QN 2

2.9K 126 0
                                    

Hari Ahad adalah hari yang ditungu-
tunggu oleh Nuryn Farhana. Hari untuk merehatkan diri dari beban kerja yang tidak pernah habis. Cuaca pagi ini amat mendamaikan. Nuryn masih lagi bermalasan diatas katilnya selepas subuh tadi.

Dia kemudiannya mengambil telefon bimbit kesayangannya yang terletak diatas meja tepi katil. Memeriksa jika terdapat whatsapp atau missed call dari
rakan three stooges iaitu Abby, Ella dan Ogy. Rakan karibnya di tempat kerja. Nama tak mahu kalah, semua sapu nama artis.

Alhamdulillah, tiada siapa yang menghubunginya. Budak-budak bertiga bukan boleh harap sangat, cuti-cuti ni ada saja rancangan nak jalan-jalan. Yang jadi mangsa ialah Nuryn kerana hanya Nuryn yang mempunyai kereta walaupun kecil tapi amat berguna kepada mereka semua.

Oh! Lupa. Patutlah tiada siapa yang call
dia, hari ini tengah bulan, masing-
masing kekeringan. 'Selamat aku.' bisik hati Nuryn.

Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di pagi hari.Ketenangan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila namanya dipanggil dengan begitu kuat sekali.

"Nuryn Farhana!! Tak bangkit lagi ka?"

Suara ibu kesayangannya Mak Lang Mariam melantun kuat seisi rumah. Siapa tidak kenal dengan Mak Lang Yam, nama glamor ibunya di taman perumahan itu. Suaranya saja boleh didengari sehingga lima blok taman itu.

"Dah bangkit dah bondaku sayangggg."

Nuryn juga tidak mahu kalah. Dari mana tumpahnya kuah kalau tak ke mee kari. Suara Nuryn pun sama naik oktafnya dengan Mak Lang Yam.

Bapa Nuryn, Pak Lang Azizan sudah tutup telinga apabila dua wanita kesayangannya mula membuka suara. Siapa yang mendengar pasti mengatakan kedua beranak itu bergaduh padahal itu cuma komunikasi
diantara emak dan anak sahaja.

"Turun! Pi market sat. Lepas tu Yin masak untuk tengahari. Mak nak keluar dengan pak Yin ni. Kami balik kira nak makan saja."

Mak Lang Yam kalau keluarkan arahan macam torpedo. Nuryn faham sangat dengan kelaku ibunya. Sebab itu dia panggil Mak Lang Yam, Queen.

"Yes my queen. Mak ni time Yin cuti nilah mak pi jalan noo. Bagilah Yin rehat sama."

"Amboi Yin, masa nilah mak nak pi dating dengan pak Yin sat. Jom abang Jan, bertekak dengan budak ni lambat kita sampai."

"Alahai, tua-tua pun nak dating. Kalah Yin yang tak dak boyfriend ni. Pak nak pi mana?"

"Pak nak ziarah pak Omar sat. Kata jatuh moto."

"Ooo nak tengok bestfriend rupanya. Mak nak masak apa hari ini?"

"Haa buat gulai ikan temenung, kobis goreng, ayam goreng dengan sambal belacan."

"Perintah dijunjung my queen."

Nuryn malas nak fikir menu sebab itu dia suka tanya Mak Lang Yam. Senang tak payah perah otak nak fikir masak apa. Life has to be easy.

Nuryn segera menukar ke pakaian yang lebih santai. Nak pergi pasar ja pun bukan nak pergi makan kenduri.
Pasar itu pun bukan jauh dari rumahnya, hanya selang lima blok. Nuryn hanya berjalan kaki ke sana.

Pasar yang dipanggil 'market' oleh penduduk di situ merupakan sebuah padang yang dijadikan sebagai pusat berjual beli oleh penduduk taman itu. Terdapat sebuah surau dibina penduduk bersebelahan padang itu.

Sebelah pagi digunakan untuk menjual barang basah dan sebelah petang digunakan untuk berniaga makanan.
Setiap minggu kawasan itu menjadi tapak pasar malam pula. Meriah.

Setibanya di sebuah kedai runcit sahabatnya Baharom, dia terus menyatakan barang yang hendak dibelinya.

"Om! Bagi santan dua ringgit, halba campur sebungkus, asam jawa sepeket dan rempah kari ikan cap 'O' satu."

"Hang nak masak gulai ka Yin?"

"Macam biasalah Om, hari ni Yin kena masak. Perintah queen."

Baharom sahabat lamanya ketika sekolah rendah. Keluarga mereka rapat ketika tinggal berjiran di kuarters dulu.
Pernah terpisah ketika Yin tinggal sekejap dengan datuknya dan kini mereka menyambung kembali persahabatan yang telah lama terjalin.

"Untunglah siapa yang dapat hang Yin. Dahlah cantik, pandai masak pulak tu. Tak rugi hantaran puluh ribu."

Nuryn hanya tersenyum hambar tetapi dia tidak membalas kata-kata Baharom.
Dia dah malas nak cakap mengenai perkahwinan yang tak pernah jadi itu.
Dia pernah putus tunang setahun yang lalu.

Tiada angin tiada ribut pihak lelaki datang memutuskan pertunangan. Tiada alasan kukuh yang diberikan dan Nuryn pasrah dengan ketentuan jodohnya. Ibubapanya kecewa tetapi Nuryn tidak. Pasti Allah akan memberikan jodoh yang baik kepadanya satu hari nanti. Dia yakin.

Selepas selesai membeli barang yang diingininya, Nuryn menapak pulang. Setibanya di sebuah gerai kopi, dia ditegur oleh Pak Mid, tokey kedai itu.

"Eh! Yin mai singgah dulu. Pekena teh tarik ni." pelawa Pak Mid.

"Alaa Pak Mid, dah lambat ni, satgi lambat masak Mak Yam mengamuk Pak Mid nak tolong ka?"

"Ishh tak kuasa aku nak tolong. Mak hang kalau mengamuk kala Si Tora Harimau Jadian."

"Haa saya bagitau Mak Yam." Nuryn angkat jari telunjuk lalu digoyang berulangkali dihadapan Pak Mid.

"Oi! Hang jangan Yin, mati Pak Mid nanti."

"Pak saya elok, sihat sampai la, dah dekat tiga puluh tahun hidup dengan mak."

"Tu pak hang. Mak hang sayang gila kat dia."

"Dah..dah Pak Mid jangan duk buka kisah silam kat sini. Bungkus saja caramel macchiato  kat Yin satu."

"Hang ingat kedai aku ni Starbuck? Hang jangan duk merapu, aku ketuk kepala hang baru tau."

"Hahaha ingatkan Pak Mid tak tau Starbuck tu apa? Bungkus teh tarik satu."

"Nah Yin teh tarik hang, tak pa hari ni Pak Mid belanja."

"Terima kasih Pak Mid. Pak Mid taukan yang Yin sayang sangat kat Pak Mid."

"Dah dapat free hang sayang la noo. Dah pi balik, satgi Mak Yam balik hang tak masak lagi mampus hang kena dengan Mak Yam."

"Kann..Mak Yam ada black belt.Dia karate Yin mau tak nikah seumur hidup."

Ketawa Nuryn masih bersisa ketika dia meninggalkan gerai kopi tersebut. Pak Mid hanya mampu geleng kepala. Dia cukup kenal dengan Nuryn. Nakal budak tu, satu taman dah tahu. Habis semua orang dia usik.

Pak Mid tahu hati Nuryn tidaklah setabah wajah yang ditunjukkan. Hatinya penuh luka. Sebagai rakan karib Pak Lang Azizan, Pak Mid tahu semua luka yang dihadapi Nuryn.

Kegagalan demi kegagalan dihadapi oleh Nuryn. Bermula dari kegagalan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah kegagalan dalam kehidupan peribadinya.

Semua dihadapi dengan tabah oleh Nuryn. Pak Mid sendiri rasanya tidak dapat bertahan jika dia yang didatangi ujian sebegitu hebat tetapi tabahnya Nuryn amat dikaguminya.

Kalaulah dia ada anak lelaki, ingin dia jadikan Nuryn menantu tapi apakan daya dia mempunyai enam orang anak perempuan.

Perbualan Nuryn dan Pak Mid didengari oleh Qaid Uzair dengan penuh minat. Nuryn tidak perasan kelibat Qaid kerana wajah Qaid dilindungi dengan hud. Qaid tidak sangka keputusannya untuk bersarapan disitu memberi peluang untuk mengenal Nuryn secara dekat.

Hmm...Interesting.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now