QN 9

2.2K 97 0
                                    

Buntu. Itu yang Qaid, Kai dan Rahul rasakan. Sejak mereka undercover di kilang itu, masih belum ada hasil yang
memberangsangkan.

Risikan menyatakan ada aktiviti pemprosesan dadah di kilang tersebut namun hingga sekarang mereka belum menemui sebarang clue.

Sebelum ini pihak berkuasa pernah menghantar seorang anggotanya membuat undercover di sini tetapi dia didapati hilang setelah dua bulan menjalankan operasi sendirian.

Kehilangan anggota tersebut membuatkan HQ terpaksa menggantikan dengan anggota lain. Pasukan Lion of the Desert dipilih kerana kejayaan mereka menyelesaikan misi di Pulau Langkawi dengan jayanya.

Hanya Qaid dan Kai dihantar kali ini disamping seorang anggota baru iaitu Rahul. Mungkin musuh mereka kali ini amat bijak menyembunyikan markas  dan aktiviti mereka.

Ketika ini mereka meluangkan masa di sebuah taman rekreasi. Qaid ingin melepaskan segala kelelahan yang melanda mereka minggu ini. Setelah menamatkan larian sebanyak tiga pusingan, mereka berehat di tepi tasik buatan itu.

Hilang penat barulah Kai bersuara.

"Aku rasa kita ada ketinggalan something dalam kes ni. Nak cari tempat proses dadah tu macam cari jarum dalam jerami."

Rahul merebahkan badannya diatas rumput. Diambilnya sehelai kemuncup
lalu digigitnya hujung kemuncup itu.

"Kita kena ubah strategi. Pasti ada seseorang dalam store itu yang terlibat secara langsung. Takkan seorang pun tidak tahu apa-apa. Kita perlu cari orang tu."

"Kau rasa siapa di antara mereka yang terlibat?"

"Entahlah, kalau tengok sorang-sorang tak nampak macam muka penjenayah pun. Muka macam penagih pun tak ada."

"Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Muka nampak innocent tapi jahatnya kalah syaitonirojim. Macam kaulah, entah-entah pembunuh bersiri."

Kai ketawa tak ingat dunia bila dapat kenakan Rahul.

"Syaito....what's that?"

"Alaa macam devil in disguise."

"Ooo...hei! Bukan akulah tapi betul juga macam Ted Bundy pembunuh bersiri kat Amerika tu. Muka dia boleh tahanlah tapi dah bunuh hampir tigapuluh orang."

"Itupun dia sendiri yang confess, kalau tak sampai sudah polis tak tahu."

"Dia nak nama ja tu. Bangga boleh bunuh ramai orang tapi jenayahnya tak dapat dikesan. "

"Psiko."

"Qaid, apa pendapat kau?"

Qaid seperti berada di dalam dunianya tersendiri. Dia langsung tidak mendengar apa yang dibincangkan oleh rakan-rakannya tadi. Kai menyiku Rahul. Rahul angkat bahu tanda dia pun tak tahu apa yang Qaid fikirkan.

"Qaid, are you lost in space?" Rahul tanya Qaid.

Qaid masih membisu. Matanya dihala ke hadapan, tak tahu apa yang diperhatikannya. Macam boleh tembus ke alam lain saja lagaknya.

"Eh Rahul! Supervisor kecil comel tu jogging kat sini juga la."

"Mana? Mana?" Qaid bingkas bangun dari tempat duduknya.

Bunyi ketawa yang kuat melangsi di taman rekreasi itu. Orang ramai yang beriadah di situ berpaling kearah mereka bertiga dan turut tersenyum melihat gelagat tiga jejaka itu.

"Sah! Dah sah dia mengelamun ingat kat Nuryn. Abihlah kita Rahul."

"Patutlah fikiran melayang sampai ke planet Namek. Rupanya teringatkan cik supervisor comel lote tu."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now