QN 17

1.9K 95 0
                                    

Selesai makan, Qaid dan Ghadi menuju ke kaunter bayaran sementara Nuryn dan Naura berjalan beriringan ke kereta. Mereka bersembang rancak seolah-olah telah lama bersahabat.

Nuryn mahupun Naura tidak menyedari diri mereka diekori kerana keadaan di situ agak gelap kerana kebanyakan premis sudah menamatkan operasi. Setibanya di kereta Nuryn, dia mendengar namanya dipanggil dengan kuat.

"NURYN!!!"

Nuryn memusingkan badan untuk melihat siapakah yang memanggilnya dengan begitu kuat. Rasanya bukan Qaid kerana Qaid tidak akan menjerit semberono. Belum sempat dia memutarkan tubuh sepenuhnya, satu tolakan keras menghentam tubuhnya.

Nuryn tersandar di kereta dan terdapat satu tangan tegap menekan bahu menyebabkan Nuryn tidak dapat bergerak. Naura yang terkejut terus menjerit dan memukul tangan lelaki yang menekan bahu Nuryn.

"Hoi!! Kau buat apa ni? Lepaskan dia."

"Kau diam perempuan! Ini antara aku dan dia. Kau jangan masuk campur."

"Sudahlah Zakri, kau nak apa?" Nuryn menepis tangan Zakri yang terletak elok dibahunya. Pantang tok nenek duk pegang-pegang dia.

"Kau tanya aku nak apa? Kenapa kau keluar dengan dia lagi?"

"Eh! Kau mabuk ek. Dia hanya jemput aku dari airport tadi. Kau taukan aku baru balik dari Singapore."

"Sepatutnya aku jemput kau tapi kau tak mau kata bapa kau nak ambil. Ni kenapa dia yang ambil kau?" tanya Zakri dengan nada geram.

"Kau tanyalah dia, mana aku tau. Aku tengok-tengok dia dah ada nak ambil aku."

Naura yang melihat pertengkaran itu hanya mampu menggeleng kepala. Dah kenapa nak buat drama dekat sini?

"Nuryn, awak kenal dia?"

"Kenal..orang gila kat kilang saya."

Zakri ketap bibir. Marah bila Nuryn kata dia orang gila. Dia terus tarik tangan Nuryn.

"Hei! Hei! Kau nak bawa aku pergi mana ni?"

"Kau ikut aku balik!"

"Aku tak mau!"

"Kalau dia tak mahu kenapa paksa?"

Nuryn mengeraskan badannya supaya
Zakri tidak dapat menariknya. Naura turut menarik sebelah lagi tangan Nuryn setelah melihat Nuryn enggan mengikut lelaki itu. Tarik menarik berlaku sehinggalah..

"ZAKRI!! Lepaskan dia!"

Qaid dan Ghadi yang mendengar kekecohan itu segera tampil memberi bantuan. Zakri yang bengang melihat Qaid melepaskan pegangan tangan Nuryn.

"Hei! Kau tak serik kena tumbuk dengan aku kan. Nak kena lagi?" ugut Zakri.

"Kau ingat Qaid nak tadah muka dia lagi kat kau. Hari tu dia tak bersedia. Kalau kau nak rasa boleh ja." Nuryn bela Qaid sebelum sempat Qaid bercakap.

"Nuryn..kat sini public kut, takkan aku nak bertumbuk kat sini pula. Nanti polis tangkap, tidur dalam lokap pula malam ni." Qaid sedaya upaya ingin mengelak dari bergaduh di tempat awam. Dah la dia sedang undercover, nanti habis terbongkar rahsia dia.

Ghadi yang melihat wayang tersebut terpaksa masuk campur.

"Encik, rasanya encik balik dulu. Cik Nuryn kata tak mahu ikut encik kan."
Ghadi bersuara selembut mungkin.

"Kau siapa nak masuk campur? Ini hal peribadi kau tak ada hak nak campur."
Zakri masih lagi nak tunjuk jaguh.

"Saya ASP Ghadi Aqhar, kawan Qaid. Ini kad kuasa saya kalau encik tak percaya. Saya terpaksa masuk campur juga kerana ini melibatkan keselamatan awam. Kalau encik berdegil, saya terpaksa tahan encik."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now