut wajah aku perbetulkan. Mematikan tawa sekaligus senyuman.

"Kawan lama."

"Oh." Baari kelihatan sedikit terganggu mendengar jawapanku. "Lelaki?"

"Ha'ah."

Skreett!

Aku hampir terhumban ke cermin depan kereta apabila pedal brek ditekan secara mengejut. Kepala aku toleh ke tempat duduk pemandu. Baari menekup mulutnya yang terlopong. Mempersiapkan mental untuk dimarahi.

"S-Sorry..." Ucapnya.

"Kenapa awak tiba-tiba brek?!"

"K-Kita d-dah sampai." Jari dia tuding ke arah pintu masuk pusat membeli-belah, di mana kafe tempat aku bekerja paruh masa berada.

Aku mengipas diri. Tahan, Meen, Tahan. Bawa bersabar.

Aku melangkah keluar dari dalam perut kereta dan Baari melakukan yang sama. Membuntutiku sehingga ke pintu masuk utama bangunan. Apabila aku menghentikan langkah, dia juga sama.

"Kenapa?" Soalnya.

"Lip tint saya tertinggal dalam kereta awak."

"Oh."

"Nak kunci. Saya pergi ambil—"

"Eh, tak boleh, tak boleh!" Dia mendepa tangan, menghentikanku.

"Kenapa tak boleh? Bukannya awak punya pun."

"Tak boleh." Tegasnya. "Nanti saya belikan yang baru."

Pulakk?

"Cakap pasal tertinggal barang, mana perfume saya yang tertinggal dalam kereta awak hari tu?"

"Er... yang itu pun nanti saya belikan yang baru."

Budak ni dah kenapa? Kalau belanja makan, itu memang dah selalu dah tapi macamlah dia tak tahu aku tak suka dia belanja aku benda lain. Inikan lagi barang peribadi aku.

"Kenapa awak ambil barang-barang saya? Baik mengaku sekarang. Kalau tak..."

"Sebab..." Bibirnya muncung sedepa. "Sebab saya suka bila awak letak barang-barang dalam kereta. It makes me feel like... it's our car?"

"Our car? Baari, it's not my car. It's your car."

"Well, awak nak ke? Kalau awak nak kereta tu, saya boleh bagi."

"Awak gila ke apa? Saya lesen memandu pun tak ada lagi tahu?"

Dia menggaru kepala. Baru teringat akan perkara menyedihkan itu.

"Fine!" Aku mengaku kalah. "Tapi awak kena belikan yang sebijik macam yang saya punya. Tak nak yang mahal-mahal."

"Yes boss!" Dia menabik, tersengih-sengih macam kerang busuk. "By the way, do you have to work today? Tak boleh ke kita keluar date? Lagipun hari ni saya free."

"Mestilah saya kena kerja. Kalau tak, siapa nak bayar sewa rumah saya? Awak?"

"Ha'ah."

Hmph! Dah agak dah jawapan dia!

"Ah, tak ada, tak ada! I'm an independent woman. I'm no man's burden."

Baari mendengus perlahan. Bibirnya makin muncung ke depan. Aku membalas dengan gelengan kepala. Dah besar macam ni pun, masih macam budak-budak. Rasa macam jadi guru tadika pula.

"Saya nak masuk kerja dulu. Awak nak singgah kejap ke?"

"Ha'ah tapi saya nak pergi kedai buku kejap. Awak pergi kafe dululah."

"Okay. See you later."

Kami berpisah di ruang masuk utama. Aku ke kiri dan dia ke arah bertentangan. Kafe tempat aku bekerja terletak di aras kedua. Tetapi kerana ramai pengunjung yang membeli-belah, aku mengambil masa yang lama untuk tiba di kafe tepat lima minit sebelum syifku bermula.

Wajah Kimi yang pertama muncul dalam pandangan mata. Pandangan aku talakan ke arah pelanggan yang sedang membuat pesanan di kaunter. Jaket kulit hitam yang tersarung di tubuh yang membelakangiku itu mengingatkan aku kepada jejaka bermata sepet yang sering berpakaian seperti itu; Mateo Tan.

Kimi mengangkat tangan ke arahku. Aku membalas dengan lambaian. Mungkin tertanya-tanya siapa yang disapa oleh Kimi, pelanggan tersebut menoleh ke belakang dan—

"Mateo?"

"Eh, hai Tipah!" Sapanya teruja.

"Ha'ah tapi saya nak pergi kedai buku kejap. Awak pergi kafe dululah."

Mateo. Baari. Mateo. Baari.

Ah, sudah! Kenapalah hidup aku malang sangat?

Y/NWhere stories live. Discover now