QN 26

2K 97 2
                                    

Qaid kembali bekerja setelah Nuryn discharged dari hospital. Nuryn diberi cuti selama seminggu untuk menghilangkan traumanya. Khabarnya Nuryn balik kampung Mak Yam untuk menenangkan fikiran. Baru dua hari tidak berjumpa Nuryn,Qaid berasa seperti hilang sesuatu.

Kai dan Rahul pelik melihat Qaid yang senyap sehari dua ni. Makanan pun tidak terusik, asyik digaul ja dari tadi. Tak masuk mulut pun lagi. Dia cuma senyum dan senyum saja. Apa yang dia suka sangat pun tak tahu.

Rahul cuit Kai. Kai geleng kepala, tanda dia pun tak tahu.

"Qaid..kalau kau dengar tolong mengucap boleh tak?" Kai petik jari depan muka Qaid.

Qaid masih membisu. Mata pandang ke depan tapi fikiran tak tahu ke mana. Entah ke benua mana dia hinggap pun tak tahu. Kai tak puas hati bila Qaid tak layan dia. Kai akhirnya bang (azan) tepi telinga Qaid dengan kuat.

Qaid terkapa-kapa mendengar suara azan di tepi telinganya. Baru dia tersedar yang dia sudah mengelamun jauh. Kai dan Rahul sudah ketawa terbahak-bahak. Lucu melihat Qaid hilang dari radar.

"Kau orang berdua ni dah kenapa? Yang kau azan kat telinga aku pulak.. kenapa?" Qaid tak puas hati bila diketawakan oleh rakan-rakannya.

"Dah kau hilang dalam alam bunian..
aku tolong azankan supaya kau boleh balik ke dunia sebenar." Kata Kai yang masih belum habis gelakkan Qaid.

"Yalah Qaid..balik dari kampung terus lost..kenapa? Tahulah dah selamatkan cik Nuryn, apa yang dah jadi sebenarnya?"  Wah! Rahul, berani kau tanya Qaid soalan yang sensitif tu.

Qaid hanya tersenyum tapi mulut masih terkunci. Masih teringat kisah ketika mereka balik dari hospital tempohari.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Keesokkan harinya Nuryn sudah dibenarkan keluar wad. Oleh kerana Qaid sudah berjanji dengan tuan Hamdi untuk menghantar Nuryn maka Nuryn terpaksa ikut Qaid balik. Sebelum pulang ke SP, Nuryn ingin berjumpa dengan umi dan adik-adik Qaid untuk mengucapkan selamat tinggal.

Qaid hanya mampu melihat apabila kaum wanita mengucapkan selamat tinggal. Drama airmata itu wajib. Umi pula macam-macam nasihat yang dipesan untuk Nuryn. Umi juga menghadiahkan beberapa helai tudung bawal untuk Nuryn. Tanpa berlengah Nuryn terus menyarung tudung ke kepalanya walaupun tudung itu dalam keadaan herot petot.

Ketika memandu senyuman Qaid tidak lekang dari bibirnya. Suka melihat Nuryn sudah mengenakan hijab secara sukarela walaupun pemakaiannya tadi tidak sesempurna pemakaian Neelofa.

"Qaid, kenapa duk senyum saja dari tadi?" Nada suara Nuryn sudah naik seoktaf..geram tengok Qaid tersenyum
kambing dari tadi.

"Kau nampak cantik..bercahaya aku tengok wajah kau hari ni."

"Sejak bila kau jadi sweet talker ni? Tak sesuai la Qaid." Suara Nuryn masih lagi keras.

"Sejak kau peluk aku semalam."

"Qaidddd!!" Muka Nuryn dah merah biji saga.

Kalau boleh dia nak lupakan peristiwa memeluk Qaid. Malunya sudah sampai ke langit ketujuh. Kalau geng three stooges tahu, mau kena bahan setahun.
Tak apa Nuryn, semua itu misi menyelamat saja buka kau saja-saja nak peluk Qaid. Qaid sendiri tak akan suka-suka biarkan dirinya dipeluk.
Ustaz kan.

"Err Qaid, kisah aku diculik tu masuk media tak?" Nuryn dah tutup muka..
malu jika mukanya terpampang di muka surat khabar atau media sosial.

"Ada. Tuan Hamdi dah buat press confrence tapi dia tak bagi dedahkan wajah kau. Siapa yang sebarkan memang kenalah dengan tuan Hamdi."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now