QN 12

2.1K 98 0
                                    

Dia ke sini keseorangan. Tanpa ditemani sahabat karib atau keluarga.
Merenung jauh ke laut yang tidak berapa luas itu, masih dapat mendamaikan hatinya.

Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut ke mukanya yang membahang disimbahi cahaya petang.
Dia tidak peduli jika kulitnya terbakar. Dia tidak peduli kakinya diketit organisma laut yang dia sendiri tidak tahu namanya.

Apa yang dia peduli ialah kehidupan yang akan dia lalui nanti. Bagaimanakah takdir hidupnya nanti?
Bersediakah dia menjalani kehidupan ini keseorangan? Bagaimana pula dengan kedua ibubapanya?

Dia sudah lali dengan kisah percintaan.
Dari mula sejak dia mengenal erti cinta, dia tidak bernasib baik dalam dunia percintaan. Sejak percintaan pertamanya dengan Wan Syamil.

Pertemuan bermula di Cameron Highlands telah membuahkan rasa suka pada mulanya bertukar kepada rasa cinta setelah dua tahun berkenalan. Nuryn merasakan Syamil adalah pasangannya yang ideal sementelah layanan yang diberikan amat baik dan Syamil amat menghormati kedua ibubapanya.

Status yang berlainan di antara mereka
tidak memberi halangan kepada mereka. Biasalah bila dah bercinta, tahi pun bau wangi. Syamil berjanji akan menyuntingnya setelah habis belajar dan Nuryn ketika itu baru bekerja di kilang Saeki Elektronics.

Kita merancang tetapi kita selalu lupa Allah SWT yang menentukan segala-
galanya. Takdir tidak memihak kepadanya, Syamil minta putus kerana ibubapanya sudah mencarikan jodohnya dengan jodoh yang sekufu dengan mereka. Klise.

Siapa kata kisah antara dua darjat tidak terjadi dalam dunia moden sekarang.
Selagi ada bernama manusia sifat-sifat mazmumah tidak akan hilang dalam hidup ini. Kononnya manusia tidak pandang rupa, harta dan kedudukan, semua itu adalah sandiwara semata-mata.

Nuryn akur dan selepas kejadian itu, dia cukup berhati-hati dalam memilih pasangan. Sebelum memilih, dia akan memastikan dulu keluarga pasangannya tidak melihat darjat sebagai kayu pengukur.

Pun begitu ada saja halangan dalam episod percintaannya. Pasangan curang, pasangan bercinta dengan rakannya, pasangan yang tidak sukakan keluarganya dan pernah dia mendapat pasangan yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.

Akhirnya Nuryn lelah dan berhenti bercinta. Dia menyerahkan segalanya kepada Mak Yam dan Pak Lang dalam mencari jodoh. Itupun pertunangannya yang diatur oleh orangtuanya juga menemui kegagalan.

Orang tua-tua kata jodoh Nuryn berat dan perlu mandi bunga untuk meringankan jodohnya. Nuryn tidak percaya semua itu dan meletakkan seluruh kepercayaannya kepada Yang Esa. Hanya Allah yang menentukan ajal, rezeki,jodoh dan segala-galanya.

Hari ini sekali lagi Nuryn diuji. Dia akui sememangnya dia tidak berminat dengan cadangan Tok Pah untuk menjodohnya dengan sepupunya sendiri tetapi apabila ditolak untuk sekian kalinya, hatinya tetap terasa sakit.

Rasa sakit itu bertambah perit apabila dia pula dituduh sebagai punca Azmir menolak dirinya.

Kejadian pagi tadi:

Ketibaan Tok Pah secara mengejut ke rumah mereka menyebabkan Mak Yam gelabah. Kalau Tok Pah datang ke rumah mereka, Mak Yam perlu bersedia mental dan fizikal.

Persediaan mental sebab Mak Yam perlu dengar leteran Tok Pah yang tiada jangka hayat. Persediaan fizikal sebab nanti Mak Yam kena bersihkan rumahnya sendiri jika Tok Pah tidak puashati dengan SOP kebersihannya.

"Laa..mak pasaipa mai tak habaq," Pak Lang menyambut ibunya di muka pintu.

"Saja..mak pi rumah Azie, kak ngah hang ada sana, tu yang mak mai sini."

Mak Yam dan Nuryn segera bersalam dengan Tok Pah. Kalau lambat sambut Tok Pah, alamat ribut petir akan melanda rumah mereka nanti.

"Mak mai dengan sapa? Kak ngah mai sama ka? Awat tak masuk," Mak Yam dengan manis muka menyoal ibu mertuanya.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now