QN 24

1.9K 91 0
                                    

Qaid turun ke dalam gaung dengan mengguna kaedah abseiling. Jai pantau dari atas. Zakri ditahan dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Sebuah ambulan sudah menunggu di situ untuk merawat Nuryn jika Nuryn mendapat kecederaan yang teruk.

Qaid turun dengan berhati-hati mencari keberadaan Nuryn. Dalam hati  dia berdoa agar Nuryn masih selamat. Qaid menyeru nama Nuryn dengan harapan Nuryn masih sedar.

"Nuryn! Nuryn! Where are you. Please answer me if  you hear me!"

Qaid berhenti seketika kerana mendengar bunyi orang mengerang. Dia turun lagi beberapa meter ke bawah dan hatinya menjerit riang apabila ternampak Nuryn tersangkut di sebatang pokok.

"Masyaallah..alhamdulillah." Pujian ke atas hadrat Ilahi diucapkan oleh Qaid apabila melihat tubuh Nuryn di situ.

"Tunggu..aku datang..sabar ya."

Nuryn masih lagi tidak dapat bersuara tetapi dia bersyukur Qaid dapat menjejakinya. Keadaan gaung yang agak curam menyukarkan Qaid untuk mengangkat Nuryn ke atas. Silap langkah Nuryn akan menggelongsor jatuh jauh ke bawah.

Melalui walkie talkie Qaid menyuruh Jai menurunkan harness untuk dipakaikan kepada Nuryn agar memudahkannya menaikkan Nuryn ke atas. Qaid membetulkan kedudukan Nuryn sementara dia memeriksa kecederaan Nuryn.

Nampaknya tiada tulang yang patah cuma muka dan tubuh Nuryn calar balar akibat tergolek jatuh tadi. Qaid memakaikan harness kepada Nuryn. Agak susah bagi Nuryn dan Nuryn terpaksa berpaut kepada Qaid.  Qaid mencangkuk harness Nuryn ke talinya agar Nuryn tidak terlepas dari pegangannya. Nuryn pula tak banyak cakap hanya mengikut arahan Qaid.

"Nuryn..dengar sini..kau peluk aku..aku nak bawa kau naik sekarang."

"A..aa..pa..pa..? Peluk kau? Kalau tak peluk tak boleh ka?" Nuryn kalut.

Mana pernah dia peluk lelaki bukan mahram. Peluk pak lang selalulah. Selain daripada bapanya dia tidak pernah peluk sesiapa. Mukanya dah merah biji saga.

"Darurat kan..atau kau nak naik sendiri?" tanya Qaid pula.

Qaid juga gelabah tapi demi menyelamatkan Nuryn, dia terpaksa melakukan perkara itu.

"Aku mana reti."

"Habis tu?"

Mahu tak mahu Nuryn terpaksa memeluk Qaid. Dia melengkarkan tangannya di tengkuk Qaid. Jantung kedua-duanya berdegup amat kencang. Kalau tak ada tulang rusuk agaknya jantung dua-dua dah tergolek masuk dalam gaung. Nuryn memandang ke belakang Qaid. Nun gaung yang dalam menjamah matanya. Gerun melihat gaung yang begitu curam, Nuryn melekapkan kepalanya di bahu Qaid. Qaid hanya tersenyum senang melihat Nuryn dalam keadaan begitu.

"Okay guys..take us up."

Nuryn sedaya upaya menahan nafas. Jantung dari tadi bergendang entah irama apa pun tak tahu. Punyalah kuat. Bau haruman dari badan Qaid menyucuk hidung. Nyaman. Tak berubah dari dulu. Bau yang pernah dia dambakan tetapi terpaksa menahan hati kerana Qaid sudah dipunyai orang lain. Kawan baiknya sendiri.

Jai, Orlando dan Ghadi menarik mereka berdua naik keatas dengan selamat. Semasa ditarik, Nuryn melirik ke arah Qaid. Wajah yang serius kelihatan amat tampan di matanya.  Dia berasa hairan mengapa Qaid yang menyelamatkannya kerana tugas menyelamat hanya melibatkan anggota keselamatan, pasukan gerakan am atau bomba. Adakah Qaid salah seorang daripada mereka. Melihat pada pakaian yang dipakai Qaid ada tertulis perkataan POLIS. Adakah Qaid..tak mungkin. Sebelum sempat dia bertanya kepada Qaid, mereka sudah sampai di tebing.

Paramedik yang bersedia segera membawa Nuryn ke ambulan untuk memeriksa sebarang kecederaan sebelum dibawa ke hospital berdekatan. Walaupun Nuryn hanya mendapat minor injury, dia tetap dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Qaid menarik nafas lega selepas semuanya selesai. Tapi satu perkara yang belum selesai..nak jelaskan kepada Nuryn..siapakah dia yang sebenarnya.

"Kenapa? Semua dah selesai. Kenapa muka kau macam tertelan julap ja."

"Julap? Mana kau dapat perkataan tu Ghadi?" Tanya Jai..hairan.

"Dari Naura la..siapa lagi?" Ghadi ketawa kecil mengenangkan isterinya yang nakal itu.

"Qaid.." Orlando siku Qaid yang kelihatan termenung panjang.

"Hah? Ohh..macam mana aku nak terang kat Nuryn kerja aku ni? Dia ingat aku kerja sama macam dia. Dia kalau naik angin, puting beliung pun kalah."

Orlando dan Jai angkat tangan tanda menyerah. Bab ni mereka tak mahu masuk campur. Naura merajuk dulu sebab ini pun mereka dah pening kepala. Nasib baik Naura mudah dipujuk, merajuk sekejap saja. Mereka tidak tahu perangai Nuryn macam mana tapi melihat kepada wajah Qaid yang keruh, nampaknya Nuryn agak susah untuk dipujuk. Entahlah.

"Jom balik balai..kita kena beri laporan."

"Ghadi..can I be excuse. I need to see Nuryn. Can you drop me at the hospital?" Nada suara agak merayu daripada Qaid.

"Sure..let's go." Ghadi hanya senyum. Faham.

Nuryn sudah dimasukkan ke dalam wad ketika Qaid tiba. Sebelum bertemu Nuryn, Qaid sudah mengkhabarkan berita gembira itu kepada ibubapa Nuryn dan umi. Qaid membuka pintu bilik yang menempatkan Nuryn secara perlahan-lahan, tidak mahu mengejutkan Nuryn.

Nampaknya Nuryn sedang tidur. Letih agaknya dengan dengan menghadapi berbagai peristiwa. Diculik, dicederakan malah jatuh ke dalam gaung curam...semua perkara itu amat memenatkan bagi seorang gadis.

Qaid merenung wajah Nuryn. Sejuk matanya melihat Nuryn yang nyenyak tidur macam Sleeping Beauty. Qaid tergelak kecil..Sleeping Beauty sangat..
sekali dia buka mulut macam bertih jagung baru dimasak.

Qaid senyum sinis. Macam manalah dia boleh terjebak dengan Nuryn?
Daripada dia nak siasat perkara lain, dia kena selesaikan perkara lain pula.
Penyamaran dia pula terbongkar. Bagaimana dia nak terangkan kepada Nuryn nanti?

'Nuryn aku bukan polis..aku pinjam baju ni daripada Ghadi saja.'

Qaid petik jari. Ya aku akan cakap macam tu dekat Nuryn. Tapi percayakah dia? Qaid garu kepala yang tidak gatal tanpa Qaid sedar Nuryn sedang memerhati tingkah lakunya. Nuryn senyum sinis. Oo dia duk cari idea nak kelentong aku ya. Tak pa kita tengok siapa yang kena!!

"Ehem! Kau kenapa duk tergaru-garu dari tadi Qaid? Takkan kepala ada kutu kut." perli Nuryn sambil berpeluk tubuh.

"Eh! Bila kau bangun. Kau nak minum? Makan? Nak buang air?"

Apa yang kau melalut Qaid. Tu la gelabah sangat sampai cakap pun dah tak ikut tema. Mukanya berkerut melihat wajah Nuryn yang begitu serius. Habis! Kalau muka Nuryn macam itu punya rupa..habislah. Rasanya bergegar hospital ini nanti.

"Kau sakit kat mana-mana ka? Apasal muka kau berkerut macam tu? Nak aku panggil doktor?"

Nuryn hendak tergelak tapi ditahan dulu. Dia nak dera Qaid sampai ke titisan darah terakhir. Wow! Ayat parabola sangat. Eh! Hiperbola.

"Kau ada sembunyi sesuatu dari aku ka Qaid?"

Soalan Qaid dia tak jawab tapi Nuryn pula yang tanya soalan kepada Qaid.

"Apa maksud kau?"

Nuryn hanya memuncung bibirnya merujuk kepada baju yang dipakai Qaid. Baju operasi berwarna hitam yang tidak sempat ditukar oleh Qaid.
Nuryn menaikkan kedua keningnya, (nak naik satu ja macam Ziana Zain dia tak reti) tanda mencabar Qaid menjawab soalannya.

"Baju ni? Errr..."

"Jangan kata kau pinjam daripada ASP Ghadi pulak. Please Qaid, aku bukan budak umur 5 tahun yang tak kenal yang mana satu Cinderella dan yang mana satu Elsa. I want the truth..now."

Aisehmen..macam mana dia tahu apa yang aku fikir tadi? Qaid masih lagi terkebil-kebil..tak tahu nak bereaksi macam mana. Soal siasat penjenayah lagi senang daripada bersoal jawab dengan Nuryn, bekas pendebat sekolah mereka dulu.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan terjengol dua adik-adik dan umi Qaid.

"Kak Yinnn..." jerit Qalisha dan Quratun Aini sambil meluru memeluk Nuryn.

Qaid urut dada. Selamat aku. Dia mula menapak menuju ke pintu.

HAIPP!! Nuryn angkat jari telunjuk dan digoyangkan ke kiri dan kanan.

Mampus aku!

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now