Bab 21

155 30 3
                                    

Topi keledar aku kembalikan kepada pemiliknya. Alunan musik klasik dari lobi pangsapuri kediaman sementaraku berlawanan dengan deruman enjin motosikalnya. Melalui cermin gelap topi keledarnya, aku dapat merasakan dia sedang merenungku sama seperti aku merenungnya.

Dia mendiamkan diri tapi tak memandu pergi. Aku turut membisu tapi tak berganjak walau seinci. Saling berpandangan, menanti siapa yang mahu menjadi yang pertama untuk membuka bicara.

Dapat menghidu gemuruhku, Mateo menanggalkan topi keledarnya. Enjin motosikal dimatikan. Melarikan helaian rambutnya dengan tangan berbalut sarung tangan. Bibir dia ketap rapat, menghela nafas. Alih-alih dia memandangku semula dan tersenyum kelat. Berbeza dengan riak wajahnya sebelum-sebelum ini.

"Sejak bila k-kau tahu pasal aku?"

"Sejak hari pertama kita jumpa. Kat bus stop." Tuturnya sambil menarik sarung tangan, membiarkan jari runcingnya mencari nafas seketika. "Eefa pernah kata dia ada kembar tapi aku ingatkan dia bergurau. Masa kat bus stop, kau... nampak takut. Eefa tak pernah tengok aku macam tu."

Jadi, penyamaranku terbongkar hanya kerana perasaannya yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena? Kalau betul dia hanya memerlukan perasaan sebagai penentu, tak mustahil Hailmie pun dah tahu pasal aku.

"Tapi aku—aku tak nak percaya yang kau bukan Eefa sampailah malam kita terserempak. Malam aku pakaikan kau rantai tu." Mateo menatap sedih rantai yang menghiasi kolarku. "Seingat aku, Eefa ada tanda lahir kat tengkuk dia tapi—"

"Tapi aku tak ada." Aku mengangguk faham.

Selain daripada personaliti dan penampilan kami, kedudukan tanda lahir juga membezakan aku dan Eefa. Tanda lahirnya pada tengkuk dan aku pula pada lutut sebelah kiri. Sampai benda terperinci macam tu pun Mateo tahu. Nampak sangat dia ambil peduli tentang Eefa yang tak pernah merasakan yang sama.

"Satu lagi, Eefa tak pernah panggil aku Mateo. She calls me Teh-O." Dia tertawa kelat. "Tipah dan Teh-O." Sambungnya, mengeluh panjang.

Aku tertunduk. Ditikam rasa bersalah. Macam manalah Kak Eefa sanggup tipu lelaki yang betul-betul ikhlas sayangkan dia? Sedangkan aku yang baru mengenalinya dalam tempoh masa seminggu pun dapat melihat perasaan tulus itu, inikan pula mereka yang telah lama bersama. Apa yang membuatkan Kak Eefa memilih untuk membutakan mata sebenarnya?

"Dia... pergi mana?"

"Sweden."

Mateo mengangguk faham.

"Kau tak nak tanya apa-apa lagi ke? Alang-alang kau dah tahu, aku boleh beritahu semuanya."

Mateo termenung seketika. Dia menggeleng perlahan. Bibir lemah mengukir senyuman dia selindungkan di sebalik topi keledar. Jari-jemari dimasukkan ke dalam sarung tangan.

"Lain kali jelah. Aku..." Mateo berdehem, menyembunyikan suaranya yang kedengaran serak. "Er... aku rasa aku tak sedia nak dengar."

"Tak apa. Aku faham." Aku mengulum senyuman, berharap itu dapat memberikannya sedikit kekuatan meskipun hakikatnya, aku masih orang tak dikenali baginya. "Aku masuk dulu."

"Er—Meen!"

Langkahku beku. Kepala aku tolehkan sedikit ke belakang.

"Thank you."

Alasan di sebalik kata ucapan itu kabur di mata tetapi aku balas dengan anggukkan. Menerimanya meski tak layak. Bunyi motosikal dipandu pergi berkongsi irama yang sama dengan langkah yang aku ayun.

Seteruk apa pun perasaanku ketika ini, ia tetap tak setanding dengan apa yang Mateo mungkin rasakan. Harap-harap, dia dapat merungkaikan erti hubungan mereka kepada Eefa dan setelah itu, mungkin dia akan dapat melupakan segalanya sedikit demi sedikit.

"Eefa?"

Seorang jejaka mengenakan baju panas berwarna biru navy dipadankan dengan seluar khaki menyapaku. Dia lekas bangun dari sofa yang terletak di lobi dan bergegas mendapatkanku.

"H-Hailmie?"

Hailmie mengerutkan dahinya. Matanya tak lepas dari meneliti wajahku. Setiap kerutan, setiap titisan air mata yang jatuh tanpa suara. Tanpa berkata apa, Hailmie meletakkan tangannya di belakangku, membawaku ke sofa sebelum aku rebah di tengah lobi.

Air mata yang telah dia saksikan aku tetap kesat. Tak kiralah sederas apa mereka jatuh. Cukuplah zaman remajaku aku habiskan dengan mengadu kisah sedih hidupku kepadanya. Aku tak mahu peristiwa yang sama berulang kembali hanya untuk aku ditinggalkan lagi.

"Kenapa ni?" Tanya Hailmie perlahan.

Aku menggeleng kepala. Bersikeras untuk tidak meluahkan apa-apa kepadanya. Dia tak perlu menjadi pendengar, baik ketika aku duka mahu suka kerana di matanya, aku bukan Meen. Aku Eefa.

"Janganlah senyap macam ni. If you don't tell me anything, how am I supposed to know what to fix? Hm?" Pujuknya lembut.

Aku mencodak. Memandang tepat ke anak matanya yang sayu melihatku. Seolah-olah ada benang yang mengikat perasaan kami. Apa yang terpapar dalam mataku, itulah yang ditunjukkan dalam sepasang mata coklat miliknya yang pernah menjadi igauanku dulu.

Kenapa... kenapa bila dia pandang aku macam ni, hati aku makin sakit? Sebab dia cinta pertama aku? Sebab cinta tu tak pernah pergi? Kenapa?

"I'm sorry, okay?" Ucapnya.

"Sorry for what?"

Sebab kau khianat? Sebab kau tinggalkan aku? Sebab kau tak pernah cuba hubungi aku, sampaikan khabar kau? Sebab apa Hailmie?

"I know kebelakangan ni I busy sangat. I jarang jumpa you, call you pun sekali, dua. Kalau you nak marah, I faham. So just let it out."

"Bukan sebab tu—"

"It's okay. You can tell me anything."

"That's not it, okay?!" Aku menggigit bibir, menggenggam tangan sehingga buku jari kehilangan warnanya. "It's not about you. I—I did something bad and I hurt people. I—I'm hurting you."

Lepas apa yang kau dah buat kat aku, aku masih tak boleh nak bencikan kau. Kau khianat kepercayaan aku, kau pilih dia tapi aku dengan bodohnya, tak nak tengok kau terluka. Tetap tak nak balas luka yang kau beri. Masih berharap atas kebahagiaanmu.

"Eefa..."

Aku cuba untuk menepis tangannya tapi sekuat apa pun aku cuba untuk menolaknya, dia berjaya memegang kedua bahuku. Memaksaku untuk pegun dan menatapnya. Tubuhku yang jauh lebih lemah berbanding dia terpaksa akur. Sia-sia untuk aku memberontak.

"It's okay." Hailmie tersenyum kecil, menenangkan hatiku yang sedang bergelora. "Just because you hurt someone, it doesn't mean you're the bad guy. Orang baik macam mana sekalipun, takkan terlepas dari lukakan orang yang dia sayang and I know you. I dah lama kenal you. I tahu you takkan lukakan orang lain melainkan you tak ada pilihan lain. So even if you hurt me, no matter how bad, I'll try to understand."

Aku memejam mata. Cecair hangat mengelus lembut pipiku.

"Kenapa?"

"Because it's you."

Sebesar mana rasa cinta itu Hailmie dan sampai bila akan berkekalan? Andai saja kau tahu seteruk mana realiti ini akan menghancurkan hidupmu. Mungkin kau akan berlalu pergi tanpa menoleh buat kali kedua. Seperti dulu.

Y/NWhere stories live. Discover now