NM🦋- Aira hilang ingatan ?

3.4K 245 14
                                    

Di luar wad

"Aunty and Danny malam ni biar Laila lah yang temankan Aira. Boleh kan ?" tanya Laila yang mula merancang sesuatu.

"Lagipun dah seminggu korang bergilir - gilir jaga Aira, now why not Laila je yang jaga dia. Korang pun perlukan rehat kan. Nanti kalau korang sakit, siapa yang akan sedih nanti ? Aira juga." pujuk Laila lagi.

Danial hanya mengeluh berat.

"Ok, pape update kitorang." ucap Danial perlahan.

"Dah aunty jom Danny hantar aunty balik." pelawa Danial.

Datin Maria terus mengikuti langkah Danial. Dalam hati Laila senyum bahagia, Laila segera meluru masuk kedalam wad Aira.

'Rancangan aku pasti akan berhasil.' jeritnya dalam hati.

Tubuh kecil Aira terus direnung tajam. Lantas dia terus ambil bantal lalu dia terus menekup muka Aira dengan bantal tersebut.

"Mati kau mati." jeritnya puas hati.

Doktor Hazim yang menyedari kejadian itu terus menolak tubuh Laila hingga jatuh ke lantai.

"Kau bla sekarang, sebelum aku call polis." ugut lelaki itu tegas.

Tanpa teragak - agak Laila terus melarikan diri.

"Ya Allah, Aira nasib baik awak tak apa - apa." ucap lelaki itu penuh syukur.

"Mami.............."

Hazim terus tersenyum bahagia apabila mendengar suara gadis tersebut.

Dia terus sujud ke lantai tanda dia bersyukur.

"Mamiiiiiiiiiiiiii." ucap gadis itu penuh lemah tanpa membuka mata.

Hazim terus menangis, air matanya tidak henti - henti mengalir.

Lantas iphonenya terus dicapai.

Danial terus berlari kedalam wad Aira setelah dikhabarkan abangnya bahawa gadis itu telah sedar.

Dia terus tersenyum tatkala melihat Aira yang mula membuka mata. Dahi gadis itu masih berbalut dek kerana dia banyak kehilangan darah. Gadis itu hanya termenung. Danial terus menghampiri Aira.

"Are u okay ?" soal Danial perlahan.

"Kau siapa ?" tanya gadis itu pula. Wajah Danial mula berubah setelah mendengarkan soalan Aira.

"Hmmm ni berapa ?" soal Danial sambil menunjukkan nombor 4 menggunakan jarinya. Lama Aira mendiamkan diri.

"Sepuluh." respon Aira pula.

Danial mula meraup wajahnya.

"Ya Allah apa yang dah jadi kat dia ? Takkanlah dia amnesia. Ni semua salah aku kalau aku ada, pasti dia takkan cedera macam ni." keluh Danial penuh kecewa.

Lantas dahi Danial mula dijentik.

"Nombor 4 lah monyet." respon gadis itu sambil gelak.

"Ya Allah b, time - time macam ni pom kau masih ada mood nak buat lawak. Sia - sia je aku risaukan kau." marah Danial yang mula menyedari dirinya sudah ditipu.

"Alolo, monyet merajuk eh ? Meh mami pujuk." sakat Aira lagi sambil ketawa.

Danial terus melabuhkan punggung keatas kerusi.

"Aku risau tahu, nasib baiklah kau dah sedar. Kalau tak, taktaulah apa jadi kat aku." luah Danial sambil tatap wajah gadis itu.

"Aku mimpi tau monyet ! Hm dalam mimpi aku, aku koma and kau pun hidup bahagia. Cuba teka kenapa ?"

Danial terus mengeleng tanda tidak tahu.

"Kau kahwin dengan Laila." luah gadis itu diikuti dengan gelak tawa.

"Lepastu kitorang ada anak kan. 4 lelaki 4 perempuan. Setiap petang aku main bola dengan anak aku." tokok Danial pula tanpa gelak.

"Kurang ajar kau monyet !" marah gadis itu tiba - tiba. Lantas wajah Aira mula ditatap lama.

"Tahu pun takut kau ! Aku main - main jela. Aku taknak orang lain, aku nak kau je jadi isteri aku, jadi ibu ....."

"Jadi ibu kepada monyet !" sakat Aira sambil gelak.

Danial hanya jeling Aira tajam. Tangannya laju ingin menjentik dahi gadis itu, namun disekat oleh gadis itu.

"Dahi aku sakit ni, kalau kau jentik aku then banyak darah keluar then kalau aku......"

Danial terus memotong percakapan Aira.

"Yelaaa aku tak jentik. Aku acah - acah jela. Lagipun tak halal lagi nak jentik kau hahahaha." ucap Danial lalu gelak.

Aira juga turut gelak.

"Laaa yang kau gelak pehal ?" ujar Danial acah - acah marah.

"Aku punya sukalah nak gelak pun monyet." respon gadis itu sambil acah-acah tolak dahi Danial.

Mereka berdua terus ketawa.

Ketika mereka berdua sedang leka bergurau senda, tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang sedang berduka melihat kebahagiaan mereka.

Dari luar, Doktor Hazim hanya mampu melihat.Wajah Aira ditatap lama dari luar.

Air matanya ingin saja gugur namun dia tetap gagahkan diri jua.

Doktor Hazim terus beredar ke biliknya setelah menyedari dirinya sudah lama berada di luar wad gadis idamannya.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now