QN 36

1.8K 87 0
                                    

Qaid hanya memerhati Nuryn bercakap dengan bapanya. Wajah Nuryn bertukar sekejap senyum sekejap masam sehinggalah..

"APA??" Nuryn terbangun dari tempat duduknya.

Qaid yang dah biasa dengan Nuryn hanya pandang dengan riak biasa saja.
Sebentar lagi dia okey la tu. Dia terus menyuap makanan ke dalam mulut.

Selesai bercakap dengan bapanya, Nuryn duduk kembali. Mengambil nafas yang hampir putus dengan berita yang disampaikan. Dia memandang Qaid. Qaid masih selesa makan tanpa memperdulikan Nuryn.

Kasihan melihat Nuryn terkebil-kebil memandangnya, akhirnya Qaid bertanya juga.

"SM kata apa sampai kau dah jadi macam patung cendana ni?"

"Err..err..ba..pa..a..ku..ka..ta.."

"Budak ni..sejak bila jadi gagap ni? Tadi okey ja cakap."

"Qaid tadi bapak aku cakap ada rombongan meminang mai rumah."

"Eh! Bukan sepatutnya esok tarikh akhir jadi kenapa maklong datang hari ni? Ooo si Nasrul tu dah tak sabar eh."

"Isyy Qaid ni..jangan potong cakap aku boleh tak? Aku tak sempat bagitau kan siapa yang mai tadi."

"Oh eh hehe..sorry my bad."

"Tu la lain kali dengar dulu orang cakap bagi habis. Ni tak kira nak terjah ja. Ingatkan boleh sabar. Apa punya pol.."

"Hei jangan cakap kuat-kuat, nanti orang dengar, pecah rahsia aku."

Nuryn tampar mulutnya yang celupar. Matanya memandang sekeliling. Dia berharap agar tiada siapa di kafe itu terdengar apa yang hendak dikatanya tadi. Nuryn mengangkat jari telunjuk dan jari hantu tanda peace sambil buat muka minta simpati.

Qaid terpanar. Kenapa sejak tahu Anita hendak kahwin, dia jadi penasaran terhadap Nuryn? Walaupun dulu setelah berpisah dengan Anita tetapi perasaan sayang masih lagi bertapak dihatinya.

Itu dulu..sewaktu dia belum bertemu Nuryn. Sekarang setelah beberapa siri kejadian yang melibatkan dia dan Nuryn, mereka menjadi rapat.Nuryn masih menunjukkan sikap macam biasa. Sikap ketika mereka di bangku sekolah cuma sekarang dia kurang bergaduh saja dengan Qaid.

Parah! Qaid rasa dirinya bukan dirinya yang tegas tetapi tenang seperti selalu. Dipanah love cupid Nuryn? Mungkin.
Sejak bila? Entah Qaid tiada jawapan cuma dia masih tercegat memerhati Nuryn yang sedang menceritakan sesuatu kepadanya dengan penuh perasaan.

Nuryn telah selesai tetapi dia hairan melihat Qaid yang masih tertegun di situ. Nuryn melalukan tangannya dihadapan muka Qaid tetapi Qaid masih berdiam diri.

"Hoi Qaid! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Kata Nuryn sambil tepuk meja.

"Haa? Dengar. Apa yang kau cakap ya?"

Nuryn tepuk dahi. Sah. Qaid melamun.
Nuryn pun tak tahu nak marah ka nak ketawa. Akhirnya dia ambil keputusan untuk ketawa saja. Sekurang-kurang
nya dia dapat juga menghiburkan hati yang gundah setelah dapat ketawakan Qaid.

"Aku pelik la tengok perangai kau sekarang. Dulu kau tak macam ni. Ni dah macam Pak Kaduk kalah laga ayam ja. Melengung fikir ayam kalah kampung tergadai la tu."

Nuryn ketawa manja.

'Alahai dia gelak macam tu pula. Kalau tidak, gelak kalahkan langsuir. Macam mana aku tak tergoda. Umi tolong chek..umi..'

Ketika itu umi yang sedang minum teh tersedak tanpa sedar.

"Uhuk..uhuk..astaghfirullah..maaf ya..
siapa pula yang sebut ni." Umi mohon maaf kepada tuan rumah.

"Haih tak pa hajah..minum pelan-pelan
ada la tu yang duk sebut nama hajah." Kata tuan rumah.

Qaid kembali ke alam realiti.

"Tadi kau cerita apa? Okey aku janji kali ni aku dengar betul-betul."

"Nasib baik berita pukul 8 belum mula lagi. Aku kata ada orang datang masuk meminang. Bukan maklong aku tapi orang lain. Aku tak tahu sebab bapak tak beritahu lagi. Balik baru bapak nak cerita. Get it?"

"Alhamdulillah..syukur kau tak perlu kahwin dengan sepupu kau tu."

"Kau dah kenapa seronok sangat. Bukannya umi kau yang meminang aku. Eh! Kau tak suruh umi meminang aku kan." Nuryn cuak.

"Eh! Mana ada.Dah kau tak bagi..aku mana berani nak memandai nanti kau terkam aku macam singa..tak cukup tanah aku nak lari."

Qaid ketawa kecil. Dia pun cuak juga jika umi benar-benar meminang Nuryn. Nuryn bukan boleh kira sangat.
Datang penyakit gila dia, bukan dia kira sesiapa. Komando macam dia pun, boleh lari lintang pukang jika Nuryn mengamuk.

"Bukan macam tu..aku tumpang gembira jika kau dah dapat jodoh yang kau inginkan."

"Tapi aku tak kenal pun siapa..aku cuma kata siapa yang masuk meminang dulu dialah jodoh aku."

"Okeylah tu..kira jodoh ni Allah yang bagi khas untuk kau. Kau kena bersyukur dengan anugerah ini."

" Bayangkanlah esok tarikh akhir untuk maklong datang meminang kau tup-tup
ada orang lain yang masuk meminang.
Nampak macam mustahilkan tapi bila Allah kata kun fayakun, jadilah maka terjadilah ia. Get it?"

Nuryn mengangguk tanpa berhenti..
macam woodpecker. Dia amat bersyukur kerana dapat mengenali Qaid. Setiap butir bicara Qaid amat munasabah dan penuh ilmu. Dia juga selesa berkawan dengan Qaid. Qaid tidak pernah prejudis dengannya.

Nuryn menarik nafas panjang. Dia perlu meletakkan noktah kasihnya secara sembunyi itu. Dia tidak perlu lagi menaruh harapan kepada Qaid.
Dia perlu menanam cintanya kepada bakal tunang yang tidak dikenalinya.

Ketika itu juga telefon Qaid berdering.
'Eh tadi baru sebut nama umi..kenapa umi telefon pula.'

"Assalamualaikum umi..ya umi..kenapa call chek ni?"

"Abang, umi minta maaf jika tindakan umi akan membuatkan abang marah kat umi tapi umi terpaksa demi masa depan abang."

"Umi, chek tak pernah marah umi tapi apa yang umi dah buat?"

"Abang jangan marah tau. Tadi umi dah meminang seseorang untuk abang. Umi harap abang faham. Umi tak mau kehilangan gadis ini. Umi dah sayang sangat kat dia. Okeykan abang."

Qaid terkedu. Hendak marah, bukan sifatnya memarahi insan yang membelanya dari kecil setelah kematian ibunya. Hormatnya kepada umi setinggi Gunung Kinabalu. Qaid akur. Pasti gadis yang dipinang umi seorang yang baik, jika tidak takkan umi sewenang-wenangnya meminang tanpa persetujuannya.

"Tak apa umi, chek faham. Terima kasih sebab umi beri perhatian yang lebih kepada chek. Chek akan terima seadanya."

"Alhamdulillah..nanti abang balik naa. Umi akan bagitau siapa tunang abang. Abang mesti tak tolak pilihan umi ni."

"Baiklah umi..habis kerja chek balik. Kita bincang lain."

Selesai bercakap dengan umi, Nuryn terus bertanyakan kepada Qaid. Qaid buat muka seposen. Tadi bukan main dia nasihatkan Nuryn. Sekarang kena batang hidung dia pula.

"Umi baru balik dari meminang.."

"Untuk siapa? Qamariah? Qanitah? Qadeeja?" Teka Nuryn.

Qaid sekadar geleng kepala.

"Kau ni nak kata cerdik ada juga bengapnya."

"Hei!" Nuryn marah apabila dikatakan bengap.

"Yalah kalau perempuan tak adalah nak pergi meminang. Orang yang datang meminang. Kau ni. Jadi bila umi pergi meminang maknanya.."

"Makna kata...umi meminang untuk kau! Hahaha. What a coincidence."

Bersambung...✌✌

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now