QN 38

1.8K 89 2
                                    

Bard, Murad dan Gary menarik nafas lega setelah melihat Qaid tumbang. Kena pukul curi baru boleh kalahkan Qaid. Siapakah Qaid yang sebenarnya?
Insan yang memukul Qaid memandang
kearah rakan subahatnya dengan perasaan yang geram.

"Seorang pun tak boleh lawan? Samseng apa hangpa ni? Samseng taik kucing."

"Bos, kucing jangan sebut..saya sayang kucing bos..kat rumah ada 6 ekor duk tunggu saya balik kerja." Murad dengan rasa tidak bersalah membela kucing.

Bos hanya geleng kepala. Entah apa yang nak jadi kalau begini keadaannya.
Nak lawan seorang pun habis cedera parah tubuh badan.

"Siapa Qaid yang sebenarnya ni?" tanya bos aka Mr.Lim.

"Entahlah bos..saya dah suspect dia lama dah. Nampak macam polis ja. Dia duk tanya macam-macam dekat budak setor. Dulu saya rasa macam pernah jumpa dia."Bard menyatakan kesangsiannya.

"Entah-entah dia pernah tangkap kau."

"Rasanyalah."

"Apa kita nak buat dengan dia bos?"

"Tak selamat kalau kita simpan dia di sini. Kita bawa dia ke gudang kitalah. Ito ada di sana. Nanti Ito boleh interrogate dia. Kalau betul dia polis, dia akan dapat nasib yang sama seperti Wilson." Mr.Lim meletakkan ibu jari di bahagian leher lalu ditarik dari arah kiri ke kanan.

"Kita angkat malam sikit la bos. Kalau sekarang, banyak mata-mata yang melihat."

"Betul juga, bawa dia masuk dulu tapi ikat dia dan tutup mulut dia, jangan bagi lepas." Mr.Lim bagi arahan tegas.

"Adoi..satu kerja pulak nak angkat dia..
dah la badan pun boleh tahan." Murad mula berleter.

"Woi Murad..angkat la sama..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."
Gary menempelak Murad.

"Pandailah kau." Murad pula marah Gary.

"Dah..jom angkat sama-sama..benda kecil pun nak bergaduh." Kata Bard sambil menyepak tubuh Qaid..nak balas dendam sebab kalah dengan Qaid tadi.

Nuryn melihat jam tangan. Alamak! Dia sudah lambat. Berjanji dengan Qaid selepas habis kerja tapi disebabkan line down tadi, dia terpaksa balik lambat untuk mencukupkan target hari ini.

Selesai tugasnya, dia bergegas turun ke tempat parkir kereta. Qaid tiada di situ.
Sebelum itu dia dah whatsapp Qaid kata yang dia mungkin lewat sikit.

"Mana Qaid ni..takkan dia pun lewat juga tapi dia tak bagi tau apa-apa pun."

Nuryn melihat kembali telefon, dia pula risau jika Qaid ada menghantar pesanan tapi dia tidak perasan. Hampa.
Tiada pesanan daripada Qaid.

Nuryn menunggu lagi. Keadaan hampir gelap. Nuryn mengeluh buat sekian kali. Nuryn mengambil keputusan untuk pergi ke bahagian setor dengan keretanya. Biarlah dia pergi tunggu Qaid di sana.

Nuryn memandu perlahan ke bahagian setor. Dia mengikut laluan yang selalu dilalui oleh lori yang menghantar barang. Sebaik sahaja sampai di pintu belakang setor, Nuryn memarkir keretanya di belakang sebuah lori.

Nuryn mengeluarkan telefon untuk mengetahui kedudukan Qaid. Malangnya setelah beberapa kali mendial, Qaid masih tidak mengangkat telefon.

"Mana Qaid ni? Telefon tak berangkat. Takkan dah lupa janji kut. Janji dicapati sungguh." Kan dah kata Nuryn dan sabar adalah musuh ketat.

Ketika itu juga dia ternampak sesuatu yang membuatkan jantungnya terhenti. Qaid sedang diheret oleh Murad dan Gary dan ditolak masuk ke dalam sebuah mpv Vellfire berwarna hitam. Bard duduk di bahagian pemandu sementara Mr.Lim duduk di bahagian penumpang. Murad dan Gary duduk di kiri dan kanan Qaid.

Nuryn terkedu. Jadi Mr.Lim adalah dalangnya. Nampak macam Qaid tercedera. Nuryn pucat di dalam keretanya. Nasib baik kereta Nuryn terlindung dengan lori. Rasanya mereka tidak menyedari kehadiran Nuryn di situ.

"Apa aku nak buat ni?? Kai dan Rahul pergi mana pulak ni."

Nuryn buntu. Dia gelabah kemudian dia mengambil keputusan yang drastik.
Nuryn terus memandu keluar setelah Vellfire itu pergi.

Sampai di pondok penjaga, Nuryn ditegur oleh pengawal keselamatan.

"Hai cik Nuryn lambat balik hari ni."

"Haah pakcik Bakar..ada kerja tak habis tadi."

"Hati-hati memandu cik, dah malam ni."

"Terima kasih pakcik..err pakcik kereta Vellfire tadi pergi kearah mana?"

"Vellfire? Haa kereta Mr.Ito tu kan. Kereta tu pergi kearah barat cik. Kenapa?"

"Tak ada apa pakcik..tadi saya nampak kereta tu ada lagi kat parking sana. Okeylah pakcik saya balik dulu."

Nuryn melambai tangan kepada pakcik Bakar. Dia terus memandu keretanya kearah yang dikatakan oleh pakcik Bakar tadi. Harap-harap dia dapat menjejaki mereka.

Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu berani mengekori kereta itu. Mungkin Qaid dalam bahaya sebab dia nampak tangan dan mulut Qaid diikat tadi. Qaid dah dapat jejak kegiatan mereka rasanya.

Ketika sibuk mengekori Vellfire tersebut barulah Nuryn teringat kepada seseorang.

"Aku kena maklum kepada ASP Ghadi
keadaan Qaid. Mungkin ASP Ghadi boleh bantu rakannya itu. Alamak..aku tak tahu nombor ASP Ghadi. Fikir.. Nuryn..fikir."

"Naura..yes..Naura."

Lantas Nuryn terus mendial nombor Naura.

"Assalamualaikum Naura..awak ada di mana? ASP Ghadi ada bersama awak tak?" Nuryn bercakap sepantas yang boleh.

"Waalaikumsalam..hei Nuryn kenapa suara macam cemas ja ni? Abang Ghadi ada kat sini..kenapa?"

"Tolong..tolong bagi saya cakap dengan Tuan sekejap..penting sangat ni."

Naura tidak mahu bertanya banyak. Diserah telefonnya kepada Ghadi. Dengar nada suara Nuryn tadi pun dia tahu ada kecemasan yang berlaku. Takkan Nuryn saja-saja nak bercakap dengan Ghadi kut.

Naura melihat Ghadi terangguk -angguk apabila bercakap dengan Nuryn. Wajah Ghadi bertukar serius. Dia pernah melihat wajah itu..wajah versi nak makan orang. Menakutkan.

"Okey Nuryn..please stay out from there. It's very dangerous. Biar kami yang selamatkan Qaid." Nada suara Ghadi agak tegas ketika bercakap dengan Nuryn.

Dia tidak mahu Nuryn membahayakan keselamatannya. Tambahan pula kumpulan itu dinaungi oleh yakuza. Nuryn tidak terlatih untuk misi berbahaya itu. Dia tahu Nuryn amat risaukan Qaid. Dia sudah alami situasi seperti itu dulu..ketika Naura diculik oleh Aariz Zafri.

Selesai bercakap dengan Nuryn, Ghadi lantas menghubungi rakan-rakan Lions. Mereka perlu segera bertindak untuk menyelamatkan Qaid. Dia hairan kenapa Qaid begitu cuai sehingga boleh tertangkap.

Ghadi segera memecut dengan motorbike kesayangannya menuju ke IPDKM. Dia perlu melaporkan kejadian ini kepada pegawai atasan supaya mereka dapat menjalankan operasi dengan secepat mungkin. Dia berharap dengan penculikan Qaid, mereka dapat membenteras kegiatan penyeludupan dan penghasilan dadah sekaligus.

Kill two birds with one stone.

Nuryn memandang telefonnya setelah skrin sudah gelap. Ghadi menyuruh dia  stay out? Tak mungkin. Mustahil baginya untuk meninggalkan Qaid. Matanya menyaksikan Qaid diculik tadi. Takkan dia tidak boleh tolong Qaid.Sekurang-kurangnya dia dapat beritahu lokasi mereka pun jadilah.

Nuryn nekad.

Demi Qaid.

Demi kasihnya.

Demi crush yang dicintainya dalam diam.

Biar nyawa menjadi taruhan.

Sambung lagi dan lagi.

Thank you.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now