Bab 22

160 31 1
                                    

"Thank you. Enjoy your coffee!"

Pelanggan terakhir hari ini meninggalkan kafe. Kimi yang kebetulan berdiri berdekatan pintu masuk menukar tanda 'buka' kepada 'tutup'. Memberitahu orang yang lalu-lalang kafe telah tamat beroperasi.

"Kau okay ke?" Tanya Kimi sambil menolak masuk kerusi ke bawah meja. "Hailmie?"

Aku mengangguk. Butang pada mesin wang aku tekan. Mahu mengira jumlah keuntungan kafe hari ini. Masih ada setengah jam lagi sebelum pengurus kafe kembali.

Sebenarnya, bukan Hailmie seorang yang membuatkan fikiranku bercelaru dan cacamarba. Semuanya serba salah. Tentang Kak Eefa, Baari, Hailmie, Mateo dan aku. Sejak aku menyetujui permainan ini, tiada yang berjalan lancar selari dengan yang aku inginkan.

"Aku... adalah cari tahu pasal hidup dia beberapa tahun ni."

Kimi berpaling menghadapku. Belakang dia sandarkan pada meja.

"Pemilik galeri, pelukis terkenal, penulis puisi... and those are just some of it. Aku pula?" Tawa simpati terlerai.

"Tak perlulah nak bandingkan hidup kau dengan dia."

"Tahu." Aku memandang Kimi. "It's just—kalaulah aku tak bazir masa aku dulu untuk tunggu dia, mungkin hidup aku sekarang... lebih baik?"

Kimi menjongket bahu. Kurang pasti sama ada patut bersetuju atau menentang kata-kataku.

"So, malam ni, kau nak pergi jumpa dia juga ke?" Tanya Kimi, mematahkan jari-jemarinya yang lenguh.

Semalam, sebelum Hailmie pulang ke rumah, dia sempat memberitahuku tujuan sebenar dia datang mengunjungiku; untuk memberi jemputan ke majlis pelancaran satu lagi buku puisi yang dia karang sendiri. Aku belum memberi kata muktamad sama ada aku akan dapat hadir atau tidak.

"Hm." Aku mengangguk, mengubah fikiran. "Aku ada benda nak tanya dia."

"Tak boleh ke kalau kau call dia je? Aku bukanlah apa. Setiap kali kau jumpa dia, mesti kau murung seharian. Macam mayat hidup."

Aku tertawa kelat. Kesan sampingan daripada bertemu Hailmie memang teruk. Bahkan lebih teruk berbanding kesan sampingan daripada mengambil pil tidur setelah kepergiannya beberapa tahun lalu.

"Aku rasa lebih baik kalau jumpa dia terus." Jawabku.

Kimi mengibar bendera putih. Mengangguk faham dan meneruskan kerjanya. Sementara itu, otakku ligat berfikir pakaian apa yang sesuai untuk majlis pelancaran buku.

Apa yang Eefa akan pakai?




"Meen!"

Aku menjarakkan telefon dari telinga. Baari ni, kalau dah menjerit teruja, serupa Cik Ponti. Bukan main kuat lagi jerit. Telefon aku rapatkan semula.

"Ya? Kenapa call malam-malam ni?"

"Buat apa tuuuuu?"

Aku mengerling ke arah HE Gallery yang terang-benderang dengan lampu chandelier. Tetamu yang datang, semuanya bergegas untuk masuk ke dalam. Tinggal aku seorang yang berada di luar.

"Tak buat apa-apa pun." Bohongku.

"Kalaulah sekarang off-season, bolehlah saya ajak awak keluar makan hot pot. Penatlah diet." Rengeknya.

Y/NМесто, где живут истории. Откройте их для себя