QN 45

2K 98 1
                                    

Nuryn hampir lemas. Dia rasa inilah pengakhiran bagi hidupnya. Dia nampak Qaid tapi masih agak jauh untuk dicapai. Nuryn lelah. Putus asa. Dia memejamkan mata, membiarkan dirinya dibawa arus. Selamat tinggal dunia. Syahadah diucapkan dengan sepenuh hati.

Qaid tidak putus asa. Sampai kepada aliran sungai yang kurang deras, Qaid melonjakkan diri agar dapat berenang dengan pantas. Sebaik sahaja dia menghampiri Nuryn terus dia menarik rambut Nuryn. Qaid merangkul leher Nuryn dàn membawa Nuryn berenang ke tepian.

Nuryn sudah tidak sedarkan diri. Qaid menarik ke darat. Ditepuknya pipi Nuryn berkali-kali untuk menyedarkan Nuryn.

"Please Nuryn, tolong bangun..aku tak mau buat cpr..aku takut kau tumbuk aku nanti."

Qaid mengiringkan tubuh Nuryn sambil menepuk belakang Nuryn. Dia nak buat cpr tapi kurang berani. Takut dengan persepsi Nuryn nanti. Kalau umi tahu rasanya umi marah tak?

Sedang sibuk memikirkan buruk baik hendak buat cpr kepada Nuryn tiba-tiba terdengar Nuryn terbatuk.
Alhamdulillah, Nuryn dah selamat.

Nuryn terkebil-kebil melihat keadaan sekeliling. Aku kat mana ni? Kat syurga ka? Nuryn pandang Qaid. Kelihatan Qaid senyum memandang Nuryn.
Ya Allah..cantiknya bidadara.

Entah mengapa Nuryn berasa sebak. Tanpa berfikir panjang Nuryn terus menarik baju Qaid dan menyembam mukanya ke dada Qaid. Qaid terkedu. Tidak menyangka Nuryn akan berbuat begitu.

Nuryn menangis teresak-esak dalam dakapan Qaid. Sesungguhnya dia tidak menyangka akan terselamat dari lemas. Dia benar-benar pasrah jika benar ajalnya sudah sampai tadi.

"Nuryn, kau dah okey sekarang." Qaid cuba mententeramkan Nuryn.

Nuryn masih lagi tersengguk-sengguk menangis. Tangan masih tidak melepaskan Qaid. Mukanya masih terlekat di dada Qaid. Qaid berpeluh walaupun tadi seluruh badan basah terkena air sungai. Hendak ditolak, rasa tak sampai hati tetapi dia amat kekok berada dalam keadaan begni.

Keadaan menjadi kaku seketika. Suasana sunyi sepi di antara mereka berdua. Hanya bunyi deruan air sungai yang mengalir tidak jemu. Qaid masih lagi statik dan Nuryn yang sudah reda
menangis, memerhati sekelilingnya.

Apa yang telah aku lakukan? Dia menjarakkan sedikit badannya dan melangut memandang insan di hadapannya.

"Aarrrgggghhh!!!" Jeritan Nuryn melangsi di situ.

Terus Nuryn melepaskan pegangannya
dan menolak Qaid hingga Qaid hampir terjatuh. Nuryn tutup muka dengan tangannya yang masih terikat. Qaid tersenyum lucu. Nuryn harap sekarang dia lupa ingatan..tak ingat apa yang berlaku. Nuryn rasa nak buat begitulah.

"Kau siapa?" Nuryn tanya Qaid dengan wajah yang keliru.

"Eh! Nuryn kau ke..na..pa?"

Qaid cuak setelah melihat Nuryn seperti tidak mengenalinya tetapi kehairannannya tidak lama. Sekejap saja dia dah tahu Nuryn saja-saja buat lupa ingatan. Nak cover line la tu. Mesti Nuryn malu setelah memeluk dan menangis di dada dia. Qaid menarik muka Nuryn menghadapnya.

"Dah la tu Nuryn..tak payahlah buat amnesia..aku tau kau sengaja buat lupa ingatan." kata Qaid sambil membuka ikatan tangan Nuryn.

Nuryn hanya menunduk malu. Boleh tak dia hilangkan diri dari situ? Kalau dia ada kuasa seperti Dr.Strange..dah lama dia transport ke tempat lain.Malu teramat sangat ni.

"Maaf Qaid..tak sengaja. Aku takut sangat tadi. kau jangan bagitau siapa-
siapa tau. Mati aku kalau mak aku tau."

"Taklah..rahsia kau aku simpan di sini."
kata Qaid sambil menunjuk dadanya.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now