QN 8

2.2K 98 5
                                    

Sepasang mata memandang geram kearah Qaid dan Nuryn. Penumbuk dikepal geram melihat senyuman Nuryn. Dia tidak tahu samada hendak terjah pasangan itu atau tunggu Nuryn keseorangan.

Setelah memikir semasak-masaknya dia mengambil keputusan untuk menunggu sahaja. Melihat bentuk tubuh badan Qaid, dia meneliti pula tubuhnya yang kurus keding.

Rasanya kalau Qaid tolak dia mesti dia tumbang memandangkan tubuh Qaid yang besar ragam. Tubuh Qaid juga berketul-ketul walaupun tidak sebesar juara bina badan Malaysia, Sazali Samad.

Melihat Nuryn selesai makan, dia cepat-cepat membayar harga makanannya dan mengejar Nuryn. Dia berjaya menghalang Nuryn dari masuk ke dalam kereta dengan meletakkan tangannya di pintu kereta Nuryn.

"Abang Azmir." Nuryn terjerit melihat Azmir di situ.

"Abang buat apa kat sini?" tanya Nuryn lagi.

"So kalau abang tak datang sini, abang tak taulah aktiviti Yin."

"Tak, maksud Yin bila abang balik sini?"

"Pagi tadi, mak suruh abang balik. Ingatkan mak sakit tapi ada perkara lain yang mak bagitau."

"Abang, kalau nak bincang perkara tu, Yin rasa kita bincang esoklah. Lagipun dah malam sangat ni."

Qaid yang dari tadi hanya memerhati Nuryn dari jauh. Jika Nuryn dalam kesulitan barulah dia akan pergi menolong. Nampaknya Nuryn mengenali jejaka tersebut jadi Qaid mengambil keputusan untuk memantau dari jauh sahaja.

"Okey, lepas habis kerja jumpa abang dekat Hot Mas. Abang tunggu di sana."

"Baik, Yin balik dulu ya."

"Nanti..siapa yang makan dengan Yin tadi?"

"Oh! Kawan lama Yin. Kawan sekolah dulu."

"Dia kerja apa?"

"Kerja sama Yin."

"Hah! Eloklah tu. Kerja kilang pasangannya pun kerja kilang."

"Apa abang cakap ni?"

"Apa-apa ajalah. Jangan lupa, jumpa abang esok."

Azmir terus berlalu. Nuryn merengus marah. Dia tidak suka dengan nada arahan Azmir. Malas mahu memikirkan masalah yang bakal dihadapinya, Nuryn terus memandu pulang. Dia sempat berpaling dan alangkah terkejut apabila dia mendapati Qaid masih berada di situ.

Rasa terharu menyelubungi hatinya dengan sifat prihatin Qaid. Sifat Qaid yang satu ini tidak pernah berubah. Sentiasa menjaga kebajikan rakan-
rakannya. Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi jika Nuryn dalam kesusahan, Qaid pasti datang membantu. Dia sempat melambaikan tangannya kearah Qaid.

Keesokan hari, Nuryn terpaksa berjumpa dengan Azmir. Dia perlu selesaikan masalahnya dengan Azmir secepat mungkin. Mungkin hari ini mereka dapat mencapai kata sepakat.

Bagi diri Nuryn dia amat berharap agar Azmir menolak penyatuan ini. Sememangnya dia tidak selesa dan hatinya langsung tidak gembira.

Setibanya di restoran Hot Mas, Nuryn mencari kelibat sepupunya itu. Azmir sudah bersedia menunggu Nuryn. Dia melambaikan tangannya kepada Nuryn yang sedang tercangak mencarinya.

Nuryn mampir dan diatas meja sudah ada makanan tersedia. Dua pinggan steak dan dua gelas orange juice sudah sedia terhidang. Nuryn mengherotkan bibirnya memandang Azmir.

'Makan pun tak tanya aku suka ka tidak, terus order. Dah nampak gaya nak kawal aku ni.' Bisik hati Nuryn.

"Dah lama sampai?" tanya Nuryn sekadar berbasa basi untuk mengelakkan canggung.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now