QN 44

1.9K 88 0
                                    

Pandangan Qaid yang lurus memandang tajam Ito menjadi sedikit tergugat setelah melihat bibir Nuryn menuturkan sesuatu. Wajahnya berubah agak lembut apabila menyedari patah ayat yang dituturkan.

Betulkah apa yang aku nampak? Benarkah apa yang diucapkan oleh Nuryn? Buat masa ini Qaid tidak mahu tumpuannya terganggu. Dia hendak selesaikan misi ini dengan jayanya dulu sebelum memikirkan langkah yang seterusnya.

"Serah diri Ito. Kau dah tak boleh lari. Kami dah tangkap Shinji. Giliran kau pula lepas ni."

Ghadi menggunakan kaedah reverse psychology unyuk memancing Ito supaya menyerah diri.

"Shinji tak terlibat dalam hal ini. Dia tak tahu apa-apa."

Ghadi tersenyum. Secara tak langsung Ito telah membuat pengakuan. Ghadi membuat isyarat kepada Jai, Kai, Rahul
dan Orlando supaya menghampiri mereka.

Ito dan Tatsuya kelihatan cuak melihat lebih ramai anggota polis yang datang.
Tatsuya bersiap siaga..melindungi Ito.
Sumpahnya untuk melindungi Ito sehingga titisan darah terakhir. Hutang
nyawa akan diganti dengan nyawa. Tatsuya sesekali tidak akan melupakan jasa Ito kerana menyelamatkannya.

"Tatsuya kita boleh lawan mereka."

"Tak ada masalah."

Ito mengeluarkan wakizashi lalu diletak  dileher Nuryn. Melihat keadaan itu, Qaid menggenggam kuat senjatanya. Kalau tak fikirkan Nuryn dah lama dia lepaskan tembakan.

"Come on Ito, takkan guna perempuan kut nak lawan kami. Tak yakuzalah kalau macam tu." Perli Qaid.

Ito ketap bibir.Geram kerana diperli Qaid. Tapi betul juga kata Qaid. Dia yakuza..takkan dah lama tinggal di sini taring dia dah hilang. Dicekaknya leher Nuryn dengan lebih kuat sehingga membuatkan Nuryn terbatuk.

"Uhuk..uhuk..Mr.Ito..sakit la..agak-agak la nak cekik pun."

"You have a big mouth Nuryn."

Kemudian dia berpaling kearah Qaid.

"Jadi kau nak lawan aku? Kau yakin?"

Tanpa bercakap banyak, Qaid terus membuka helmet dan topeng mukanya.
Riak terkejut jelas kelihatan di wajah Ito dan Tatsuya. Ito ketawa sinis.

"Jadi betullah kau polis. Siapa lagi rakan subahat kau?"

Kai dan Rahul tampil ke hadapan dan berdiri bersebelahan dengan Qaid. Mereka juga membuka topeng muka mereka. Tidak perlu berselindung lagi. Ketawa Ito makin meledak melihat mereka bertiga.

Tatsuya mendengus. Terkena dia dengan Kai dan Rahul. Dia langsung tidak menyangka mereka adalah polis.
Perwatakan mereka sama sekali tidak disangka oleh Ito atau konco-konconya.
Tatsuya menggenggam penumbuk. Rasa macam nak hancurkan muka Kai dan Rahul.

"Bos! Pergi dari sini..biar aku saja yang lawan mereka."

"Tapi takkan aku nak tinggalkan kau."

"Pergi!! Aku takkan biarkan kau mati di tangan mereka."

"Tatsuya.."

"Per..gi..se..ka..rang!"

Ito terpaksa juga lari meninggalkan Tatsuya walaupun hatinya berbelah bagi. Kesetiaan Tatsuya memang tiada tandingannya. Sanggup mati demi Ito.
Ito menarik Nuryn bersamanya. Tanpa Nuryn memang sukar untuk dia melepaskan diri.

"Jangan! Tolong Qaid!" Nuryn menjerit.

Nuryn cuba untuk mengeraskan badannya tetapi tidak berjaya. Ito terus menariknya dengan kasar. Qaid segera mengejar Ito. Dia tidak akan biarkan Ito lepas dengan Nuryn. Tidak sesekali.

Perjalanan Ito menjadi sukar kerana Nuryn tidak memberi kerjasama di samping tepi sungai yang berbatu. Qaid mengikut setiap rentak jalan Ito. Ito buntu. Rasanya susah baginya untuk lari jika dia membawa Nuryn sekali. Dia perlu jauhkan Qaid daripadanya supaya mudah untuknya lari dari polis yang sedang memburunya.

Ito menukar corak lariannya. Dia membawa Nuryn masuk ke dalam sungai. Air sungai yang deras mula menampar muka Nuryn. Nuryn panik.
Dia cukup takut dengan sungai yang dalam kerana dia tidak tahu berenang.

"Apa yang kau buat Ito?" Qaid kelihatan agak marah.

"Qaid..tolong aku Qaid..aku..takut.." rayu Nuryn.

Ito senyum melihat wajah ketakutan Qaid. Dia berasa Nuryn menggeletar dengan hebat. Bagus! Ketika itu dia dah dapat idea bagaimana hendak lari dari
Qaid. Hampir ke tengah sungai, Ito menolak Nuryn ke dalam sungai.

Nuryn menjerit sekuat hati. Aliran air yang deras membawa Nuryn dengan cepat. Nuryn terkapai-kapai..tidak tahu nak buat macam mana. Nak capai apa pun tak terdaya kerana arus terlalu deras. Dia tenggelam timbul dibawa air, sejuk tak terkata.

Qaid yang menyaksikan Nuryn ditolak oleh Ito tadi segera terjun untuk menyelamatkan Nuryn. Dia tidak pedulikan Ito lagi, yang penting Nuryn akan diselamatkan. Dia berenang dengan cepat untuk segera sampai kepada Nuryn, bertahan sebaik mungkin agar tidak terlanggar batu yang banyak di dalam sungai itu.

Ito ketawa melihat Qaid dan Nuryn tenggelam timbul di dalam sungai itu. Dia segera berjalan kembali ke darat,
bersedia untuk melarikan diri. Malangnya dia lupa bahawa bukan Qaid seorang yang berada di situ.

Ghadi yang mengikut Qaid tadi bersedia untuk berhadapan dengan Ito.
Ito tergamam sebentar kerana masih ada halangan di hadapannya.

"Shit!"  maki Ito.

"Kau nak ke mana Ito Nakamura. Kau serah diri sajakan senang." Ghadi cuba untuk provok Ito.

"Kau ingat aku saja-saja buat kerja ni supaya kau boleh tangkap aku..jangan buat lawak la." Ito ketawa.

"Kau pun tahu kami yakuza takkan sesekali serah diri. Kami lebih rela mati. Ini maruah kami!" Sambungnya lagi.

Selepas habis berkata-kata, Ito menyerang Ghadi. Ghadi menangkis setiap serangan daripada Ito. Kekuatan mereka berdua seimbang dan sukar bagi mereka untuk menjatuhkan salah seorang daripada mereka.

Sementara itu, Tatsuya yang berhadapan dengan Jai, Kai, Rahul dan Orlando tidak dapat menumpaskan the Lions berempat itu. Empat lawan satu kut..mana aci. Sekuat manapun dia pasti akan kalah juga jika diserbu dengan empat orang sekaligus.

Setelah Tatsuya berjaya ditumpaskan mereka mencari pula Ghadi dan Qaid. Mereka berempat dan Tatsuya berjalan di tepi sungai sambil mencari Ito, Ghadi. Qaid dan juga Nuryn. Setelah beberapa lama berjalan masih tidak kelihatan kelibat mereka semua.

"Mana mereka pergi?" Tanya Rahul.

"Entahlah..tiba-tiba hilang dari pandangan." Kata Kai pula.

Orlando mengecilkan mata apabila dia ternampak sesuatu di tengah sungai.

"Hey guys! I see them in the river. Let's go get them!"

Nun di tengah sungai kelihatan Ghadi dan Ito tenggelam timbul dibawa arus.
Mereka segera berlari mengejar Ghadi.

Sementara itu, Qaid sedang berusaha untuk mencapai Nuryn. Dia nampak Nuryn sudah lemah, rasanya Nuryn sudah tidak berdaya untuk melawan arus deras sungai itu.

Nuryn pula pasrah dengan apa yang bakal berlaku kepada dirinya. Dia hanya berdoa agar Allah panjangkan usianya. Sepanjang dihanyutkan dia tak henti zikir. Nafasnya semakin pendek dan dia tercungap-cungap mencari nafas.

Qaid cemas. Dia nampak Nuryn sudah berhenti untuk berjuang. Tubuh Nuryn sudah dibawa arus deras dengan rakus.

Sabar Nuryn. Aku akan selamatkan kau. What ever it takes.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now