QN 32

1.8K 81 2
                                    

Pasukan Lion of the Desert berkumpul di markas aka rumah sewa Qaid, Kai dan Rahul bagi merangka pelan untuk menjayakan siasatan kali ini. Mereka semua kecuali Kecik berkumpul dalam suasana yang santai.

Nampak mudah tapi agak sukar untuk membolosi bilik rahsia yang dikawal ketat oleh Mr.Ito dan Mr.Lim. Mereka tidak mahu menerima nasib seperti Inspektor Wilson yang kecundang setelah hampir menyelesaikan siasatannya.

Jika operasi lepas nampak berbahaya kerana melibatkan senjata api tetapi mereka berjaya juga menangkap dalangnya iaitu Aariz Zafri dan konco-
konconya. Yakin boleh! Tiada apa yang mustahil di dunia ini jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

Sedang mereka sibuk berbincang, kelihatan seorang yang kelihatan hilang tumpuan malam itu. Qaid kelihatan sedang mengelamun jauh..
entah apa yang difikirkannya.

"Qaid..you seemed lost. What happened?" Ghadi tegur Qaid.

"Entahlah Qaid ni..sehari dua ni dia hilang tumpuan. Tak tau kenapa." Kai pula mengadu.

Rahul macam biasa tidak menyahut atau memberi komen jika topik menyentuh hal peribadi.

"Jangan-jangan dia teringat dekat budak pompuan yang dia selamatkan hari tu?" Teka Jai.

"Yes.. I want to ask him about that girl..
they seemed so closed. Who is she?"

"Budak pompuan mana ni? Nuryn ka?"
Kai pula confused.

"Haah..Nuryn nama budak tu. Cantik,
comel dan..." Ghadi pula beri detail mengenai Nuryn.

"Hah! Bos jangan duk puji orang lain pulak. Saya report kat Naura baru tau."
Jai beri amaran.

Ghadi hanya tersengih sambil angkat tangan menyerah. Terlupa puji orang lain padahal isterinya juga cantik dan menawan.

"Bos..budak yang bos panggil tu..sama umur dengan Qaid. Mereka pernah satu sekolah dulu..tu yang nampak rapat tu. Dia tu supervisor kat kilang yang kita tengah siasat la sekarang." Kai dengan bangganya menerangkan dengan penuh perasaan.

"Seriously??" Jai dan Orlando jerit serentak.

Rahul dan Kai hanya tersengih melihat reaksi Jai dan Orlando. Begitu juga reaksi mereka setelah tahu kebenarannya.

"Macam budak sekolah ja aku tengok. Hari tu aku malas la nak masuk line. Ingatkan baya adik-adik Qaid tapi rupa-
rupanya..hmm ada chance ni." Kata Jai sambil ketuk dagunya.

"She's not an angel but a star."

"Bintang pulak dah..hang ni Lando tak abih-abih..sat angel..sat bintang..nanti habis cakerawala di dunia ni." Jai sudah ketawa kuat.

"Betullah Jai..bintang yang bisa menyinari malam yang kusam dan gelap macam Qaid tu. Kau jangan mimpi nak kacau budak tu, nampak tak Qaid dah hilang dari radar sebab budak Nuryn tu la." Kai warning Jai.

"Yalah..sejak Nuryn cuti, Qaid buat kerja serba tak kena. Tadi nasib baik dia fokus juga..kalau tak dah kantoi dengan Ito Nakamura tu." Dah lama membisu Rahul buka mulut juga.

Qaid masih macam tadi. Dirinya saja berada di situ tapi fikiran melayang ke kampung umi. Dia diberitahu Nuryn tidur di rumah umi. Kalau situasi tak mendesak dah lama dia terbang balik kampung. Dia perlu berbincang dengan umi mengenai perkara yang dia rasa amat penting bagi masa depannya.

Dia sendiri hairan kenapa dia perlu berkorban sebegitu rupa? Adakah hatinya sudah terbuka untuk Nuryn atau sekadar simpati terhadap rakan sekelasnya dahulu?

"Kenapa muka pucat sangat ni Nuryn?"
Sebagai Presiden MPP, Qaid sentiasa mengambil berat atas kesulitan anak-
anak buahnya.

Nuryn yang juga merupakan ahli MPP bertugas sebagai penyambut tetamu pada hari Anugerah Cemerlang Sekolah pada tahun itu.

"Aku pening la Qaid..tadi tak dan makan pagi..kalut sangat nak mai..nak bersiap lagi..tayar motor nak pancit pun hari ni jugak." Nuryn terpaksa juga mengadu kepada Qaid.

Nuryn bukan suka nak mengada-ngada dengan benda yang remeh temeh tapi dia tak tahan sangat pagi ini. Kehadiran waris pelajar yang ramai membuatkan dia rasa mual kerana bau
bauan minyak wangi yang menusuk hidung. Nuryn memang alah dengan bau minyak wangi yang kuat.

"Okey..kau duduk dulu..nanti aku mai balik. Jangan berdiri lama-lama, aku takut kau tumbang nanti satu hal pula
aku nak hantar ke hospital."

Airmata Nuryn hampir menitis melihat Qaid membawa sebungkus roti dan sebotol air mineral. Dia mengambil makanan dan minuman tersebut setelah dihulur oleh Qaid. Qaid menunggu sehingga Nuryn habis makan. Selesai makan barulah Nuryn rasa bertenaga untuk menjalankan tugas.

Walaupun mereka selalu bergaduh tetapi Qaid selalu prihatin terhadapnya. Entahlah mungkin Qaid memang suka menolong orang. Kalau bukan aku pun mesti Qaid akan buat juga seperti tadi kepada orang lain. Aku pula yang terlebih seronok dah kenapa.
Nuryn fikir dalam hati.

Bukan sekali Qaid memberi perhatian begitu kepada Nuryn tapi dah banyak kali Qaid membantu Nuryn. Samada Qaid ataupun Nuryn, mereka tetap membisu sehinggalah mereka habis belajar dan membawa haluan masing-masing.

Sehinggalah mereka bertemu kembali kini dan mereka sedikit pun tidak meluahkan perasaan mereka tetapi bahasa tubuh mereka menidakkan perasaan sebenar mereka.

"Ya Allah Qaid..hang sampai mana dah ni? Teruk betui kelaku dia kali ni. Kena sampuk dengan budak tu gamaknya."
Jai geleng kepala.

Mereka yang lain hanya mampu ketawa mendengar Jai berleter.

"Kena sampuk Annabelle comel."

"Why Annabelle?"

"Kau orang tak tahu..sekali budak tu naik hantu..tokey kilang tu pun cabut."

Rahul mengiakan kata-kata Kai setelah Jai dan Orlando memandangnya meminta kepastian.

"Garang sangat ka budak tu?"

"Garang..suara dia kuat betul tak padan dengan tubuh kecil."

"Qaid boleh tahan ka?"

"Eh! Dengan Qaid dia okey ja aku tengok tapi kadang-kadang selalu juga bergaduh tapi gaduh manja la."

"Interesting."

"Bos kita nak azan ka kat Qaid ni? Melamun sampai tak ingat dunia." Jai dah bersedia nak laung azan.

"Tak apa..biar saya yang panggil."

Ghadi hanya memetik jari di hadapan muka Qaid. Qaid yang mendengar petikan jari Ghadi terkejut sehingga terpinga-pinga. Dia memandang sekeliling untuk memastikan keberadaannya. Apa yang dia lihat hanyalah sengihan nakal rakan-rakan
yang dari tadi mengutuknya.

Qaid garu kepala yang tidak gatal setelah menyedari kealpaannya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh larut dalam kenangan lama. Tanpa berkata apa-apa Qaid terus beredar menuju ke tingkat atas. Mereka yang lain hairan melihat Qaid beredar tanpa sepatah perkataan pun.

"Woi Qaid! Nak pi mana pulak tu? Mesyuarat tak abih lagi ni."

"Aku nak solat tolak bala dan solat hajat sekejap. Nanti aku datang balik."
Qaid berpaling dan terus menapak ke tangga menuju bilik.

Sebenarnya Qaid amat malu kerana terlampau leka. Bukan itu sifatnya. Semua tahu Qaid amat komited dengan kerjanya. Sebab itu dia sengaja kata nak solat padahal dia nak lari daripada dikutuk oleh mereka yang lain.

Sisa ketawa masih lagi kedengaran di bawah. Ghadi meneruskan perbincangan sementara menunggu Qaid habis solat. Ghadi kata biarlah Qaid tenangkan fikirannya dulu.

Fokus Qaid.

Clear your mind.

You can do it.

********************************

Sorry if this chapter a bit boring

CikInzzz need a continuity for the story.

Keep reading and vote.

Thank you.

CikInzzz 👄👄

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now