QN 21

2K 85 2
                                    

ASP Ghadi Aqhar tiba tidak lama kemudian dengan Jai dan Orlando. Kecik tidak turut serta kerana dia menjalani undercover di tempat lain. Begitu juga dengan Kai, terpaksa membuat kerja lebih masa di kilang.

Mereka bermesyuarat di IPD bersama OCPD Tuan Hamdi. Ghadi meminta jasa baik Tuan Hamdi agar menyerahkan tugas menyelamat kepada team mereka kerana dia yakin tanpa penglibatan polis, Nuryn dapat diselamatkan.

Pada mulanya Tuan Hamdi agak keberatan tetapi memandangkan mereka sendiri kekurangan anggota maka dia menyerahkan tugas ini dengan separuh hati. Lagipun dia amat mengenali Ghadi dan team Lion of the Desert dan reputasi team ini amat tinggi. Pasukan polis daerah hanya membuat sekatan jalanraya.

"Okey, Qaid..report."

"Kau ingat tak malam kita makan kat Penang hari tu?"

"Ya."

"Lelaki yang serang Nuryn..aku rasa dia yang culik Nuryn."

"How sure are you?"

"Hundred percent."

Orlando dan Jai hanya berpandangan. Mereka yang tidak tahu cerita hanya menunggu arahan.

"Ehem! Would you two mind telling us what's going on?"

"Orlando..sabaq sat boleh dak? Okey Qaid spill it out."

Hmmm..sama saja Orlando dan Jai. Dua-dua tak mahu kalah. Qaid memulakan ceritanya secara ringkas. Bagaimana dia boleh terlibat dengan Nuryn dalam misi undercovernya sehinggalah kejadian culik Nuryn.

"Wahh! Dulu kisah Ghadi dan Naura.. sekarang kisah Qaid dan Nuryn pulak.
Macam best ja cerita ni." Jai usik Qaid.

"Jai..Qaid dah susah hati ni..kenapa nak usik dia pula?" Ghadi tegur Jai.

"So what's the name of that shithead?"

Orlando memulakan pencarian dalam database mengenai Zakri. Selalunya Kai yang mahir dalam bidang ini tetapi memandangkan Kai tidak ada jadi Orlando terpaksa mengambil tugas Kai.

Setelah beberapa minit mencari, akhirnya Orlando mendapat sedikit info mengenai Zakri.

"Okay..hear this. Zakri Isa..33 years..ex-
Politeknik Sultanah Bahiyah student..
works as a technician at Saeki Electronics. Still single..and wowoo this is interesting."

"Apadia? Hang jangan buat suspen." Jai macam biasa tak sabar-sabar.

"He has been treated for depression... two years..but now he's okay with medication without fail."

"Rasanya sakit dia kembali..tu sebab dia boleh buat macam tu kat Nuryn."
agak Qaid.

"Dia terlalu obses dengan Nuryn..
sebab tu penyakit dia akan kembali...
kalau dia tak ambil ubat."

"Sebab akukah dia jadi macam tu?" tanya Qaid.

"Jangan salahkan diri kau. Nuryn sendiri yang tak suka dia kan." Ghadi menenangkan Qaid.

"Wait a second..this is more interesting.
He is from Kampung Rambong..just near here."

"Rasanya dia masih ada kat sini ka?" tanya Jai.

"Dia bukanlah penculik profesional cuma dia takut kehilangan Nuryn jadi.."

"Dia nak bawak lari pi Siam kut..nak ikat Nuryn jadi bini dia." teka Jai.

"It can't be."

"Tak Orlando..aku rasa Jai betul. Ini kisah cinta tak bersambut, cara mudah bawa lari..kahwin..suka atau tidak perempuan itu terpaksa menerima."

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now