PROLOG

6.2K 139 4
                                    

Hari terakhir persekolahan:

Kelas tingkatan 6 R 4 riuh rendah kerana sesi pembelajaran ditangguhkan. Hari terakhir persekolahan guru-guru tidak masuk kelas kerana ramai pelajar ponteng pada hari itu.

Disatu sudut kelas kelihatan sekumpulan pelajar perempuan sedang rancak bersembang. Bergosip sakan. Perbualan tiba-tiba terhenti apabila mereka didatangi oleh Qaid Uzair hot stuff bagi pelajar tingkatan 6.

"Err maaf mengganggu, saya nak pinjam Anita sekejap, boleh?"

"Boleh ja."

Pelajar perempuan seramai lima orang tersipu-sipu melihat Presiden MPP dari jauh. Ketampanan, kekacakan serta ketokohan Qaid Uzair membuatkan pelajar-pelajar perempuan sekolah itu angau belaka.

Setelah bercakap beberapa ketika, Anita kembali kepada kumpulannya.

"Anita..Anita.. apa yang Qaid nak?"
Biasalah spesis makcik bawang berada dimana-mana hatta disekolah.

"Tak ada apa pun, cuma dia cakap nak couple dengan aku."

Suasana menjadi sepi seketika dan kemudian menjadi hingar bingar dengan jeritan mereka.

Mereka gembira dengan berita yang disampaikan Anita kerana bagi pelajar tingkatan 6, pasangan Qaid Uzair dan Anita Wardah adalah pasangan yang amat cocok.

Nuryn Farhanah sahabat baik Anita Wardah hanya mampu tersenyum hambar. Dia juga meminati Qaid Uzair dalam diam dan harapannya kini hancur berkecai seperti
Pelangi Terputus Di Tengah Awan.

************************************

Assalamualaikum readers kesayangan CikInzzz.

Story kedua CikInzzz akan menulis kisah Qaid Uzair pula.Tak boleh move on lagi la dengan mereka ni.

Tapi tak semua terlibat dalam story ni, cuma Qaid dan Kai saja yang ada.

Story kali ini CikInzz akan lebih tumpukan kepada masalah keluarga. Perlu ubah sikit supaya tidak bosan tapi bila ada Qaid dan Kai mesti ada action juga kan.

They still undercover. That I can't help it. I love action romance tetapi CikInzzz agak teruk bila menulis bab romantik.

Sekali lagi maaf sebab kisah berkisar di utara tanahair sebab CikInzz lebih selesa dan lebih tahu tempat disini berbanding tempat lain.

Akhirnya hope you'll enjoy this story.

Lots of Love: CikInzzz.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now