Bab 38

174 33 3
                                    

Segelas air aku berikan kepadanya. Bibirnya yang kering dan merekah menyentuh gelas, membasahkan tekak. Gelas yang separuh penuh dia letakkan ke atas lantai. Masih membalut diri dengan selimut meski suhu tak sedingin sepuluh minit yang lalu.

Aku duduk di atas lantai bersamanya agar pandangan mata kami setara tetapi dia malahan mendongak, mencerap langit serulean melalui jendela yang terkuak luas. Mataku tak pernah meninggalkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Apabila dia menghela nafas dalam, barulah aku tersentap dari termenung jauh.

"Ingat tak, tiga tahun lalu Kak Eefa pergi Sweden untuk beberapa bulan as exchange student?"

Suaranya hampir tak kedengaran kerana tubuhnya yang terlalu. Aku merapatinya. Duduk di sampingnya, turut bersandar pada rangka katil. Tanpa menanti jawapan dariku, dia menyambung.

"I met a guy there and... kitorang bercinta. He was... my first love." Hujung bibirnya sedikit terangkat ke atas. "Even lepas Kak Eefa dah balik Malaysia pun, Kak Eefa masih terfikirkan dia and I thought, 'this is it. This is the guy I wanna marry one day' and I told him that. Kak Eefa tahu mama dengan papa takkan setuju sebab Kak Eefa masih muda lagi but I knew what I want."

Dia mengangkat gelas dari lantai. Jarinya dimainkan pada bibir gelas. Menjatuhkan titisan air pada dinding gelas sambil termenung jauh.

"Lepas Kak Eefa graduate, Kak Eefa senyap-senyap pergi Sweden and..." Dia mengangkat tangannya, menunjukkan cincin itu. "Kitorang kahwin."

"K-Kahwin?"

"Walaupun lepas kahwin kitorang bercinta jarak jauh, sepanjang tahun pertama, kitorang bahagia sangat." Senyumannya lupus. "Sampailah satu hari, Kak Eefa balik Sweden tak beritahu dia sebab nak buat surprise. Then I found out he's been living with someone. Another woman. He apologized and I accept it but—but I keep having this feeling; I-I nak balas dendam. I nak buat dia rasa apa yang I rasa."

Sebab itu ke Mateo dan Hailmie...

"And so I did. I keluar dengan ramai lelaki and my husband—ex husband knew. Tapi I rasa tak cukup. Rasa tak puas hati. So I decided to date someone; Hailmie. Lepas tu, Mateo." Dia mendongak mencerap siling. "Hailmie dengan Mateo layan Kak Eefa baik sangat. Lebih baik dari dia tapi Kak Eefa tak pernah nak hargai. Buta sebab dendam sendiri."

Aku diam. Alang-alang dia dah sedia untuk buka hati, jelaskan semuanya, biarlah aku jadi pendengar. Tak perlu menyampuk, tak perlu mencelah. Sekurang-kurangnya dia tahu, apa yang dia buat selama ni salah.

"Lebih kurang sebulan yang lalu, we want to try again for the last time. Sebab tu Kak Eefa kena pergi Sweden. Tinggal dengan dia, cuba untuk selamatkan rumahtangga yang dah lama hancur. At first, we were happy again tapi lama-kelamaan, rasa benci tu lebih kuat dari rasa sayang. That's when I realized, 'we can't save this'. I have to let go."

Perlahan-lahan, cincin yang tersarung di jari manisnya dia tanggalkan. Entah bagaimana dia masih boleh tersenyum.

"Lebih daripada rasa marah sebab dia punca semua ni, Kak Eefa rasa lebih marah kat diri sendiri sebab terlampau ikut perasaan. Sebab nak balas dendam, Kak Eefa sanggup mainkan hati dan perasaan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi Hailmie dan Mateo." Dia menoleh ke arahku. "Lebih-lebih lagi Meen."

Hatiku yang keras kerana amarah mencair dengan satu tatapan daripadanya. Tatapan yang penuh sesalan. Buat pertama kali, wanita di hadapanku ini tak meletakkan dinding kebal di sekelilingnya. Buat pertama kali, dia memperlihatkan aku diri sebenarnya, yang juga dipengaruhi emosi dan perasaan seperti manusia biasa. Kejujuran ini, sudah lama aku mengimpikannya untuk wujud di antara kami.

Dia meletakkan cincin perkahwinannya ke atas lantai di antara kami. Tatkala dia tertunduk, air jatuh dari matanya. Tanpa berfikir dua kali, aku menarik tangannya. Menggenggamnya seerat-eratnya. Cukuplah selama ini dia melindungiku. Kali ini, biarlah aku pula menjadi perisainya.

Dia menyorongkan tubuhnya merapatiku dan kepalanya dilentokkan pada bahuku. Kehangatan tubuhku membuatkan dia mengeluh kecil. Terasa sesuatu membasahi lengan t-shirt yang aku kenakan tapi aku buat tak endah. Selesa.

"I'm sorry. I'm really sorry, Meen." Bisiknya dengan esakan tertahan.

Tanganku yang melingkar di bahunya naik, mengelus perlahan rambutnya. Kata-kata takkan pernah cukup untuk menenangkannya tetapi kasih sayang seorang adik untuk seorang kakak, selalu lebih dari cukup.

Aku tunduk dan pandanganku jatuh pada sebentuk cincin di antara kami. Disinari cahaya matahari dari luar, ukiran Elias X Eefa jelas kelihatan di bahagian dalam cincin itu. Mereka pernah berkahwin dan sudah berpisah tetapi tak pernah walau sekalipun Eefa menyebut nama 'Elias' itu di hadapanku. Pandai menjaga rahsia sendiri.

Harap-harap lepas ni, tiada lagi rahsia antara kami. Seratus peratus kejujuran.

+

Btw, sorry for the late update. Tadi potong rambut sendiri pastu rasa macam "eh cutenya aku ni". Last-last terlupa nak update bab baru hehehehehe

Y/NWhere stories live. Discover now