Birthday bertukar tragedi ! 🦋

1.7K 110 3
                                    

Aira hanya diam sahaja. Dia begitu tampak sedih sekali apabila Danial tidak wish birthdaynya.

Hari ini umurnya sudah 19 tahun.

Aira masih menanti panggilan daripada Danial. Namun dia hampa kerana masih tiada ucapan dari lelaki itu.

Dia sedikit teruja apabila iphonenya berdering.

Namun dia kecewa kembali kerana panggilan itu bukan dari Danial. Panggilan dari Johan hanya dibiarkan begitu saja. Tak sampai satu saat mesej daripada johan mula sampai.

Aira hanya termenung sendirian. Aira cuba menelefon Danial tetapi terus masuk voicemail. Aira akhirnya pasrah. Dia terus menghampiri laptopnya, lantas laptopnya dihidupkan. Aira terus membuka watpaddnya.

Mesej dari homegirl terus dibaca.

“Even banyak masalah yang melanda, kau kena kuat okay ?"

Aira terus senyum sahaja setelah membaca mesej daripada rakan watpaddnya.

"Homegirl" merupakan satu - satu  rakannya di watpadd yang kerap menasihatinya.

Aira juga lebih selesa untuk berkongsi masalahnya kerana setahunya homegirl adalah perempuan.

Aira terus mematikan laptopnya.

Dia akhirnya terus keluar dari dorm.

Di rumah Johan

"Happy birthday Aira." ucap Datin Arina dan Johan serentak.

Mereka berdua terus memotong kek untuk Aira.

Aira hanya senyum.

"Thanks, happy birthday too Johan." ucap Aira tiada semangat.

"Hmm, Aira.  Actually I dah lama pendam. Sebenarnya I suka you, and boleh tak kalau you jadi girlfriend i ? I nak kahwin dengan you Aira. Since jumpa you, hidup I dah rasa cukup sempurna." luah Johan penuh perasaan.

Air mata Aira terus menitis jatuh.

Datin Arina hanya senyum.

Aira terus bangun dari kerusi.

"Sorry Johan, aku tak boleh nak terima kau. Aku sayang kau sebagai kawan dan tak lebih daritu. Aku dah ada orang lain and aku sayang dia." Sorry aunty….. Aira pergi dulu." ucap Aira sebak sebelum berlari keluar dari rumah  Johan.

Johan terduduk lemah.

Di bahu jalan 

Aira masih tidak pulang ke hostel.

Dia masih menunggu di stesen bas. Jujur saat ini dia masih menanti panggilan dari Danial.

Aira terus tumbang ke atas jalan setelah kepalanya dihentak oleh seseorang dari arah belakang.

Darah mula memenuhi dahinya. Tubuh Aira terus diseret kejam oleh Laila.

NIKAH MUDA 🦋  [Completed]Where stories live. Discover now