Bab 5

225 38 1
                                    

"Diam je. Ni mesti masih marah lagikan?"

Aku menyumbat buku ke dalam tote bag yang aku bawa ke mana-mana dan bingkas bangun. Berniat untuk segera mengangkat kaki pergi dari situ, aku berpaling darinya. Belum pun selangkah aku berlalu, dia menghalang jalanku.

"Okay. Okay fine. Aku tahu aku salah." Ucapnya, mengeluh.

Aku berundur setapak ke belakang. Memeluk erat tote bag ke dada. Kalau dia berani macam-macam, memang aku humban terus beg penuh buku ni ke muka dia. Biar habis lebam mata sepet dia.

Eh tapi... biar betul dia ni kawan Kak Eefa? Setahu aku, Kak Eefa bukan jenis yang berkawan dengan orang sebarangan. Kawan-kawan dia majoriti memegang jawatan tinggi dan dari golongan elit saja. Dia begitu memilih dalam membina persahabatan kerana moto hidupnya; kalau nak berjaya, kenalah dikelilingi dengan orang yang berjaya.

Lelaki kat depan aku ni... Aku bukanlah nak menghakimi tapi... ergh!

"Aku minta maaf." Ucapnya perlahan dengan penyesalan dalam nadanya.

"Hm."

Aku mengangguk setelah lama berdiam diri.

"Hah? Kau maafkan aku?"

Kalau betullah dia kawan Kak Eefa, terpaksalah aku maafkan. Takkan aku nak tengking dia pulakan? Nanti makin keruh jadinya.

"Hm."

Aku semakin menjauhkan diri melihat dia tersenyum lebar. Berbeza sekali dengan imejnya sebagai budak motor. Tengok dari motosikal yang dia bawa, sah-sah dia bukan mat rempit. Mana ada mat rempit bawa motor harga berpuluh ribu macam tu.

Tapi kenapa pula Kak Eefa marah kat dia? Tengok dari cara dia merayu, minta maaf, nampak macam serius je diorang gaduh. Bukan sebab... dia penghendap Kak Eefa, kan?

"By the way, kau buat apa kat sini? Mana kereta kau?" Soalnya, melihat sekeliling.

"Kereta?"

Mampus aku!

"Kereta... bengkel. Hm. Bengkel"

"Kat bengkel?" Soalnya dan aku mengangguk. "Kenapa? Accident ke?" Sambungnya, risau.

Ah, sudah! Aku dahlah tak tahu nama-nama bahagian dalaman kereta. Aku nak cakap apa?

"Taklah." Aku mengetap bibir, berlagak tahu. "Er... wiper. Wiper rosak."

Wiper tu yang goyang-goyang lap cermin kereta tu, kan?

"Oh." Dia menggaru kepala. "Dah tu, buat apa kat sini? Takkan... tunggu bas?"

"Kenapa? Tak boleh ke aku naik bas?"

"Bukan tak boleh tapi biasanya, kau tak nak naik public transportation."

"Dah tu kalau aku tak naik public transportation, aku nak naik apa lagi kalau kereta aku rosak?"

Dia menuding ke arah motosikalnya. WHAT?!

"Biasanya kalau kereta kau rosak, kau call aku." Jelasnya.

"Aku? Kau... kau bonceng aku?"

Dia mengangguk.

BIAR BETUL KAK EEFA NAK KENA BONCENG DENGAN LELAKI?!

Deruman enjin kuat dari kejauhan membuatkan aku menoleh. Mata aku kecilkan. Bas yang aku tunggu akhirnya kelihatan. Menyedari bas sedang menuju ke arah kami, dia pantas mengalihkan motosikalnya ke tempat yang tidak menghalang pergerakan sesiapa.

Bas berhenti dan pintu dibuka. Beberapa orang penumpang turun. Aku mengerling lelaki tadi yang masih sibuk dengan motosikalnya dan menggunakan peluang itu untuk bergegas masuk ke dalam bas. Aku melabuhkan punggung pada tempat duduk bersebelahan tingkap.

Y/NWhere stories live. Discover now