Bukan long distance relationship ! 🦋

1.5K 100 0
                                    

"Okay, student semua. Today saya nak agihkan korang kepada beberapa groups. Memandangkan kita akan start buat kajian kan ? So minggu ini saya akan start agihkan group. Next week korang semua akan jalankan aktiviti yang saya kasi secara berkumpulan and lusa kita semua akan pegi Kelantan."

"Korang semua akan buat kajian dan lokasinya adalah di pantai irama, saya nak korang kaji tahap kebersihan pantai tersebut. Okay saya akan mula membahagikan 5 kumpulan harini. Ok firstly Ahmad Johan, awak satu group dengan Airabella okay ? Ada bantahan ?"

Tanya Prof Azman tegas.

Aira hanya diam sahaja. Lagipun dia tidak kenal dengan rakan groupnya dan dia malas ambil tahu.

Johan terus mengangkat tangan.

"Prof saya setuju." ucap Johan dari seat belakang.

Riak wajah Aira terus berubah menjadi masam apabila melihat wajah Johan.

Walaubagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak Professor Azman itu.

Dari jauh Johan tersenyum bahagia.

Habis sahaja kelas, Aira segera meluru keluar dari dewan kuliah.

"Tunggu beauty." panggil Johan dari belakang.

"Ni phone you kan ?" tanya Johan.

Aira terus mengambil iphonenya dari tangan Johan.

"Thanks." ucap Aira pendek lalu terus beredar dari situ.

Johan terus senyum.

"My pleasure beauty." ucapnya perlahan.

Di Hostel

"Ketua, tak packing ke ?" tanya Shaila ramah.

"Tak. Lagipun cuti kan 2 hari je so aku tak nak bawa baju. Plus baju dekat kondo aku masih ada." ujar Aira yang selesai bersiap.

Ikatan rambutnya terus dilepaskan.

"Okaylah aku gerak dulu Charly." tutur Aira lembut.

Aira mula ambil Iphonenya.

Aira terus gelak.

"Alaa aku balik 2 hari je pun. haihh mengada je kau ni. Dahlah aku gerak dulu, btw jangan lupa ambil aku lusa." pesan Aira yang mula keluar dari dorm.

"Okay, ketua takecare." Sempat lagi Shaila memeluk tubuh kecil Aira.

Aira terus gelak sejurus meleraikan pelukan.

"Bye, Charly !" laung Aira sambil menuruni anak tangga dormya. Shaila terus melambai kearah Aira.

Aira terus meluru masuk kedalam teksi yang baru ditahannya tadi.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now