Bab 16

148 32 4
                                    

Hailmie: I'm downstairs

Telefon aku masukkan semula ke dalam beg tangan berjenama Prada, milik Kak Eefa. Pakaian dan aksesori yang aku kenakan, dari atas ke bawah, semuanya milik Kak Eefa. Aku tak boleh lalai lagi. Sedangkan Mateo tahu ada sesuatu yang aneh tentang aku, inikan pula Hailmie. Untuk masa yang tersisa dalam tempoh sebulan itu, aku perlu berusaha agar kelihatan lebih seperti... Eefa.

Eefa yang elegan, yang bergaya, yang mengenakan barangan berjenama mewah. Bukannya Meen yang selekeh, pakai pakaian ala kadar dan tak reti berfesyen.

"Eefa!"

Hailmie mengangkat tangan. Pintu tempat duduk penumpang dia buka, mengalukan aku untuk masuk ke dalam kereta sebelum janji temu kami bermula. Ya. Janji temu. Aku tak boleh nak mengelak. Hailmie pun termasuk dalam perjanjian kami.

"Seatbelt."

Aku tersentap dari lamunanku. Laju-laju menarik tali pinggang keledar dan memasangnya. Alih-alih, Hailmie meletakkan tangan kirinya pada kerusiku manakala tangan kanannnya mengawal stereng kereta. Kepala dia tolehkan ke belakang, mengundurkan kereta.

Nafasku tertahan menyedari betapa rapatnya jarak di antara kami. Perlahan-lahan, aku mendongak dan melihatnya. Wajahnya kekal bersahaja saat mengundurkan kereta. Tiba-tiba, kereta dihentikan dan dia menundukkan pandangannya, menatapku pula.

"Kenapa pandang?" Soalnya dengan senyuman nakal bermain di bibir.

Aku berdehem. Kembali memandang ke hadapan. Kepala aku geleng laju. Pura-pura tak memahami soalannya. Dia tertawa kecil. Tangan yang memegang kerusiku dia turunkan ke ribanya. Menekan pedal minyak dan memandu meninggalkan perkarangan pangsapuri.

"Sorry tiba-tiba ajak you keluar. Did you have to cancel any plans?"

Aku menggeleng. Kebetulan pula hari ini aku tak perlu bekerja.

"Kita nak pergi mana?" Tanyaku pula.

"Adalah. Surprise."

Aku menoleh sekilas ke tempat duduk penumpang bahagian belakang. Ada bakul rotan bersama tikar yang telah dilipat diletakkan pada tempat duduk.

"Picnic?"

"Er..." Hailmie tertawa janggal. "S-Surprise?"

Aku mengetap bibir. Menahan tawa. Dia masih Hailmie yang sama.




Kepala aku toleh ke kiri dan kanan. Ramai juga yang datang berkelah. Ada yang datang bersama keluarga sekali untuk beriadah. Cuaca hari ni pun tak panas. Agak berawan tapi tak hujan. Sesuai untuk aktiviti luar rumah. Aku pun dah lama tak pergi berkelah.

Klik, klik!

Aku menoleh ke arah Hailmie. Dahi berkerut melihatnya yang tak berhenti menekan butang pada kameranya. Sejak tadi, lensa kamera difokuskan ke arahku. Mengekori setiap perbuatanku.

Menyedari aku sedang menatapnya, dia menurunkan kamera di tangan. Aku melirik sandwich yang belum disentuh sejak kami tiba di sini, setengah jam yang lalu.

"Tak nak makan ke?"

Hailmie mengaku kalah. Kamera dialihkan dan dia mencapai sandwich yang dia bungkus. Menyuapnya ke dalam mulut dengan senang hati atau dengan tujuan untuk menyenangkan hatiku.

"Dari tadi asyik ambil gambar I dah kenapa? Pemandangan kat sini punyalah cantik. Sibuk nak ambil gambar orang." Aku menggeleng kepala.

"Tapi you lebih cantik." Balasnya.

Aku berpura tak mendengar pujiannya. Pandangan aku lontar jauh ke arah kanak-kanak yang sedang bermain buih. Berlari bebas di sekeliling taman.

"Tak percaya ke?"

Aku menjongket bahu.

"Eefa."

Nama itu lagi.

"Eefa..."

"Hm?" Aku memaksa diri untuk memandangnya.

"Tak percaya ke?" Soalnya.

"I'm not that pretty, Hailmie."

Eefa, ya. Tapi bukan Meen.

"Siapa cakap macam tu?"

Semua orang.

"Me." Jawabku.

"Have you ever seen your face when you're staring at the sunset? When you spill your coffee? When you eat that sandwich?" Dia memandang sekilas bekas sandwich yang kosong dan tertawa kecil. "You're pretty."

Hujung bibirku perlahan-lahan naik ke atas tapi apabila menyedari yang dia maksudkan ialah Eefa dan bukannya Meen, dadaku terasa sesak. Mata yang berkaca aku sembunyikan dengan memandang ke arah lain.

"What about those yang serupa dengan I? Diorang pun cantik juga ke?"

"Maksud you, Meen, kembar you?"

Sekurang-kurangnya, dia masih ingat nama aku.

"She's pretty... but she's not you."

Mata aku pejam. Menenangkan diri sendiri.

"Hari tu Meen kata dia nampak you. Dia kata dia tak tahu pun you dah balik Malaysia. Kenapa you tak pernah call dia, jumpa dia? I thought you were her friend."

"Memang nak jumpa dia pun tapi I asyik busy je. Apa kata kalau kita bertiga keluar sama-sama? Pergi bercuti ke?"

Aku menggigit bibir. Jari menguis bucu tikar yang dijadikan alas tempat duduk.

"Tengoklah macam mana. I pun busy."

Dia mengangguk faham dan aku diam seribu bahasa.




Kereta dihentikan. Tali pinggang keledar dia buka, mahu keluar untuk membukakan pintu untukku tetapi aku sudah melangkah keluar dari dalam perut kereta terlebih dahulu. Pintu kereta aku tutup semula dan cermin dia turunkan.

"Thank you for today." Ucapku, berbasa-basi.

Hailmie tersenyum manis. "I'll go first. Bye. I love you."

Aku membalas dengan senyuman. Mujurlah dia tak mencurigai apa-apa. Cermin dinaikkan semula dan pedal minyak ditekan. Memandu pergi.

Aku memalingkan badan ke arah lobi pangsapuri. Satu langkah, dua langkah dan aku kaku.

"I'll go first. Bye. I love you."

"I love you."

Aku tercungap, mencari udara untuk diisi ke dalam ruang pernafasan. Dengan jari terketar-ketar, aku mendail nombor telefon seseorang yang tak pernah meninggalkan benakku. Yang akan sentiasa ada untukku. Buktinya, cukup sekali deringan, panggilan dijawab.

"Hello Meen?"

Aku memejam mata. Cecair hangat mengalir di pipi.

"Meen?" Panggilnya.

"Awak kat mana?"

Esakanku pecah.

Y/NWhere stories live. Discover now