QN 47

2K 93 0
                                    

Esok.. D-Day untuk Nuryn. Segala persiapan hampir siap. Khemah sebanyak tujuh buah sudah dipasang di hadapan rumah Paklang Azizan dan Mak Yam. Paklang dan Mak Yam senyum tak lekang dari bibir. Siapa tak gembira bila anak sulung yang agak terlajak umur akan menamatkan zaman bujangnya.

Sanak saudara sudah ramai yang berkumpul terutamanya keluarga sebelah mak Yam. Tok Siah dah tiga hari berkampung di rumah paklang, gembira kerana cucu sulung akan menikah esok. Adik-adik mak Yam sudah tiba..sanggup mengambil cuti sempena hari bahagia Nuryn. Sepupu-sepupu Nuryn belah emaknya masih bersekolah jadi Nuryn tidak mengharapkan mereka boleh menolong dalam persediaan hari nikahnya manakala sepupu belah paklang akan tiba pada hari kenduri.

Nuryn tidak bersedih malah dia bersyukur kerana three stooges setia menemaninya. Kini mereka bertiga sedang kecoh di bilik Nuryn kerana Nuryn enggan memakai inai dan bersiap untuk majlisnya esok.

"Hang ni Nuryn, nak nikah ka dak?" Abby dah mula nak marah Nuryn.

Nuryn hanya geleng kepala. Fikirannya masih kusut memikirkan apa yang akan jadi pada dirinya nanti. Sampai ke hari ini Nuryn masih tidak bertanya mengenai tunangnya kepada paklang atau mak Yam. Dia malas nak ambil tahu. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah esok baru dia akan mengenali tunangnya aka bakal suaminya.

Mereka berdua langsung tidak berhubung..semuanya melalui perantaraan dan paklanglah yang menjadi telefon karatnya.
Mak Yam juga tidak berhasrat untuk memberitahu jika itu kehendak Nuryn.

Degilnya Nuryn susah untuk tembus temboknya. Hinggakan isi borang nikah pun paklang yang buat malah dia tidak pergi ke Pejabat Agama. Semuanya diuruskan oleh paklang dengan bantuan tok imam khariah taman perumahan itu yang merupakan saudara kepada paklang.

"Aku rasa takut pula bila fikir siapa bakal suami aku."

"Dah terlambat cik kak. Hari tu aku suruh kau tanya bapak kau tapi kau tak mau..sekarang kau terimalah seadanya." Abby sempat perli Nuryn.

"Yalah kak Yin...nak kahwin esok pun dah macam harakiri..pakai bedal ja kan." komen Ella.

"Ish..kau ni..bedal apa benda. Ini semua ketentuan..dah ditakdirkan kakak kita akan kahwin esok dan bakal suami dia itulah yang akan menemaninya sehingga akhir hayat."
Ogy cuba untuk menenangkan hati Nuryn.

"Betullah kata Ogy. Kadang-kadang otak dia boleh tahan juga kan. Yin, kau kena terima ketentuan Allah, semua dah ditakdirkan"

Seorang lagi ustazah tak bertauliah sedang menasihati Nuryn. Nuryn memandang ketiga-tiga sahabat baiknya itu kemudian dia senyum.

Adakah ini ujian untuknya? Sepanjang hidupnya berbagai dugaan yang dihadapinya dan dia tabah mengharungi tanpa lelah. Jadi dia tidak perlu berkeluh kesah dengan ujian besar ini kerana pasti Allah akan memberi hikmah yang baik kepadanya.

Nuryn segera insaf setelah mendengar kata-kata rakannya. Dia tidak perlu menarik muka masam lagi dan dia sesekali tidak ingin menghancurkan hati kedua ibubapanya. Ampunkan aku Ya Allah kerana kekhilafan aku selama ini. Doa Nuryn di dalam hati.

Nuryn segera memberi tangannya kepada Abby untuk diletakkan inai. Three stooges bersorak suka. Nampaknya Nuryn sudah boleh terima hakikat. Wajah Nuryn pun sudah tidak mendung..sudah cerah disinari pelangi.

Mak Yam yang kebetulan berada di luar bilik Nuryn menangis gembira setelah mendengar perbualan rakan-
rakan anaknya itu. Dia bersyukur akhirnya Nuryn dapat menerima perkahwinan ini. Gelak ketawa Nuryn,
Abby, Ella dan Ogy cukup menggembirakan hati tuanya.

Keesokkan hari, suasana meriah di rumah paklang. Nuryn berdebar-debar kerana sebentar lagi dia akan ke masjid untuk upacara akad nikah. Dia menilik baju kurung pesak warna putih gading yang dijahit sendiri oleh mak Yam. Warna suci pilihan ramai pengantin untuk upacara akad nikah.

Disarungnya baju kurung itu ke badannya. Terletak elok dibadan. Jahitan cukup halus, sembat di keliling leher baju amat halus buatannya. Mak Yam memang cukup teliti ketika menjahit baju kurung untuk Nuryn.

Menjahit memang bukan kepakaran Nuryn..sebenarnya sifat tidak sabar Nuryn itu yang membuatkan dia tidak suka menjahit. Nuryn tidak suka membuat kerja yang hasilnya lambat siap. Satu saja kebolehan Mak Yam yang dia dapat iaitu memasak walaupun Nuryn masak tidak secekap Mak Yam.

Nuryn tidak mahu bermekap tebal kerana akad nikah dilakukan di masjid.
Dia hanya mengenakan tudung warna sedondon dengan baju dan dia juga tidak mahu memakai layah..tidak sesuai pakai di masjid..kata Nuryn. Semua yang berada di dalam bilik itu tidak mahu membangkang kata Nuryn..takut dia merajuk dan tidak mahu kahwin pula..haru dibuatnya.

Setelah bersiap seadanya..the three stooges terpegun melihat wajah Nuryn. Walaupun hanya bermakeup tipis tapi seri wajah pengantin begitu menyerlah
dan mereka semua menjerit suka.

"Wow! Tak sangka buah chempedak menjadi buah nangka..cik Nuryn kita ka ni?" Abby ternganga melihat supervisornya.

"Cantiknya..untunglah siapa yang dapat kak Yin." kata Ogy..teruja.

"I'm speechless." Hanya itu yang mampu dicakap oleh Ella.

Bukan sahaja mereka bertiga yang terkejut tapi paklang dan mak Yam juga
terkedu melihat perubahan wajah Nuryn. Tidak sangka Nuryn yang tegas, lasak dan jarang pakai baju kurung kelihatan begitu ayu pada hari bersejarah ini. Seri pengantin gamaknya.

Abby, Ella dan Ogy keluar dari bilik untuk memberi peluang kepada kedua ibubapa Nuryn bersama Nuryn sebelum dia menjadi hak orang lain.

Mak Yam sudah menitiskan airmata sementara paklang kelihatan muram. Siapa tidak sedih akan menyerahkan anak kesayangan kepada orang lain yang bernama suami. Paklang dan mak Yam menasihati Nuryn macam-macam
sebelum melepaskan Nuryn kepada bakal suaminya.

Nuryn hanya tunduk mendengar 1001 nasihat yang diberikan. Biarlah..
sebagai anak tidak rugi dia mendengar nasihat ibubapanya sementelah mereka sudah berpengalaman selama hampir 30 tahun menjalani kehidupan berumahtangga. Sudah banyak onak duri yang mereka hadapi sepanjang masa mereka berdua.

"Pak dengan mak nak pi masjid ni. Yin pi dengan kawan-kawan naa..nanti kita jumpa kat masjid. Ingat pesan pak tu. Yin jangan duk buat kepala sendiri saja. Ingat! Hidup berdua kena selalu bincang..jangan belakangkan suami."

Berbuih mulut paklang bagi nasihat sebab dia kenal anaknya macam mana. Mak Yam hanya mengangguk setuju. Dia pun tak mahu cakap banyak, semua yang dia nak cakap, paklang dah cakap dengan jelas kepada Nuryn.

Setiba Nuryn di masjid, rombongan pengantin lelaki sudah bersedia di hadapan tok kadi aka tok imam masjid berkenaan. Dia duduk di belakang pengantin lelaki. Wajah masih menunduk memandang lantai masjid..
dia tidak pedulikan orang di sekelilingnya. Dia langsung tidak memandang sesiapapun..hatinya berdebar-debar..peluh merecik lebat di dahi..tangannya sejuk macam ais.

Abby di sebelahnya kalut menenangkan Nuryn..nafas Nuryn hampir terhenti setelah tok imam ingin memulakan majlis akad nikah setelah selesai dia memberikan khutbah nikah.

Tangan pengantin lelaki digenggam kemas..paklang duduk di hadapan bersedia untuk memulakan akad nikah.

Qaid Uzair bin Haji Qadir..aku nikahkan dikau dengan anak aku Nuryn Farhanah binti Azizan dengan mas kahwin Rm1000 tunai.

WAIT!!! WHAT???

NANTI!!!! BERHENTI!!!!

NURYN MENJERIT.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now