Bab 29

146 32 1
                                    

"Bye Meen!" Mateo melambai tangan.

Senyumanku mati tatkala pandangan jatuh pada gadis yang membuntuti Mateo. Sepasang mata coklat itu menatapku tajam, menyatakan rasa tak senang hatinya melihat Mateo mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Setelah pintu kafe tertutup rapat, barulah aku dapat bernafas seperti biasa.

Dah tua macam ni pun masih takut kat budak sekolah. Tapi gila tak takut? Budak sekolah generasi sekarang lagi menakutkan dari generasi aku tahu? Dulu setakat pukul, cakar je. Sekarang ni, tak puas hati sikit, terus tularkan kat internet. Hancurkan hidup orang dengan kecaman.

"Meen," Kimi menepuk bahuku. "Inventori, coffee machine semua aku dah handle. So, aku balik dululah."

"Oh, okay!"

Kebelakangan ini, ibu Kimi sering jatuh sakit. Kerana dia anak sulung, tanggungjawab untuk menjaga ibu mereka dia galas. Sebab itulah dia kena balik awal. Adik-adik dia yang lain kecil lagi. Dita, sepupu dia pula tak dapat nak jenguk selalu. Dia pun sibuk dengan tugasan yang pensyarah bagi.

"Hati-hati. Kirim salam kat mak kau."

"Okay." Kimi menggantung apron dan mencapai beg. "Bye."

"Bye-bye!"

Setelah Kimi pergi, tinggallah aku bersendirian. Nafas aku hela, membawa diri ke satu-satunya meja yang belum dibersihkan; meja yang diduduki oleh Mateo yang pelajarnya tadi. Cawan kosong aku pindahkan ke dulang. Alih-alih, terpandang sesuatu yang menghijau di hujung mata.

"Eh?"

Buku nota dengan pelekat katak yang tertinggal pada kerusi aku capai. Mesti budak perempuan tadi yang tinggalkan.

"Meen?"

Aku menoleh laju ke arah suara yang tak aku kenali itu.

"Eh, hai!" Lega melihat budak perempuan tadi kembali. "Cik tertinggal bu—"

"I tertanya juga kenapa nama you macam familar."

Alisku ternaik mendengar kata-katanya. Dia memeluk tubuh, selangkah demi selangkah maju mendekatiku.

"Selalunya Mateo datang rumah I je untuk tutoring session tapi hari ni, tiba-tiba ajak I pergi kafe tempat kawan dia kerja part-time."

"Oh." Otakku tak dapat mencari respon yang lebih sesuai.

"Betul ke you dengan Mateo cuma kawan je?"

Kejap. Dia tengah cemburu ke?

"Kenapa? Tak nampak macam kawan ke?" Balasku dengan nada sinis yang sama dengannya.

"I can feel you guys aren't just friends tapi nak kata you girlfriend dia..." Dia memandangku atas ke bawah. "Rasa macam mustahil pula. I know for sure you're not his type."

"Siapa cakap?"

Kami serentak menoleh ke arah pintu. Mateo membetulkan hujung lengan jaketnya seraya mengatur langkah ke arah kami. Dia berhenti dan berdiri di sampingku. Menghadap pelajar yang bersama dengannya sejak petang tadi.

"Mateo!" Getus gadis itu. "Er, I tertinggal buku I!" Dia merampas buku nota dari tanganku lalu ditayangkan ke muka Mateo.

"Zara," Mateo tersenyum nipis. "I think you have to go home by yourself."

"T-Tapi—"

"Nak call Grab atau driver you?" Cantas Mateo.

"Tak boleh ke kalau you je yang hantar I balik?"

"Sorry." Mateo menoleh ke kanan dan senyumannya sedikit melebar. "I have things to do."

Gadis bernama Zara itu memandangku dan Mateo bersilih ganti. Aku tersepit dalam situasi yang cukup janggal ini hanya mampu memaksa senyum. Tapi rasanya, hanya tulang pipiku yang ternaik. Bibir tetap mendatar. Sangat tak selesa.

"I suka you."

Mataku membulat. Mak aih, dia confess kat sini juga? Depan aku pula tu!

Mendengar pernyataan cinta itu Mateo perlahan-lahan menalakan pandangan ke hadapan semula. Riak wajahnya berubah serius. Aku yang melihatnya dari tepi pun terasa kecut perut.

"You dengar tak apa I cakap? I suka you!" Bentak gadis bernama Zara itu.

"Dengar." Kata Mateo. "But I'll pretend I didn't hear you."

"Kenapa?! Sebab you suka perempuan ni?! Perempuan yang—kerja part-time kat kafe kecil macam ni and has no fashion sense whatsoever—"

Wah, wah! Bukan main lagi hina orang. Dah nama pun kerja paruh masa. Takkan aku nak kerja pakai gaun mewah bertatahkan berlian Swarovski pula?

"You're 17, Zara. That feeling you feel, that's not true. It's just that kita selalu jumpa dan you rasa I lebih matang berbanding lelaki yang sebaya dengan you but I'm 27 years old. Of course I'm more mature. One day, bila you dah besar nanti, you akan jumpa ramai lelaki macam I because that's what being an adult is about. To be mature."

Dia terdiam. Riak wajah Mateo jelas menunjukkan dia tak rasa bersalah melontarkan kata-kata jujur itu. Malahan, dia kelihatan seperti sudah terbiasa mengatakannya. Seolah-olah ini ke sekian kalinya dia mengulangi ayat yang sama.

Dengan rupa kacak macam tu, pandai, matang, mesti Zara bukan pelajar pertama yang berterus-terang suka kat dia. Zaman sekarang ni orang yang baik pun kadang-kadang terpedaya dengan nafsu sendiri. Bila ada yang mengaku suka, lebih-lebih lagi yang bawah umur yang senang sangat dimanipulasi, ramai yang memilih untuk ambil kesempatan.

Baguslah kalau Mateo masih tahu mana betul, mana salah.

"Fine." Zara akhirnya bersuara. "But I'm changing my tutor." Balasnya dan terus membuka langkah pergi.

Mateo kekal tak berganjak dari tempatnya. Pintu yang diayun ke tempatnya semula dia pandang tetapi sikit pun tak mengeluh.

"Sorry. Tak pasal-pasal kau hilang kerja." Ucapku.

Mateo menggeleng. "Taklah. Aku kerja tutor ni pun sebab aku suka mengajar je. Lagipun aku ada banyak kerja lain."

"Berapa banyak?"

"Hm... modeling, tutoring, dog-sitter, gardening bla bla bla."

Uisy, sampai gardening dia buat!

"Kau tak nak cari kerja tetap ke?"

"Not yet. Aku tak tahu lagi aku suka kerja yang macam mana. So untuk sekarang, aku rasa lebih sesuai kalau aku kerja freelancer. Kerja macam ni pun seronok apa? Dapat jumpa ramai orang, dapat kawan baru, pengalaman baru." Jelasnya.

Aku mengangguk. Betul juga cakap dia. Sesuailah untuk yang ekstrovert macam dia. Senang bergaul.

"Cantik rambut kau." Aku menjuih bibir ke arah rambut merah menyalanya itu. "Macam warna sos cili dah aku tengok."

Mateo tertawa. "Tak permanent pun."

"Outfit kau pun nampak lain hari ni. Nampak lebih... ceria. Sebab kau selalu sangat pakai all-black. Pink looks good on you though."

Mateo mengetap bibir. Kepala diangguk sekali. Mengelak pandangan mataku.

"Kau nak aku tolong apa-apa ke?"

"Hm... reti menyapu tak?"

Dia menjuling ke atas. "Mestilah reti!"

"Penyapu ada kat belakang kaunter."

"Okay!"

Dia berlari anak ke belakang kaunter. Dulang berisi pinggan dan gelas kosong aku tatang. Membawanya ke dapur. Sempat lagi mengerling ke arah Mateo yang melutut, mengetatkan hujung penyapu agar tak tercabut.

Aku ingat lagi kali pertama kitorang berjumpa. Sebab motosikal dan jaket kulit hitam dia tu, otak aku terus 'cop' dia orang jahat, budak motor dan macam-macam lagi nama buruk melekat kat dia. Sekarang aku faham maksud 'don't judge a book by its cover'. Peribahasa tu tepat sekali untuk orang seperti Mateo; nampak je macam budak nakal tapi hati dia baik sangat.

Beruntungnya aku sebab dapat kenal dia.


Y/NTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon