Sah ! 🦋

2.7K 136 1
                                    

Hari yang ditunggu akhirnya telah tiba. Kelihatan penuh sanak-saudara Datin Maria berhimpun di ruang tamu.

Datin Maria yang sudah mula menggunakan kerusi roda terus tersenyum apabila wajah anaknya.

Wajah anaknya menjadi sangat berseri pada hari itu. Aira hanya menundukkan wajahnya apabila lafaz akad nikah oleh Danial telah sah disempurnakan.

Di situ juga adanya ayah kandung Aira iaitu Dato' Qayyum yang hadir sebagai wali anak bongsunya.

Tetapi seperti biasa, Aira langsung tidak mempedulikan kehadiran ayah kandungnya kerana dia amat membenci lelaki separuh tua itu.

Dato' Qayyum hanya senyum saat sedari tadi menyaksikan anak bongsunya telah sah menjadi isteri kepada Danial Lee.

Kedua - dua abang kandung Aira juga turut hadir pada pagi itu.

Mestilah hadir kan ? Aira kan adik kandung mereka.

Sheila dan suaminya, iaitu Ikram turut mengucapkan rasa syukur sejurus acara akad nikah Airabella dan Danial Lee itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Danial tampaknya juga menarik nafas lega saat dia sah menjadi suami kepada Airabella dengan sekali lafaz sahaja.

Dia sedari tadi hanya memandang wajah Aira.

Aira pula langsung tidak memandang wajah suaminya. Aira hanya memandang ke arah Datin Maria sahaja sedari tadi.

Baru sahaja Danial hendak mengucup dahi isterinya, tetapi tiba- tiba bunyi "Pap"!!!! bergema kedengaran di ruang tamu tersebut.

Aira bergegas lari kearah maminya yang mula terlantar di atas lantai dek terjatuh dari kerusi roda.

Air mata Aira terus gugur apabila melihatkan keadaan maminya yang cukup lemah.

Danial terus meluru kearah isterinya.

"B, mamiii happy sangat sebab mami sempat tengok b kahwin. B janji dengan mami ya, b jadi isteri yang taat. Mami sayang b." ucap maminya sambil memegang tangan Aira.

Aira terus meraung lantang apabila kelopak mata maminya mula tertutup.

"Noooo, mamiiii jangan tinggalkan Aira... Mami !!!!! Mami dah janji takkan tinggalkan b !! Mami !! Bangun mami !!"  jeritnya berserta dengan tangisan.

Dia terus menggoncangkan tubuh kurus wanita separuh tua itu berulang kali.

Air matanya gugur membasahi pipi wanita itu.

Orang ramai masih tergaman.

Danial terus memeluk tubuh isterinya dari belakang.

"Syhhh don't cry. Mami mesti sedih kalau tengok keadaan u macam ni." ucap Danny lembut.

Danny terus cuba menenangkan Aira yang sudah patah semangat.

Dato' Qayyum juga turut menenangkan Aira tetapi hatinya cukup berasa hancur sejurus Aira mula menghalaunya dari rumah tersebut.

Dia tahu Aira emosi saat itu. Oleh itu dia akur dengan kehendak dari anak bongsunya itu.

Dia terus beredar dari situ walaupun jauh di sudut hatinya dia tidak sanggup untuk meninggalkan arwah bekas isterinya sendirian.

Sekurang - kurangnya dia ingin juga menatap wajah bekas arwah isterinya buat kali yang terakhir. Tetapi apakan daya.

Ego anaknya tinggi bak gunung - ganang.

Orang ramai juga mula bersedih.

Ada yang menangis, ada yang menjerit bahkan ada juga yang meraung.

Aira ingin berdiri namun tubuhnya mula terasa berat.

Lantas tubuhnya tumbang mencium lantai.

"Danny, akak dah call pihak hospital. Kejap lagi diorang datang ambil mami. Hmm akak rasa Danny patut bawa Aira masuk dalam bilik. Bagi dia rest. Soal urusan pengebumian ni semua biar akak dan abang kami yang handle." ujar kakak Aira lemah.

"Kak, tunggu sini kejap. Danny tolong akak. Kejap biar Danny hantar b ke bilik dulu." pinta Danial.

Lantas tubuh kecil isterinya terus diangkat menuju ke dalam bilik.

Di dalam rumah

Akhirnya urusan tersebut dapat disempurnakan dengan serta - merta.

"Hmm, Danny. Maafkan kami tau, kami sepatutnya tunggu b sedar dulu."  ucap kakak Aira mewakili abang-abangnya yang lain.

"No, takpe kak. Danny faham. Nanti biar Danny explain dekat b." ucap Danny sopan.

"So lepasni korang nak duk mana?" tanya Haris aka abang sulung Aira.

"Taktau lagi long. Danny ikut b je. Along and Angah balik bila? Ke cuti sampai habis tahlil?" tanya Danny ingin tau.

"Tak Danny, along dengan angah sebenarnya memang nak cuti sampai majlis tahlil selesai, tapi tu lah kerja dengan orang kan. Tak boleh nak cuti lama.  Tapi untuk majlis tahlil yang first tu memang kitorang akan join juga. Yang pasti acik yang akan handle majlis tahlil tu." terang Hazrul pula aka abang kedua Aira.

"Haa betul tu Danny, soal majlis tahlil akak dengan suami akak akan manage. Nanti datang ok." pelawa kakak Aira ramah.

"Okay kak. Thank you kak." balas Danny pendek.

Dari luar, Danial tampak tenang tetapi jauh di sudut hatinya dia masih bersedih dengan pemergian ibu mertuanya.

2 hari berikutnya

Kelopak matanya cuba dibuka perlahan-lahan. Aira bingkas bangun dari katil apabila dia mula teringatkan maminya.

Danial yang sedari tadi terlelap di sofa juga mula sedar.

Tanpa sempat dia berkata apa-apa, isterinya terus meluru keluar dari bilik.

Danial terus mengejar dari belakang. Mata gadis itu ligat mencari kelibat maminya.

Dia terus menangis apabila kelibat maminya tiada. Danial terus cuba menenangkan Aira.

"B, mami dah takde. Sebaiknya tak elok kau bersedih, kalau mami tau mesti dia sedih dengan keadaan kau macam ni." pujuk Danial sambil pegang bahu Aira.

"No. Kau tipu kan ?  Mami masih ada. Dia pergi outstation kan." ucap Aira tiba-tiba yang masih tidak ingin menerima kenyataan.

"Don't be crazy lah Airabella, mami dah takde. Kau tak ingat ke lepas kita akad nikah? Tolonglah sedar !" laung Danial tiba-tiba hilang kesabaran.

Kata- kata dari Danial membuatkan Aira terduduk di atas lantai.

Air matanya laju mengalir.

Danial terus mengeluh berat.

Danial terus keluar dari bilik tersebut. Dia tahu Aira hanya ingin bersendirian saat itu.

Ya dia tahu, isterinya pasti cukup terluka.

Terluka dan terluka.

Memang perit dan amat menyakitkan.

Tapi apa nak buat ? Nak taknak, kena hadap juga.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant