Siapa Johan ? 🦋

1.6K 106 0
                                    


Aira sedari tadi sudah siap mengemaskan pakaiannya.

Dia kelihatan sangat gembira kerana pada pagi itu dia dibenarkan pulang semula ke hostel. Sekarang ini dia hanya menunggu Danial mengambilnya.

Liyaa setia menunggu Danial bersama Aira di dalam wad. Saat ini hanya Liyaa dan Shaila sahaja yang tahu tentang status Danial.

Aira dan Liyaa terus tergamam apabila kelibat Johan muncul di wad.

"Dah siap ke ? Jomlah I hantar u ke hostel." ajak Johan sambil mengangkat beg yang berisi pakaiannya Aira walaupun tidak disuruh oleh gadis itu.

"Jap, macam mana kau tau ? Dahlah cancel jela soalan tu, hmm tapi ....." ujar Aira mula hairan.

"I tau you tengah banyak soalan nak ajukan kat I, tapi why not you soal dalam kereta je ? Lagipun I ada nak bincang pasal group kita, dah jomlah " ajak Johan ramah.

"Okay." Aira mula akur.

Liyaa terus memapah Aira keluar dari wad. Tanpa Aira sedar, powerbank milik suaminya ditinggalkan di atas katil yang didiaminya.

Di dalam kereta

Aira yang duduk di seat belakang kelihatan gusar.

Dia terus mengeluh berat apabila mendapati iphonenya mula mati disebabkan sudah kehabisan bateri.

Sekali lagi dahinya terus dipukul apabila dia mula teringat akan powerbank milik Danial.

"Hmm guys, can I borrow phone ? Phone I mati ni, lupa nak cas !" ujar Aira sedikit risau.

"Pakai phone I je, Liyaa passkan dekat Aira." arah Johan kepada Liyaa yang duduk di sebelahnya.

Liyaa terus menyerahkan iphone milik Johan kepada Aira.

Jari Aira laju menelefon Danial. Namun dia sedikit kecewa kerana Danial tidak menerima panggilan tersebut.

"Hmm thanks." ucap Aira kesal sejurus menyerahkan kembali iphone Johan.

Danial mula kembali semula ke keretanya setelah mendapati Aira sudah discharge.

Dari riak wajahnya jelas terpancar kekecewaan. Dia begitu tampak kecewa sekali. Powerbank miliknya direnung tajam.

Sampai sahaja di dorm, Aira terus mengecas iphonenya. Jarinya laju menelefon suaminya berkali-kali. Namun dia sedikit kecewa apabila Danial menolak panggilannya.

Aira terus hilang mood.

Iphonenya hanya dipandang sahaja.

'Mungkin dia masih marahkan aku, I guess !' desis hati kecil Aira.

Liyaa hanya merenung Aira dari jauh.

Jujur saat ini dia begitu bengang dengan Aira. Sejak dari semester satu lagi dia sudah menyukai Johan namun Johan tidak pernah membalas cintanya dan hari ini dia begitu cemburu sekali apabila melihat lelaki itu begitu kisah akan Aira. Hatinya kini makin menderita.

Pagi jumaat itu Aira memutuskan untuk menziarahi kubur maminya.

Dia terus meluru keluar dari perkarangan hostel. Sedari tadi dia asyik menanti panggilan daripada Danial.

Sejak semalam lagi dia sudah menghantar pesanan whatsapp pada suaminya tetapi masih tiada respon. Danial hanya membaca sahaja chatnya tanpa membalas chatnya.

Aira kelihatan serba ayu mengenakan baju kurung moden yang bercorakkan batik. Selendang yang berwarna putih hanya disarung biasa di kepalanya tanpa dipin.

Aira kelihatan kecewa lagi. Sudah jam 9.00 pagi dan Danial belum muncul lagi.

Aira sedikit kecewa apabila kereta milik Johan mula berhenti di bahu jalan. Akhirnya dia menerima tawaran Johan yang ingin menumpangkannya.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now