Bab 24

161 36 11
                                    

Senja menghampiri. Kerana ingin menemui Baari di sebelah petang ketika dia lengang, aku meminta pertolongan rakan sekerjaku untuk menukar syif dengannya dan aku bekerja di sebelah pagi sehingga tengahari.

Gymnasium yang sering Baari kunjungi merupakan gymnasium yang eksklusif untuk para ahlinya saja. Mujurlah Baari sudah memberitahu mereka akan kedatanganku sebentar lagi. Mereka terus menunjukkan jalan untuk ke tempat Baari berada; gelanggang Muay Thai.

Bunyi seakan bom meledak memeranjatkanku. Satu tumbukan kuat dari Baari mengena pad jurulatihnya. Tubuh basah lencun dek peluh tak mengganggu fokusnya. Tumbukan demi tumbukan diayunkan dan sekali-sekala dia menunduk, mengelak.

Aku mengurut dada perlahan. Degupan jantung masih laju. Apatah lagi dengan bunyi 'bom' yang tak berhenti meledak. Lelaki yang menunjukkan aku jalan tadi meminta diri dan terus beredar.

Aku menjaga jarak. Menjauhkan diri dari gelanggang. Takut-takut tumbukan Baari melayang ke mukaku pula walaupun ketinggian gelanggangnya separuh ketinggianku. Tak salahkan kalau lebih berhati-hati?

Whoosh!

Deruan angin dari tumbukan Baari turut kedengaran. Selain daripada Baari, ramai lagi yang berada di ruangan ini tetapi mataku tak pernah meninggalkannya walau untuk sesaat sejak aku menjejakkan kaki ke sini.

Baari yang berada di hadapanku kini sangat berbeza dengan Baari yang aku pernah lihat sebelum ini. Selalunya, dia penuh dengan telatah yang memeningkan kepala dan tak habis dengan sikap manja dan lagak comelnya. Terkadang, dia juga boleh berlagak sweet.

Tapi... Baari yang ada di sini, kelihatan... garang. Hujung alis hitam tebalnya bertemu, anak matanya fokus kepada pergerakan pad di depan mata. Tiada lagak comel mahupun manja ditunjukkan dalam gelanggang. Ditambah pula dengan keseriusan yang terpampang di wajahnya... haih! Macam manalah aku boleh dapat dia?

Sedang aku dibuai lamunan, mengamati keindahan ciptaan-Nya, dia menoleh sekilas ke arahku dan hujung bibirnya diherot ke atas. Kenyitan mata dihadiahkan buatku dan bum! Tumbukannya mengena lagi.

Aku terbelahak. Tercekik air liur sendiri. Bukan setakat pipi berbahang, malahan seluruh badan rasa panas semacam. Inikah namanya kesan sampingan daripada melihat jejaka tampan?

"Okay, bro!" Baari menepuk bahu jurulatihnya dan bersandar pada tali gelanggang, tunduk melihatku dengan bibir muncungnya. Kembali ke mod comel. "Hai... I miss you..."

Aku menggigit bibir. Menahan diri daripada menjerit teruja. Baari tertawa melihat reaksiku. Suka sangat sakat orangkan?

Dia melompat turun dari gelanggang dan merapatiku. Agak pelik untuk aku katakan, tapi hati mengakui dia kelihatan menawan dengan peluh membasahi dahi dan t-shirt kelabu yang dia kenakan. Wangiannya juga dua kali ganda lebih mengancam. Membuatkan aku berundur setapak ke belakang.

"Cool tak boyfriend awak?" Dia maju selangkah pula.

Isy, dia ni! Memang sengajakan nak buat aku kena serangan jantung?

"Kalaulah saya tak kenal awak, mesti saya ingat awak ni gangster. Tu, tu!" Aku menuding ke arah bekas luka pada pipi dan atas bibirnya. "Mesti saya ingat luka awak tu sebab bergaduh."

"Memang sebab bergaduh pun." Jawabnya bersahaja.

"Hah?!"

Eh, muka suci macam ni pun pernah bergaduh ke?

Baari memegang luka di atas bibirnya. "Yang ni sebab waktu kecil dulu saya bergaduh dengan kawan saya then terkena bucu meja." Kemudian tangannya naik ke atas pula. "Yang ni saya tak ingat sangat tapi rasanya sebab saya jatuh lepas tu terkena something juga kut."

Y/NWhere stories live. Discover now