QN 11

2.2K 101 0
                                    

Keluar dari tandas, Nuryn berjalan menuju ke meja yang diduduki oleh bapanya dan Qaid semula. Dia mengecilkan matanya melihat kedua-
dua lelaki itu seperti berbincang sesuatu yang serius.

Riak muka Pak Lang amat serius manakala Qaid hanya menundukkan kepalanya memandang meja sambil bercakap sesuatu tetapi perlahan.

'Apa yang mereka sembang tu?' Nuryn sudah memikirkan yang bukan-bukan.
Dia lantas menuju kearah mereka berdua lantas dihentaknya meja tersebut.

"HAH! Ni mesti kutuk Yin."

GULP!!

Qaid telan liur. Terkejut disanggah sebegitu rupa. Dah macam kena tangkap basah rupanya.

"Ishh..Yin ni..terkejut bapak. Nasib baik jantung pak terlekat elok lagi..kalau dak dah tergolek kat sini. Dapat kat mamak sini, dia buat gulai jantung pak."

Hahaha Nuryn ketawa sukahati. Seronok melihat mereka terkedu apabila dikejutkan begitu.

Qaid hanya memerhati Nuryn ketawa. Sudah lama dia tidak melihat ketawa Nuryn sebegitu. Dia hanya melihat Nuryn ketawa ketika bersama-sama kawan perempuannya. Kalau dengan dia jangan harap Nuryn hendak ketawa begitu.

"Sweet.." dia menutur tanpa dia sedari.

"Kau kata apa?" Nuryn jegil mata bila dengar Qaid berkata sesuatu.

"Errr..kopi ni manis." katanya sambil mengangkat gelas kopinya.

Pak Lang hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Seronok melihat Nuryn ceria semula. Sejak balik dari rumah Tok Pah tempohari,
Nuryn dah jarang senyum.

Dia tahu Nuryn terpaksa menerima Azmir tetapi Pak Lang mempunyai alasan yang kuat untuk menerima cadangan Tok Pah. Dia berharap agar semuanya akan baik-baik sahaja.

"Pak jom balik, satgi mak marah pulak."

"Haa jomlah. Qaid pakcik balik dulu naa. Senang-senang singgahlah rumah. Boleh kita borak lama sikit."

"InsyaAllah pakcik. Bila saya free saya singgah rumah. Boleh kita pi memancing ka."

"Haa elok tu. Dah lama pakcik tak pi memancing. Nak ajak Yin bukan dia minat memancing pun."

"Eh! Bosanlah memancing ni. Yin tak punya kesabaran nak tunggu ikan tu lama-lama."

"Nuryn dan sabar memang musuh lama."

"Apa kau kata?"

"Dah..dah jom balik. Takkan kat sini pun nak bergaduh."

"Pakcik, you are my man."

Qaid suka bila bapa Nuryn masuk menyebelahinya. Dah ada partner in crime nak kenakan Nuryn kelak. Nuryn
jelir lidah kepada kedua lelaki yang tiba-tiba menjadi rakan karib itu.

Dia malas nak bertekak lalu pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan tetapi dihalang oleh Qaid.

"Tak pa Nuryn, hari ni aku belanja kau.
Nanti kau belanja aku pula."

"Tapi..."

"Please, aku belanja."

"Okeylah, terima kasih Qaid."

"Jumpa lagi ya pakcik."

"InsyaAllah, ingat janji kita tau."

"InsyaAllah pakcik."

Nuryn dan Pak lang menuju ke kereta Myvi kesayangan Nuryn. Qaid menunggu sehingga mereka hilang dari pandangannya, barulah dia bertolak pulang.

Sampai di rumah yang disewa sementara mereka menjalankan tugas di sini, Qaid terus memanggil Kai dan Rahul. Mereka perlu merangka rancangan seterusnya agar mereka dapat menyelesaikan misi ini secepat mungkin.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now