QN 41

1.9K 91 1
                                    

Ghadi dan The Lions sampai di kereta yang ditinggalkan oleh Nuryn. Ghadi segera turun dari keretanya dan meninjau ke dalam kereta Nuryn.

Kosong.

Ghadi merengus marah. Kenapa susah sangat Nuryn nak dengar arahan? Budak ni menyusahkan orang betul. Patutlah selalu ditimpa bahaya, diri sendiri yang menjadi punca. Ghadi berleter dalam hati.

"Awatnya?" Tanya Jai.

"Dia tiada di sini. Dia tinggal nota suruh kita ikut lorong di depan tu."

"Hmm tak sangka Nuryn begitu berani. Sanggup dia pergi seorang demi Qaid."

"Love makes you a different person."

"Dah..dah..jangan melalut. Kita ada misi penting ni." Tegas suara Ghadi.

"Baik bos." Jawab mereka serentak.

Mereka menyusur jalan kecil itu sehingga berjumpa dengan sebuah gudang. Kelibat Nuryn tidak kelihatan. Ghadi perlu utamakan misi membenteras Ito dan konco-konconya dahulu kemudian barulah dia akan mencari Nuryn.

Ghadi merancang untuk merempuh gudang itu begitu saja kerana jika dia mewar-warkan kedatangan mereka, Ito akan menggunakan Qaid sebagai tebusan untuk melepaskan diri. Jika dia rempuh, Ito mungkin tidak sempat untuk berbuat apa-apa. Dah nama komando mesti rempuh dulu baru tanya.

Dalam kiraan tiga, Ghadi dan The Lions merempuh pintu gudang menyebabkan
keadaan di dalam gudang menjadi huru hara. Sememangnya konco-konco
Ito tidak menjangka mereka akan diserbu secepat itu.

Semua yang berada di dalam gudang tidak memperdulikan arahan Ghadi supaya menyerah malah mereka terus menyerang Ghadi dan the Lions. Segala jenis pertahanan diri dibuka samada dari pihak Ghadi ataupun Ito.

Silat, muay thai, taekwando, kung fu, aikido, kick boxing malah seni lawan ciptaan sendiri pun ada dalam pertempuran mereka. Cacamerba. Siapa pun tak kisah janji lawan dapat ditumbangkan.

Qaid dan Nuryn yang bersedia untuk keluar dari gudang tadi tidak dapat berbuat demikian setelah mendengar bunyi pertempuran di ruang tengah gudang itu. Qaid menarik tangan Nuryn menuju ke pintu bilik dan melihat apa yang sedang berlaku.

Qaid menarik senyum apabila melihat rakan-rakannya berentap dengan geng Ito. Alhamdulillah, Ghadi dah sampai.
Dia tidak perlu lari lagi. Dia perlu bertarung bersama Ghadi Dan the Lions.

"Nuryn, kau duduk diam-diam kat sini,
jangan pergi mana-mana."

"Kau nak ke mana?"

"Aku nak tolong Ghadi."

"Tapi Qaid, kau dah cedera teruk ni."

"Nuryn,listen here, my team is out there. Aku tak boleh biarkan mereka bertempur tanpa aku. Aku ialah the Lions jadi aku mesti bersama mereka."

Nuryn terdiam sejenak. Dia kena akur kerja Qaid. Walaupun dia risau keselamatan Qaid tapi dia bukan sesiapa bagi Qaid. Dia melepaskan Qaid dengan hati yang berat.

"Be safe... please don't die."

Qaid memandang Nuryn dengan pandangan yang Nuryn sendiri tidak tahu apa maksudnya. Tapi pandangan itu begitu mendamaikan hati wanitanya. Qaid memberi senyuman yang paling manis kepada Nuryn. Sebelum keluar sempat dia memegang pipi dan membelai sedikit rahang Nuryn. Satu perbuatan yang tidak pernah sesekali dia lakukan walaupun kepada Anita.

"I will dan tolong doakan aku." kata Qaid sebelum keluar dari bilik itu.

Nuryn hanya mampu melepaskan Qaid dengan pandangan sayu sambil tangan memegang pipi yang diusap Qaid tadi.
Okey pause sekejap. Apa yang Qaid buat tadi? Nuryn keliru.Mengapa Qaid tiba-tiba menjadi romantis begini? Qaid bukan lelaki sebegitu yang mudah menyentuh perempuan ajnabi. Sesuka hati.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now