QN 14

2.1K 93 0
                                    

Kai dan Rahul dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Sejak mereka undercover di kilang itu, mereka belum sempat menjelajah ke Pulau Mutiara itu lagi.
Kai teringin hendak makan nasi kandar dan pasembor, makanan trademark Pulau Pinang.

Setelah menghantar Qaid ke Pantai Merdeka sebentar tadi, Kai dan Rahul meneruskan perjalanan ke sana. Kai begitu teruja untuk menaiki feri walaupun Pulau Pinang mempunyai dua buah jambatan yang menghubung pulau dan tanah besar.

Menaiki feri membuatkan Kai berasa amat teruja kerana keunikannya. Berbeza sekali dengan feri ke Pulau Langkawi. Perjalanan menaiki feri hanya mengambil masa selama 15 minit tetapi Kai amat berpuashati. Dia turun dari kereta untuk menikmati pemandangan di sekitar laluan feri tersebut.

Kai dan Rahul keluar dari kereta dan menuju ke haluan depan feri. Ramai juga penumpang yang keluar dari kereta dan mengambil angin laut. Kai mendepakan tangan sambil mendongak kepala keatas..acah-acah macam Rose dalam Titanic.

Ramai juga yang tertawa melihat telatah Kai. Biasalah pertama kali naik feri. Rahul hanya mampu menggeleng
kepala melihat Kai.

"Kai..sudahlah buat drama kat sini. Tak laku pun..lagi malu adalah." Rahul dah tarik baju Kai.

"Ishh..kau ni..sekejap la..aku nak ambil mood Titanic. Kau jadi Jack okey?"

"Tak maulah aku. Gila apa duk buat filem Titanic kat sini. Tenggelam feri ni baru tau."

"Choiii..mulut..tak ada insuran langsung."

"Hahaha..tau takut. Dah..dah jom masuk dalam kereta..dah nak sampai dah tu."

Oleh kerana mereka menaiki feri maka Rahul hanya membawa Kai makan di Penang Road.

"Kai, aku bawa kau makan kat Line Clearlah hari ni. Tempat tu famous tau, ramai artis pernah makan kat situ."

"Ikut kaulah."

Setelah memarkir kereta, Rahul membawa Kai ke kedai makan nasi kandar Line Clear. Setiba mereka di situ, mulut Kai melopong melihat keadaan tempat itu.

"Hoi! Kau bawa aku kat mana ni? Ni kedai celah lorong kau bawa aku. Aku ingat restoran eksklusif berhawa dingin bagai. Ini...." Kai tidak puashati melihat keadaan kedai makan yang dikatakan terkenal itu.

"Tempat tak penting, yang penting makanannya sedappp." Rahul angkat ibu jari.

Kai buat muka tidak puashati tetapi tetap beratur untuk memesan makanannya.

"Kenapa kena beratur pula Rahul? Bukan kedai makan selalu ambil order ka?" Kai masih lagi tidak puashati sebab kena beratur panjang.

"Macam ni senang, kita boleh pilih apa yang kita suka makan dengan lebih dekat tapi aku nak ingatkan kau jangan ambil sotong dengan udang banyak sangat nanti kena sembelih."

"Kena sembelih? Apa maksud kau?"

"Kau tengoklah sendiri nanti," kata Rahul sambil tertawa kecil.

Setelah memesan makanan, mereka mengambil tempat kosong dan Rahul terus menikmati makanannya. Kai masih lagi termenung melihat harga makanannya. Sepinggan nasi beriyani dengan dua ekor udang, seekor sotong dan seketul ayam goreng bawang..
harganya boleh makan untuk empat hari makan tengahari di kafe kilang.

"Dah la tu Kai, makan sajalah. Aku dah pesan tadi kan."

"Mana aku tahu begini punya mahal.
It's a new experience for me then it's okay. Nanti kita ajak Qaid, kita pekena dia pulak."

Mereka makan dengan lahapnya. Memang makanan di sini sedap-sedap belaka malah Kai berasa tidak rugi membayar dengan harga mahal. Kai sampai menjilat jari dan nasinya tidak bersisa langsung.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now