FINALE

3K 103 8
                                    

Sandy Beach Resort meriah dengan suara The Lions malam itu. Mereka berkumpul untuk melakukan aktiviti barbeque. Mereka sepakat untuk meraikan Qaid dan Nuryn.

Keadaan agak kecoh dengan suara Jai,
Kecik, Khai dan Orlando di mana mereka berempat ditugaskan untuk membakar ayam dan seafood yang disediakan oleh pihak resort.

Pasangan Ghadi dan Qaid hanya tunggu makanan dihidangkan.

"Hei! Mana aci kami saja yang bakar semua ni. Mailah bakar sama." Jai jerit panggil Ghadi dan Qaid.

"Dah jadi belangkas dah masing-
masing. Tak berenggang langsung." Khai juga menyemarakkan suasana.

"Kakcik mailah bakar sama..kakcik kan tukang masak kami." Kecik pula panggil Naura.

"No..no..sekarang saya chef eksklusif untuk ASP Ghadi Aqhar saja."

"Alaa kakcik ni kedekutlah. Kaklong mailah tolong kami. Sambil tu bolehlah kita berkenalan dengan lebih rapat." Ajak Kecik lagi.

"Good idea Kecik. Come sweetie lets have a talk here. We want to know you better." Orlando tanpa rasa bersalah memanggil sweetie kepada Nuryn.

Nuryn segera bangun menyertai geng The Lions yang lain. Dia juga ingin berkenalan dengan lebih dekat terutamanya dengan Jai, Orlando dan Kecik. Seronok apabila dapat kawan yang masuk air seperti mereka.

"Hei! Jangan buli bini aku!" Qaid memberi amaran.

"Eleh..tak luak pun isteri dia. Tak payah duk tunjuk cemburu sangat Qaid..tak sesuai dengan kau." Jai perli Qaid.

"Nuryn jangan pedulikan dia, abang Jai ada. Betul kata Kecik..kedekut betul mereka ni..bukan kita nak share bini depa pun." leter Jai.

Ghadi dan Qaid ketawa mendengar leteran Jai. Jangan kata duda ni gersang..cemburu melihat kebahagiaan
Ghadi dan Qaid. Mereka tahu walaupun mulut Jai bising tapi hatinya baik.

"Lepas ni aku tak kira..next mission aku nak couple juga. Mana boleh biar aku ja single." Dengan semangat yang berkobar-kobar, Jai menyatakan pendiriannya.

Kata-kata Jai telah meledakkan tawa mereka yang berada di situ. Qaid angkat tangan mengaminkan doa Jai kerana setiap kata yang diluahkan merupakan satu doa. Semoga hajat Jai termakbul.

Selesai membakar mereka makan dengan gembira. Nuryn yang pertama kali berjumpa dengan The Lions secara bersemuka berasa seronok dengan telatah mereka. Mereka bagaikan satu keluarga besar. Bergurau senda tanpa kira pangkat. Dia tahu lepas ini mungkin mereka akan jarang bertemu kerana tugas yang menanti.

Kecik yang terpaksa beredar awal kerana dia perlu pulang segera untuk menyelesaikan misinya. Kali ini misinya hanya melibatkan dia seorang. Sedih memang sedih tapi demi tugas, dia perlu lakukan walaupun bersendirian. Dia tidak perlu risau kerana The Lions akan sentiasa membantu jika dia perlukan bantuan.

"Mereka memang macam ni ka?" Nuryn tanya Naura.

"Haah..macam nilah. Kalau berkumpul memang suasana jadi havoc.. tapi kalau libatkan kerja mereka memang serius sampai kadang-kadang saya pun takut nak tegur." Terang Naura.

Nuryn perlu tahu serba sedikit mengenai kehidupan bersuamikan anggota polis daripada Naura. Naura juga pesan perlu banyak bersabar kerana mereka bukanlah anggota polis biasa yang kerja pukul 9 balik pukul 5.

Mereka adalah polis elit atau komando yang perlu bersedia 24 jam 7 hari. Jika diperlukan khidmat mereka perlu bersedia bila-bila masa, tak kira tempat.

"Awak okey ka dengan kerja macam tu?" Tanya Nuryn, musykil.

"Nuryn, jika kita cintakan orangnya, kita juga perlu cintakan kerjayanya. Mereka milik masyarakat dan mereka diperlukan bila-bila masa saja jadi bersedialah untuk berkorban."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now