Epilog 8 : Surprise dari suami 🤍🦋

2.2K 121 4
                                    

Sampai sahaja di rumahnya, Danial terus memarking kereta terlebih dahulu.

Saat enjin kereta dimatikan, dia terus senyum manis apabila menyedari isterinya masih terlena .

Lantas laju tangannya membuang seatbelt yang dipakai oleh Aira itu.

"Baby, dah sampai dah ni." kejut Danial sejurus bahu isterinya digosok lembut berulang kali.

Aira yang mula sedar terus menggosok matanya.

Danial terus pegang tangan isterinya saat dia melihat Aira ingin membuka pintu kereta.

"Stay sini je. Jap." arah Danial lembut sebelum dia keluar dari perut keretanya. Lantas dia terus
membuka pintu kereta untuk isterinya.

"Welcome home, my princess." ucap Danial sambil kenyit mata. Dia juga turut menghulurkan tangannya ketika itu.

Aira terus senyum sinis apabila melihat tindakan drastik suaminya.

"Uish daddy ni lain macam. Tetiba je nak sweet ni. Sebelum ni tak pun." perli Aira yang masih tidak berganjak dari dalam kereta.

Danial sempat gelak kecil.

"Apa mummy ni ? Masa kita couple, daddy selalu juga kan buat macam ni." respon Danial tidak mahu mengalah.

Aira hanya jeling suaminya.

"Mummy, dahtu takkan nak tengok saja je ? Dah lenguh dah tangan daddy ni. Taknak sambut ke ?" sakat Danial sambil buat muka kesal.

"Nak menang je dia." Aira akur ketika itu.

Dia terus menyambut huluran tangan dari suaminya.

Tetapi Aira bersyukur juga saat itu kerana Danial ingin prihatin dengannya. Bukan apa walaupun usia kandungannya baru mencecah 4 bulan tetapi dia sudah mengah saat itu. Mengah dan penat.

Dia juga sudah tidak larat untuk bergerak ke mana - mana saat itu.

Nasib baiklah ada suaminya ketika itu.

Danial terus membantu isterinya berjalan ke arah depan pintu rumah.

Kemudian dia terus menekan tombol di sebelah pagar rumahnya untuk menutup pagar tersebut.

Aira pula ketika itu sedang membuka pintu rumah mereka berdua.

Dia terus masuk ke dalam rumahnya sejurus pintu rumah mula dibuka.

Dia terus tergamam saat itu.

"Daddy, daddy kenapa gelap semacam ni ? Blackout ke ?" jerit Aira separuh lantang saat melihat keadaan di dalam rumahnya yang gelap gelita.

Danial terus berlari menuju ke arah isterinya setelah mendengar jeritan dari isterinya.

"Tak tahulah mummy. Takpe, mummy duduk dulu. Jap daddy check." respon Danial lembut.

Dia terus membuka lampu melalui telefonnya.

Dia juga membantu isterinya untuk duduk di atas sofa. Dia tahu isterinya mengah ketika itu.

"Daddy nak pergi mana ? Temankan mummy, mummy takut." ujar Aira sejurus tangan suaminya laju dia pegang saat dia melihat Danial ingin beredar dari situ.

Danial terus sengih.

"Comel la mummy ni. Daddy nak gi depan tu je. Nak check kenapa bekalan elektrik terputus ?" respon Danial sambil cubit pipi isterinya.

"Depan tu je pun mummy tetap takut. Hish daddy la ni. Mesti tak bayar bil elektrik ni !" ujar Aira mula menyalahkan Danial. Tangan Danial masih dipegangnya erat.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now