QN 37

1.8K 84 0
                                    

Nuryn masih lagi ketawa. Merah wajahnya. Kalau kena dekat orang memang seronok nak ketawa. Masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.

Kebetulan? Tapi dalam Islam tiada
kebetulan. Dia tahu. Itu pun setelah kena ceramah dengan Doktor Azhar ketika dia menerima rawatan suatu ketika dahulu. Kata Doktor Azhar tiada kebetulan yang berlaku, semuanya adalah ketentuan Allah swt. Apa jua yang terjadi adalah dari perancangan yang Maha Esa.

"Dah habis gelak? Seronok kau ya..
gelak kat aku." Qaid muncung mulut.

"Tolonglah Qaid..tak perlu buat muka macam tu..tak sesuai." Masih lagi dengan tawa yang tersisa.

"Sukalah kalau umi carikan aku jodoh."

"Eh! Sukalah. Apa kata kita buat majlis kita sekali. Kita buat kat Dewan Kenangan. Bapak aku mesti suka. Kau dan dia kan best friend."

"Apa yang kau merapu ni? Kalau kita dua beradik okeylah juga. Ni kita kawan ja pun..tak pernah dibuat orang."

"Pasal tak pernah la kita buat. Boleh jimat kos."

Qaid makin geram dengan Nuryn. Boleh pula dia buat main perkara yang penting ini. Qaid tahu ketawa Nuryn hambar walaupun dia sedaya upaya untuk kelihatan gembira. Apa yang membuatkan dia sedih rasanya?

Sedih kerana bertunang dengan orang yang tidak dikenalikah atau sedih kerana Qaid juga akan bertunang? Qaid pandang lama wajah Nuryn. Cuba mencari raut sedih tetapi tertutup dengan senyuman yang lebar.

"Kalau kita buat majlis sekali, kau boleh tengok ka aku bersanding dengan orang lain?"

Soalan Qaid membuatkan Nuryn terkedu. Senyuman di bibir kendur serta merta. Alamak dia tanya soalan perangkap pula. Akhirnya dia menarik bibir untuk senyum semula.

"Apa..pasal..aku tak boleh pula? Kita bukan ada apa-apa yang perlu aku rasa
sedih tengok kau bersanding dengan..
orang..lain."

Qaid senyum. Bahasa tubuh Nuryn menyatakan sebaliknya. Walaupun Nuryn tidak mengucapkan tapi dia tahu perasaan Nuryn terhadapnya.
Masih tidak berubah. Dari dulu lagi.

"Macam nilah..apa kata malam ni kita dinner bersama..kita rai hari pertunangan kita..eh, maksud aku.."

"Okey..okey..aku faham tapi betul juga kan..sebelum kita diikat dengan tali pertunangan..kita makan malam.. last.
Nanti tunang kau ikat kaki kau pulakan
mana pun kau tak boleh pergi."

"Elehh..jangan-jangan tunang dia yang
kurung tak bagi keluar langsung."

"Berani kurung, cubalah. Aku flying kick baru tau."

"Huissh..ganas betul..nasib baik bukan aku yang bertunang dengan kau."

'Kalau kau, aku yang kurung kau dalam bilik. Hehehe.'

Nuryn tersengih mengenangkan imaginasinya sendiri. Qaid hanya geleng kepala. Mengelamun lagi la tu.

"Woi kak long! Mai makan ka berdating? Abang long, kalau nak dating pun tunggu la lepas kerja. Line tengah down ni." Abby terjah mereka berdua.

"Okey Qaid, lepas kerja kau tunggu kat kereta aku. Kita pergi bersama."

Qaid hanya sempat mengangguk setelah Nuryn bergegas kembali ke tempat kerjanya. Nuryn perlu cepat kerana line ada masalah. Dia kena cepat selesaikan masalah yang berlaku
jika tidak mahu shutdown line tersebut.

Jika produk tidak dapat dikeluarkan dalam jangka masa yang ditetapkan maka mereka perlu kerja lebih masa.
Nuryn kalau boleh hendak mengelak
dari membuat OT kerana dia ada date
dengan Qaid malam ini.

Mengenangkan date malam ini, Nuryn tersenyum sendiri. Dia ingin mengabadikan kenangan yang indah bersama Qaid. Semoga malam ini dia malam terakhir dia bersama crush yang dia minati sejak zaman persekolahan.

Biarlah semua nostalgia dia bersama Qaid berkubur malam ini. Dia perlu move on dari kisah cinta yang tak pernah bersambut itu. Nuryn berharap agar jodohnya, walau siapapun dia, dapat membahagiakan dia. Dia yakin dengan ketentuan yang diberi kepadanya.

Sementara itu, Qaid kembali ke setor dengan perasaan yang bercampur baur. Perlukah dia meneruskan pertunangan yang diatur oleh umi?
Dia serba salah pula untuk membangkang kehendak umi. Dia dan walid terhutang budi dengan umi. Jasa umi tidak boleh dipandang enteng.

Hendak meluahkan perasaan kepada Nuryn, Nuryn pula dah nak bertunang. Nanti apa pula kata SM kalau tiba-tiba dia nak caras pertunangan Nuryn. Mesti ibubapa Nuryn akan berasa malu jika dia berbuat demikian. Kusut..sebab mereka telah berjanji untuk menerima orang pertama yang datang meminang.
Janji mesti ditepati..SM mesti tidak mahu menjadi orang yang munafik.

Rasanya nak jalankan operasi pun tidak sekusut ini. Perlukah dia mengambil jalan selamat? Follow the flow? Biarkan masa yang menentukan?

Ketika kepala Qaid sibuk memikirkan masalahnya, dia memasuki kawasan larangan tanpa dia sedar. Ketika itu juga Bard, Murad dan Gary baru keluar dari bilik rahsia. Mereka dan Qaid sama-sama terperanjat.

Qaid dapat juga melihat ke dalam bilik itu walaupun  secara sepintas lalu. Dalam bilik itu terdapat beberapa orang lagi yang sedang membungkus sesuatu.

"Kau orang bungkus apa kat dalam tu?"
Soalan naif daripada Qaid.

"Bukan production dah pack produk semua. Kita hanya perlu hantar sajakan." Tanya Qaid lagi.

Sebenarnya tak perlu tanya pun tapi Qaid perlu tahu jika mereka bertiga akan membuka mulut.Bard,Murad dan Gary memandang antara satu sama lain. Mampus kalau Ito Nakamura tahu ada orang lain tahu kegiatan mereka. Qaid tahu dia dalam bahaya apabila melihat wajah masing-masing macam nak telan dia.

Dia berundur setapak ke belakang, kedua tangan diangkat ke udara.

"Maaf, saya tak nampak apa-apa dan saya takkan cakap apa-apa."

Qaid perlu berundur kerana hanya dia seorang di situ. Tugasnya hanya untuk memantau dan memberi laporan bukan untuk menggempur kegiatan itu.
Tugas menggempur adalah tugas Ghadi dan pasukan Lions of the Desert.

Murad segera menahan Qaid dari pergi lebih jauh. Mereka tidak mahu menanggung risiko jika mereka melepaskan Qaid. Qaid sudah dapat melihat di dalam bilik tadi. Salah mereka juga kerana tidak berhati-hati.

Red alert! Qaid bersedia memasang kuda-kuda. Murad serang dulu tapi dapat ditangkis oleh Qaid. Satu tumbukan padu dihadiahkan kepada Murad. Bard tidak tunggu lama, cuba untuk menendang Qaid tapi Qaid mengelak. Dibentes kaki Bard, terguling Bard ke hujung bilik itu. Gary yang handal dalam taekwando melancarkan serangan. Puas Qaid mengelak akhirnya dapat juga menendang bahu Gary menyebabkan dia tersungkur di kaki Bard.

Murad bangun dan serang Qaid sekuat hati. Malangnya tetap gagal. Nak lawan komando kut. Mereka bangun dan berhadapan dengan Qaid. Muka masing-masing penuh dengan darah.
Bard memutar kepala ke kiri dan kanan. Qaid masih bersedia, mengukuhkan kedudukan kakinya.

Nampaknya mereka hendak serang serentak apabila pertemuan satu lawan satu menemui kegagalan. Dengan suara nyaring, Bard menjerit sambil menyerbu Qaid dikuti oleh Murad dan Gary. Malangnya ketiga-tiga mencium lantai.

Bard mendengus kasar.

"Siapa kau?" Bard termengah-mengah tapi sempat lagi nak berkenalan.

"I'm your worst nightmare."

Thud! Satu pukulan kuat dihentak di belakang Qaid. Qaid yang tidak menyedari, berpaling dan melihat siapa yang memukulnya sebelum jatuh pengsan.

Bersambung lagi...

Thank you for reading and vote.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now