QN 39

1.8K 82 0
                                    

Setiba Ghadi di PKDKM, Jai ,Orlando,
Kai dan Rahul sudah ada di situ. Wajah mereka serius dan tiada secebis senyuman yang terpamer di bibir mereka. Kai dan Rahul nampak lebih gelisah daripada Jai dan Orlando kerana Qaid ditimpa musibah ketika ketiadaan mereka.Entah tiba-tiba Johan menyuruh Kai dan Rahul ikut lori hantar produk ke Pulau Pinang.

"Apa dah jadi Kai?"

"Aku tak tahu. Aku dengan Rahul kena ikut lori ke Penang. Dia whatsapp kata nak keluar dengan Nuryn malam ni. Masa kami balik, kami tak nampak dia..
jadi ingat dia dah keluar dengan Nuryn. Aku bawa balik bike dia." Kai menceritakan dengan nada sedih.

"It's okay Kai. Not your fault. Get the grip..maybe today it's the time to finish this operation." Kata-kata semangat dari Orlando.

Rahul hanya menunduk. Mereka dah lama menyiasat dan memikirkan cara untuk masuk ke dalam bilik rahsia itu tetapi masih buntu. Bagaimana Qaid boleh terjebak sehingga dapat ditangkap oleh musuh mereka.

Adakah rahsianya sudah terbongkar? Mengapa Qaid tidak menunggu mereka berdua? Semua persoalan berlegar di dalam kepala Rahul dan Kai.

"Jom masuk semua.Tuan Zaini dah panggil briefing operasi malam ini. Kita kena bersedia." Ghadi memberi arahan tegas.

Nuryn terus mengekori mpv yang dinaiki oleh Mr.Lim dan konco-konconya. Dia sendiri tidak tahu jalan yang dilalui oleh mereka kerana keadaan amat gelap. Mereka melalui jalanraya biasa bukannya highway.

"Mana mereka pergi ni? Jangan sampai Johor sudah." Nuryn bermonolog sendiri.

Bunyi deringan telefon mengganggu kosentrasi Nuryn. Nombor yang tidak dikenali. 'Siapa pula yang telefon aku masa kritikal ni.' Getus hati Nuryn.

Tanpa menggunakan handsfree Nuryn meleretkan ikon hijau untuk berbicara.

"Hello, siapa ni?" Tanpa salam tanpa mukadimah, Nuryn terus bertanya dengan suara kasar.

Ghadi menjauhkan telefon dari telinganya dan melihat kembali nombor yang didialnya betul atau tidak. Rasanya betul nombor yang Naura bagi itu nombor Nuryn tapi kenapa suara yang menyahut kasar sangat.

"Kenapa bos nampak pelik ja?"

"Betul ka nombor Nuryn ni? Kenapa suara dia kasar sangat?"

Kai mengambil telefon Ghadi dan ingin bercakap dengan insan di seberang sana.

"Hello."

"Hah! Hello..siapa ni? Tolong jangan main-main, orang sedang emergency ni."

"Nanti..nanti..cik Nuryn kan."

"Yalah dah kau dial nombor Nuryn maka Nuryn yang bercakap ni."

"Isy cik Nuryn ni buat lawak pula masa-masa ni. Kai ni. Ghadi nak cakap denga cik Nuryn. Sekejap ye."

Kai beri kembali telefon kepada Ghadi sambil tersenyum. Itulah Nuryn..dalam marah masih boleh buat orang tersenyum dengan humor selenganya.

"Hello Nuryn..awak kat mana?"

"Kat dalam hati tuan..eh..eh..kat dalam kereta." Nuryn ketuk dahi dengan telefon.

Astaghfirullah al azim..apa yang kau merepek ni Nuryn.Dia sendiri tak tahu kenapa berbicara dengan Ghadi, mulutnya selalu belot kepada tuan. Dengar dekat Naura mahu putus sahabat.

Ghadi sempat senyum sebelum menukar kepada mode serius kembali.

"Nuryn..saya dah suruh stay out kan. Kenapa masih ikut mereka lagi?"

"Please tuan, bagi saya ikut sampai ke tempat tuju mereka..lepas tu saya bagitau kat mana tempat tu."

"Tapi rancangan awak amat berbahaya.
Kalau jadi apa-apa kepada awak, apa yang saya nak beritahu Qaid nanti."

"Kalau jadi apa-apa kepada Qaid, apa yang saya nak bagitau umi pulak."

"You're so stubborn, Nuryn."

"Stubborn is my middle name Tuan Ghadi."

Ghadi merengus marah. Rupanya ada lagi yang lebih degil daripada Naura. The Lions hanya memerhati Ghadi. Mereka mempersiapkan diri untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Macam nilah tuan, saya akan on GPS saya dan tuan boleh track kedudukan saya. Saya nak bagitau kedudukan sebenarnya pun saya masih blurr, kat mana saya sekarang. Okey?"

"Baiklah share location now. We'll take it from here. Please stay out from trouble." Pesan Ghadi.

"Aku rasa dia takkan ikut arahan Ghadi." Kata Kai setelah mendengar pesanan Ghadi kepada Nuryn tadi.

"Aku pun rasa begitu. Lebih baik kita bergerak sekarang sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini."

The Lions menaiki dua buah kenderaan untuk menjejaki Nuryn. Nuryn telah menghantar lokasi terakhirnya kepada Ghadi.

Sementara itu, Nuryn terus mengekori mpv Mr.Ito. Rasanya dah hampir sejam perjalanan mereka. Semakin lama keadaan semakin gelap dan jumlah kenderaan pula semakin kurang di atas jalanraya.

"Ni ceruk mana pulak mereka pergi ni. Rasanya bukan Cherok Tok Kun ni." Nuryn bercakap kepada dirinya sendiri.

"Padang Meha? Mana pulak tempat ni?" Nuryn garu kepala. Dia tidak pernah mendengar nama tempat itu.

Tiba-tiba mpv membelok di simpang yang berada di hadapan. Nuryn memperlahankan keretanya. Terdapat lorong kecil yang hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan.

Terdapat satu palang merintangi jalan kecil itu. Private Property..tertulis di papan tanda yang kelihatan agak usang. Murad turun untuk mengangkat palang tersebut untuk memudahkan kereta mereka masuk. Dia memandang sekeliling..untuk memastikan tiada siapa yang mengekori mereka.

Kereta itu menyusur di jalan kecil itu sehingga sampai di sebuah gudang. Nak kata gudang..kecil dari gudang biasa..nak kata rumah..tak nampak macam rumah. Gudang kecil la senang.

Gudang itu dikelilingi oleh pokok getah. Waktu malam gudang itu nampak menakutkan. Bard memberhentikan kereta dan kedatangan mereka disambut oleh Ito.

Murad dan Gary menarik Qaid turun dari kereta. Qaid cuba melawan tetapi dipegang erat oleh Murad dan Gary. Ito memandang sinis kepada Qaid dan mengarahkan supaya membawa Qaid  masuk ke dalam gudang.

Qaid dibawa ke sebuah bilik. Dia tidak ditinggalkan begitu saja tetapi diikat dengan tangannya tergantung ke atas. Ito menghampiri Qaid dan menarik kain yang diikat dimulut Qaid.

"Jadi..siapa kau yang sebenarnya?" Ito meramas dagu Qaid dengan kuat.

Qaid membisu. Tidak perlu untuk menjawab soalan Ito. Ito bukannya bodoh. Sebagai ahli yakuza mereka lebih kenal musuh mereka.

"Bos..saya tengok movie kan..kalau dia tak jawab maknanya dia tu spy atau ejen polis..ntah-ntah dia James Bond." Murad yang naif cuba nak selesaikan teka teki siapa Qaid yang sebenarnya.

"Kau diam boleh tak! Merapu tak kena tempat." Marah Bard.

"Aku nak tolong ja."

Ito angkat tangan tanda tidak mahu mereka meneruskan percakapan. Dia mengarahkan orang kanannya yang paling dipercayai iaitu Tatsuya supaya mendera Qaid.

Qaid pasrah menerima segala jenis pukulan ke atas dirinya. Dia menahan segala sakit demi tugasnya untuk melindungi negara yang tercinta. Dia sesekali tidak akan membenarkan orang lain merosakkan bangsa dan negaranya.

Dadah musuh negara. JIka tidak dia dan rakan-rakannya yang membenteras gejala dadah..siapa lagi?
Azam yang kuat menjadikan diri Qaid tabah menghadapi segala kesakitan yang dia terima sekarang.

Satu panggilan telefon membuatkan wajah Ito berubah kelat.

KUSO!!!

Dah kenapa pula Ito marah ni?

Stay tuned.

Thank you for reading and vote.




 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now